Biskut Coklat Cip Sedap

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam Amy try satu lagi resepi baru biskut coklat cip tapi kali ni saiz ikut pesan tok guru, kecik-kecik. Kalau ikutkan hati nak aje buat besar gedabak biar cepat siap... heheh.

resepi lain

Biskut Coklat Cip Sedap

Alhamdulillah, ikut cakap tok guru cantik aje kejadiannya dan sedap rasanya. Tapi ada jugak part menderhaka tu... hahaha.

Anak-anak semuanya suka sebab rasanya lain dari biskut yang Amy pernah buat.

Sesapa yang tak suka biskut yang ala-ala subway (lembut kat tengah) boleh cuba resepi biskut ni.

Biskut Coklat Cip Sedap

Tok Guru pesan suhu 150c bakar 20 minit tapi kalau loyang hitam kena kurangkan masa.

Yelah oven mana sama, masa nilah cuba tukar suhu dan masa .... dah lah ada macam-macam keler biskut tu 😅😅😅. Kat atas tu satu bakar 150c 19 minit dan sebelahnya 160c 13 minit.


Biskut Coklat Cip Sedap
Yang gelap sikit tu Amy cuba 180c 10 minit. Selalu Amy bakar biskut ke kek ke memang guna suhu 180c ni tapi biskut kali ni tak boleh pulak. Bawah dia cepat garing tapi dalam kurang sikit masaknya.

Jadi kenalah ikut arahan balik .... 150c. Luar dan dalam masak cantik aje.

Biskut Coklat Cip Sedap

Tok guru kata guna penyukat 1tsp ni aje, ikut kan hati nak cekup-cekup besar sikit biar cepat siap. Lamo bonar kocik-kocik ni.


Biskut Coklat Cip Sedap

Inilah hasilnya... dia tak membesar banyak pun.

Amy kongsikan disini resepinya supaya senang nak cari kemudian hari.


Biskut Coklat Cip Sedap

Biskut Coklat Cip


Bahan-Bahannya :

250g butter - Amy guna salted scs
100g gula halus
100g gula perang

1 biji telor saiz b - Amy guna M
1 sk esen vanila

370g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1 sk baking soda
2 sb tepung jagung
200g coklat cip

Caranya :
  1.  Panaskan oven 150c atau ikut sesuaian oven masing-masing.
  2.  Adunkan butter dengan gula sehingga sebati - Amy guna spatula aje. 
  3.  Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
  4.  Bila sudah sebati masukkan bahan kering yang telah diayak bersama.
  5. Bentukkan ikut suka hati. Amy guna penyukat 1sk untuk skop-skopkan dia.
  6. Bakar selama 20 minit atau sehingga biskut tu boleh bergerak (tidak melekat) bila ditolak.
  7. Bila dah masak keluarkan dan biarkan biskut tu sekejap... biar dia set sekejap kata orang. Kalau terus angkat pindahkan nanti dia pecah atau patah pulak.
  8. Biar betul-betul sejuk baru simpan.

Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Lama dah berlangsung tapi baru hari ni nak join... heheh.

http://www.sayidahnapisah.com/2018/06/segmen-special-bloglist-7-juta-by-sayidahnapisahdotcom.html

Klik Banner untuk join...

Amy selalu singgah blog Sayidah ni sebab ada macam-macam info. menarik. Tak de apa yang nak dikomen, bagi Amy blog ni dah ok dah. Klik aje terus keluar tak payah nak tunggu lelama.

Hukum Qadha' Puasa Sekali Puasa 6 Syawal

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Hukum Qadha' Puasa Sekali Puasa 6 Syawal


Tiap-tiap mesti ada yang tertanya tanya tentang puasa qadha sekali dengan puasa enam syawal boleh ke tak. Amy pun sebenarnya sama jugak dulu 😅.

Lega kan bila tahu boleh buat dengan dua niat. Kalau buat satu-satu nampaknya dah dekat ramadan satu lagi baru nak qadha puasa. 

Satu Syawal di Kuala Lumpur...

Assalammualikum Dan Salam Sejahtera...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan, follower dan silent reader blog Amy ni. Maaf jika ada terkasar bahasa atau terasa di hati, kosong-kosong ye 😁

 Dah 12 Syawal baru nak ucap selamat hari raya, heheh. 


Satu Syawal di Kuala Lumpur...

Tahun ni buat pertama kalinya kami sekeluarga menyambut 1 Syawal di Kuala Lumpur. Malam syawal masih ada kat rumah sendiri, tahun-tahun sebelum ni jangan haraplah nampak muka kami kat KL... heheh.

Satu Syawal di Kuala Lumpur...

Tahun ni jugak buat pertama kalinya Amy beraya dengan keluarga En Hubby di rumah mereka kat KL ni. 

Dah dekat 16 tahun kawin ni lah pertama kali. Tahun-tahun lepas ada aje beraya pertama dengan diorang tapi tu kat kampung MIL, dengan keluarga besar. Ada nenek, makcik pakcik, sepupu sepapat etc di Melaka.



Satu Syawal di Kuala Lumpur...

 Cik Lima (merah) dan Cik Ya (biru), adik ipar Amy yang dua orang ni kalau berposing... adoiiii.


Satu Syawal di Kuala Lumpur...


Satu Syawal di Kuala Lumpur...

Memandangkan raya pertama hari Jumaat jadi kami kena tunggu lepas Solat Jumaat baru bertolak balik ke Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, PLus lancar tapi bila sampai Bukit Putus start dah kereta bersusun. Sepatutnya dari situ sejam dah sampai tapi dua jam lebih baru sampai Serting.

Satu Syawal di Kuala Lumpur...

Tahun ni nampaknya Amy lebih besar dari tahun lepas, doakan raya tahun depan Amy berjaya mengecik balik... heheh. 

Persiapan Hari Raya ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

biskut semperit

Tak sangka kejap aje masa berlalu kan, kejap aje dah nak raya. Amy ni pulak punyalah lama menghilang baru ari ni nak nampak muka... heheh.

Amy baru buat 2 jenis biskut raya, mood nak membiskut kelaut tahun ni 😅. Lepas raya ada cuti lagi jadi balik dari kampung sempat lagi nak kemas-kemas rumah dan tukar langsir, heheh. Alasan.

Baju raya anak-anak dah lama siap, En Hubby kata dia pakai aje baju melayu yang ada tu. Amy pulak asyik bertangguh-tangguh nak mencari kain nak buat baju lastnya tak sempat. Ingatkan nak pakai aje baju kurung yang ada tapi ekkk baju tu semua dah mengecik daaa 😭.

Hari Sabtu lepas terpaksalah pergi mencari. Nak ke Shah Alam, jauh dan ke Bangi pun jauh jugak. Ariani (Jakel) ajelah yang dekat tu pun pukul 10 pagi orang dah ramai. Parking jangan cakaplah.

Tak masuk pun Ariani tu, orang punyalah ramai. Akhirnya masuk kedai Siti Nurhaliza. Orang tak berapa ramai dan duit dalam tangan pun tak berapa jugak.. tengok harga rasa macam nak nangis.

Kalian pulak dah buat biskut raya ke?
Dah kemas-kemas rumah?
Dah tukar langsir?
Dah pack baju nak balik raya?
Ke Dah sampai kampung?