Cerita Basi Lagi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Punyalah banyak yang nak diceritakan tapi semua dah basi dah ... 

Ahad lepas balik dari Pajam kami menyinggah Satey Samuri kat Kajang tu, sampai sana pukul 10 lebih tapi budak kat parking tu kata kedai buka pukul 11. 

Sementara nak tunggu dia buka pukul 11 pagi, bawalah budak berdua tu kat padang tepi kedai satey tu. Faris tak ada sebab program sekolah kat Flamingo Hotel. 


satey samuri kajang



Cerita Basi Lag

Pukul 10:45 pagi Amy nampak ramai dah orang beratur kat kaunter yang belum buka lagi. Amy pun join jugak beratur kat situ. Tetiba budak kat kaunter tu kata kedai buka pukul 11:30 pagi. 

Macam-macam rasa ada masa tu. 

Tak kuasa nak tunggu lagi 45 minit. Balik lagi bagus. Kalau tak menyinggah tadi lama dah sampai rumah KL.




satey samuri

Sempat ambik gambar motor ni, manalah tau kot-kot nak order.

sek keb seri bintang utara

Lepas Zohor terus pergi ambik Faris. Tau ajelah MRR2 tu, pukul 2:15 baru sampai. Sampai sana nak cari parking lagi, last Amy dan Nasiim aje yang masuk En Hubby tunggu dalam kereta. 


Cerita Basi Lag

Bila mak-mak bergambar...😂

Hari Isnin petang Kak Seha dan Kak Ros jemput beraya rumah diorang. Walaupun berjiran bagunan tapi setahun sekali baru berkumpul... tu pun tunggu anak-anak dah balik sekolah. 

Tak sempat nak membawang hal orang lain, hal masing-masing pun tak abis cerita.

Comments

  1. basi belakang kira. yang penting dapat dapat simpan memori untuk ingatan masa hadapan :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. Jangan kempunan sate kajang pulak

    ReplyDelete
  3. mana ada basi kak amy, tengah musim raya lagi ni. Selamat Hari Raya Kak Amy :)

    ReplyDelete
  4. Alahai.. Ada masalah ke yang waktu pembukaan dianjakkan.. Kesian Amy menunggu lama..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)