Resepi Biskut Coklat Cip Senang Dan Sedap

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Minggu lepas Amy cuba resepi biskut coklat cip yang baru. Asyik buat biskut coklat chewy ala Subway tu aje rasa bosan pulak.

Resepi biskut coklat cip yang baru ni Amy ambil dari blog Betty Crocker. Kalau nak makan panas-panas bolehlah cuba resepi, memang sedap. Biskut ni boleh tahan 2-3 hari tapi kalau nak buat untuk raya Amy cadangkan cuba resepi biskut coklat cip yang setiap tahun mesti Amy akan buat, siap sorok lagi kalau tak tak sampai ke rayalah jawabnya... heheh.


resepi biskut chewy gooey ala subway




Resepi lain biskut coklat sedap
Biskut Chewy vs soft chewy vs ultimate coklat cip

Resepi biskut coklat cip ni dapat banyak komen dan rating pun banyak jugak. Kalau nak lebih chewy dan garing sikit boleh cuba Biskut Coklat Chip ... A Keeper, resepi yang sama cuma Amy tambah telur lagi sebiji.

Bahan-bahan semuannya ada dan cara nak buat pun mudah. Tak perlu nak masuk dalam peti sejuk dulu. Amy tak letak kekacang sebab kurang sikit pengemarnya dalam rumah ni... heheh.
bettycrocker


Biskut ni sedap dimakan selepas bakar. Masih suam-suam lagi. Kat tepi-tepi rasa crunchy kat tengah chewy gooey tapi kalau dah lama sejuk chewy gooey tu sikit sangat, lebih kepada crunchy.

Anak-anak suka biskut ni tapi Amy lebih suka kalau ia kekal rasa chewy gooey walaupun dah sejuk.

Agak manis biskut coklat chip ni, mungkin lain kali Amy akan kurangkan gula atau cari coklat chip yang kurang manis.

Adunan ni dapat dalam 30 lebih keping biskut kalau tak ramai yang nak kendurikan bolehlah diseparuhkan sukatannya.

resepi biskut coklat chewy gooey ala subway

Resepi Biskut Coklat Cip Ultimate
BettyCrocker.com



Bahan-Bahan :-


3/4
cwn gula pasir
3/4
cwn gula perang
1
cwn butter (250g) @ magerin - Butter lebih sedap dari magerin. Amy guna scs salted 
1
sk esen vanila
1
telor saiz A
2 1/4
cwn tepung
1
sk baking soda
1/2
sk garam - Amy tak letak
1
cwn kekacang cincang kasar - Amy tak letak
2
cwn coklat chip semisweet - Amy pakai coklat chip biasa


Steps:

1. Panaskan oven - Suhu oven masing-masing. Oven Amy untuk biskut 180c. 

2. Ayakkan tepung, baking soda dan garam.

3. Mix kan gula, butter, telor dan esen vanila di dalam mangkuk besar yang lain. Mesrakan aje, jangan lama-lama. Boleh guna sudip kayu... guna tangan pun boleh... heheh.

4. Masukkan tepung yang telah diayak. Gaulkan

5. Masukkan coklat cip dan kekacang. Gaulkan.

- Adunan ni memang meleket.


resepi biskut coklat cip senang dan mudah

- Kalau nak guna scoup ais krim tu pun boleh.
- Kalau nak bulat-bulatkan pun boleh.
- Amy main cekup-cekup aje.
- Saiz ikut suka hati sendiri. Amy suka biskut besar ala-ala subway tu.
- Yang penting kena jarak-jarakan dalam 2 inch.
- Resepi asal bakar 8-10 minit, tapi biskut Amy besar jadi Amy bakar 13 minit.
-Tengah-tengah dia akan lembut.


resepi biskut coklat cip sedap

Memula Amy teringin sangat nak cuba pakai kipas tapi suhu lupa nak kurangkan dah lah garing sangat... pastu agaknya dalam tu berangin punya pasal dah lah kaler biskut tu tak sekata. Hasil - biskut crunchy.


respi biskut coklat cip sedap

Setelah membesar ... jadi memang kena jarakkan dia.

Kemudian, Amy tukar api atas bawah dengan suhu yang sama. Bakar 13 minit. Alhamdulillah cantik aje.

Biarkan 2-3 minit supaya biskut tu set kemudian baru angkat dan sejukkan atas redai.


resepi biskut coklat cip sedap senang

Mula-mula nampak macam tak masak tengah-tengah  dia tapi dah sejuk, dia ok.

Selamat Mencuba.

Comments

  1. ok. sy nak sekeping, 2 keping, 3 keping... err nk semualah! ;-)

    ReplyDelete
  2. sdpnya mkn time pns2 kak.... alahai nk buat mmg maleh

    ReplyDelete
  3. Uwaaaaa jadiii laaaa mmg sedap... Tiptop

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)