Jenis Coklat Untuk Baking Yang Terdapat Di Pasaran

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...



Berikut adalah beberapa jenis coklat untuk baking yang terdapat di pasaran :


Bittersweet, Dark & Semi-Sweet
Agak susah nak merungkaikan 3 kategori ini sebab ‘bittersweet’ dan ‘dark’ selalu digunakan dan bertukar2. Selalunya ‘semi-sweet’ mempunyai 35 – 45% cacao dan lebih manis berbanding coklat bittersweet dan dark. Tapi, sampai sekarang takde peraturan dan undang2 yang sah untuk membezakan antara dark, bittersweet dan semi-sweet. Ketiga2 kategori ini mesti ada sekurang2 nya 35% coklat ‘unsweetened’ dan boleh mengandungi hanya 12% pejal susu.

Coklat Susu
Coklat susu mesti mempunyai sekurangnya 10% koko dan 12% pejal susu. Rasa, tekstur dan kualiti agak sukar dikenal pasti sebab lambakan perasa yang berbeza dari produk tenusu. Ada di antara coklat susu mempunyai rasa yang sedikit masam manakala yang lain lebih ‘mellow’. Ada juga di antara coklat susu ini mempunyai caramelized hasil dari susu dan gula dipanaskan bersama. Ramai di kalangan bakers yang menggunakan coklat susu sebagai topping terutamanya pada brownies. Betul ke betul?

Coklat Putih
Memandangkan coklat putih ada mentega koko tapi takde campuran coklat liqour, ada pakar yang menyebut coklat putih bukanlah sejenis coklat. Apa pun yang awak panggil, terma ‘coklat putih’ mempunyai ciri yang tersendiri. Coklat putih mestilah mempunyai sekurangnya 20% mentega koko dan 14% pejal susu. 

Coklat Unsweetened (100%)
Apabila coklat liqour dijual di dalam bentuk padat, ianya disebut coklat unsweetened. Bar coklat ini adalah 100% coklat dan tidak mempunyai gula atau manisan. 

Coklat Couverture
Couverture berasal dari perkatan Perancis yang membawa maksud menyalut. Coklat ini juga digelar untuk cicah atau menyalut coklat. Couverture mempunyai mentega koko lebih kurang 31 – 38% lemak. Secara tidak langsung, coklat ini lebih berkilat dan sentiasa mengalir dengan mudah. Disebabkan ini, coklat couverture selalu dijadikan salutan atau glazing kek dan produk pastri. Tekstur coklat ini lebih kepada sos dan sangat sedap jika dinikmati bersama marshmallow.

Nibs Koko
Ape fungsi kacang dalam mentega kacang, macam tu lah nibs koko dalam coklat. Secara lebih mendalam, nibs koko adalah kekacang cacao yang telah dipanggang tapi tak dihancurkan. Rangup dan didatangkan dengan rasa pahit, nibs mampu memberikan tekstur yang baik dan rasa berbeza. 

Serbuk Koko
Serbuk koko dihasilkan apabila cacao liqour ditekan untuk mengasingkan mentega koko, menghasilkan serbuk yang tidak manis dan sangat halus. Serbuk koko boleh terdapat dalam dua jenis yang berbeza: semulajadi dan Dutched. Serbuk koko semulajadi mengekalkan tahap asid cacao manakala Dutched pula dineutralkan dengan campuran kimia alkali. Hasilnya, koko Dutched kurang berasid dan mempunyai warna yang lebih gelap serta rasa yang ‘mellow’.
Serbuk koko juga antara bahan yang paling penting ketika menghasilkan brownies. 
Jadi macam mana nak bagi sedap kalau semua serbuk koko sama je?
Jawapannya, serbuk koko berbeza ikut pada kualiti biji/kekacang cacao. 


Bila terbaca aje 'chocolate liquor' Amy pun risau kejap... heheh.

nota kaki : gambar dan info dr pakcik google.

Birthday Yang Terlupa...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Masing-masing minggu ni sibuk dengan Faris yang menduduki UPSR, minggu depan Irfan pulak start PT3 sampai terlupa dengan tarikh 25 September.

Tadi masa bw ada terbaca post pasal birthday terus teringat ... Ya Allah, lupa birthday Irfan semalam. Tak pernah-pernah lupa tahun ni boleh lupa pulak. Sorang pun tak teringat termasuklah tuan punya diri.

selamat ulang tahun kelahiran yang ke 15

Alhamdulillah, genaplah 15 tahun usia Ameer Irfan Hakim Bin Ameer Arif pada tahun ni. 

Semoga diberkati umurnya, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh lagi bertakwa. 
Kalau nak ikutkan memang menjela nak tulis tapi kat sini mamanya pendekkan aje heheh.

Kesian dia mamanya tak buatkan apa-apa untuk dia, kena fikirkan sesuatulah jawabnya lepas ni.

Pengukus Baru ... Godaan CJWowShop Punya Pasal


 Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Bulan lepas, sementara menunggu anak-anak siap Amy bukalah tv. Kebetulan buka-buka aje terpancul si pengukus ni kat CjWowshop tu.  Apa lagi tergodalah. 

Mulalah fikir ... pengukus yang ada tu kalau kukus kek gam-gam loyang 9 inch aje pastu kalau kek naik tinggi dah kena penutup. Nak kena didihkan air dulu sebelum mengukus. Itulah alasan kuatnya... heheh. Pada hal bukan selalu pun nak kukus keknya.

pengukus trio besar 25 L

Besar 25 L. 

Amy rasmikan dengan kuih pau kaya. Tak sangka pulak pau tu membesar gedabak pulak. Ingatkan kalau masak sekali macam tu jimat masa, jimat elektrik dan cepat siap tapi lain pulak hasilnya.

Bahagian paling bawah tak besar sangat dan tak cantik kejadiannya. Berkedut sangat. Bahagian atas paling cantik, besar dan licin aje. Lain kali kena kukus satu tingkat aje kot.

Senang pengukus ni, tak payah nak buka penutup untuk tengok dalam pastu air pun tambah kat tepi aje. Piuk kukus lama tu nak kena angkat pengukusnya dulu kalau nak tambah air. 

Set masa mengukus siap-siap pastu kalau nak tinggalkan pun boleh, tak risau nak kena tutup api dapur. Kalau air habis pun dia terus off, takdelah kes piuk hangus lagi... heheh.


steamer trio besar




steamer trio 25 L

Amy dah test buat kek guna pengukus ni. Puas hati. 40 minit dah masak pastu kek boleh naik tinggi tapi kena pasang 2 tingkat dan buka yang kat tengah tu.

Loyang 10 inch bulat dan empat segi boleh keluar masuk dengan senang, 11 inch tak cuba lagi sebab tak de kat rumah ni.

French/ Pink Ros Buds...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama dah sebenarnya Amy beli rose buds tapi bila nak letak dalam air tu rasa macam pelik pulak. Yelah kan dari zaman dolu-dolu kita selalu minum teh dari daun teh tu tetiba nak cuba letak bunga dalam air ...
Selalu tengok dalam tv citer luar negara, macam-macam jenis teh yang diorang minum. Dulu Amy ingat teh tu dari daun teh aje.

teh ros

Amy beli sebab tertarik dengan khasiatnya + Amy memang suka rose (tp tanam tak pernah nak hidup 😭). Kalau boleh sabun, lotion, minyak wangi semua nak bau rose... heheh.

teh ros

Amy beli semua ni masa bulan Ramadan dari Lydia Honey kat FB. Kebetulan dia balik Malaysia bulan tu, bukan senang nak jumpa benda-benda ni kat sini.

Selain Rose buds Amy beli saffron, bunga chamomile dan set nasi arab. Masa baru beli tu cantik aje kaler bunga rose tu tapi bila dah simpan lama macam dah hilang pulak kaler dia.

Dulu masa kat Taif, teh ros yang kilang ros tu bagi rasa ialah air teh tapi ditambah air rose tapi bila dah ada rose buds ni rasa macam tak kena aje nak buat camtu.

Akhirnya Amy letak dalam air panas tambah gula aje. Pernah cuba letak madu tapi bau dan rasa madu tu hilangkan rasa dan bau ros tu pulak.

Rose buds ada 3 jenis & warna, khasiat sama cuma rasa dan bau je beza.

🌹Purple Rose 
- Rasa & bau 
- warna yg sederhana
- diimport dari china

🌹Red Rose 
- Rasa, bau, warna kuat bila bancuh agak pekat
- diimport dari china
-rasa masam sedikit 
-redrose ini selalu dibuat untuk penyegar,rendaman kaki/ badan mcm kat spa

🌹 French/Pink Rose
- Rasa sedap ,Bau wangi sgt
- warna sgt2 light
- more relaxing
- diimport dri Iran/ syria

Selamat menduduki UPSR...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Selamat menduduki UPSR...


Selamat menduduki peperiksaan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR pada hari ini sehingga 28 Sept ini.

Biasanya anak yang nak peksa mamanya yang berdebar-debar 😅.
Amy pun sama... heheh.  Ameer Faris menduduki UPSR hari ni, kertas BM 1 dan 2. 

Semoga mereka yang menduduki UPSR (termasuk Ameer Faris) dapat menjawab soalan dengan tenang, lancar, tepat dan cemerlang. Aamin.