Bercuti Di Langkawi - Jom Kita Balik

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Salam Jumaat untuk semua.

Hari sambung balik citer pergi Langkawi yang tak abis lagi tu... heheh. Hari terakhir kami kat sana tak pergi mana-mana pun. Flight pukul 5 petang, check out hotel pukul 12 tapi kami bernasib baik sebab dibenarkan check out selepas Zohor. 

Lepas sarapan pagi kami naik ke bilik balik.. golek golek kejap pastu bawa anak-anak pergi swimming pool. Tak dapat mandi laut dapat mandi kolam pun jadi lah.

Walaupun 3 hari kami di Langkawi tapi tak dapat pergi banyak tempat. Hari kami sampai sana dah tak kira, hari pertama hari Jumaat - tak boleh pergi tempat yang jauh-jauh nak kena sampai hotel balik sebelum pukul 12 tengah hari. Petang pulak dah hujan.

swimming pool langkawi

Ini budak merajuk. 



Bercuti Di Langkawi - Jom Kita Balik

Dia nak join abang-abang dia kat kolam besar tapi mamanya kata tak boleh sebab tak pandai berenang lagi. Tinggi pun tak lepas lagi nak masuk kolam besar tu.
Mamanya memang tak ler nak masuk kolam tu.

Bercuti Di Langkawi - Jom Kita Balik

Ni tengah main sama-sama, nampak tengah baik ni bila-bila masa aje boleh gaduh. 


Bercuti Di Langkawi - Jom Kita Balik

Walaupun abang-abang dan mak su Ya dia dah join sekali tapi muka merajuk tak hilang lagi. Kalau suruh dia masuk kat wading pool mesti menangis terus.

Pukul 10 pagi kami naik ke bilik balik. Sambung mengemas beg. Sempat jugak Amy lari kejap ke Rani's beli kain pelikat dan beg.  

Bercuti Di Langkawi - Jom Kita Balik

Beg biru dan beg silver tu terpaksa masuk perut kapal sebab barang kaca kena handcarry. 

Dalam tu kain baju aje pun tapi nak masuk perut kapal punya pasal diorang kata kena balut. 

Harga beg RM10 tapi balutnya RM25. Cis. Beg hitam besar tu pun kena balut jugak takut masa diorang baling-baling terbarai segala isi perut.

Mil, Fil dan Cik Ya dapat tukar flight dari pukul 9 malam dapat pukul 4:30 petang. Cik Limah aje yang kena tunggu lama sikit kat airport tu sebab flight dia pukul 7.


Bercuti Di Langkawi - Jom Kita Balik

Beg kecik ni Amy beli masa bulan free tax dulu sebagai hadiah untuk en hubby. Beg yang dia selalu bawa tu dah uzur benar. Kiranya ini adalah kali pertama digunakan.

Lepas solat maghrib kat airport baru perasan roda beg dah tak de satu. Bukan pecah cikit ... patah terus, tak de dah. Tak boleh bediri tegak dah. 

Bila pergi tanya kami disuruh beratur kat kaunter tingkat 5. Setelah 1 jam beratur disuruh turun balik ke tingkat bawah. Jam dah pukul 9 malam. Keesokkannya en hubby kerja. so tak pergi tingkat bawah tu dah, kami balik terus.

Rasa macam nak nangis aje malam tu. Kali ke dua dia(beg tu) naik kapal terbang dah hilang roda. 

Tak tahu nak jadi macam tu. Beg hitam besar tu dah merata dunia dia pergi tak pernah pulak jadi macam ni.

Sedih sebab:
1. Ini adalah hadiah Amy untuk En Hubby.
2. Beli pakai duit tabung. Kalau Amy ni bekerja lainlah cerita.

Comments

  1. alahai sayang nya baru guna dah rosak. in sha Allah ada rezeki lain untuk ganti yang lebih baik. sabar la ye.huhu...

    ReplyDelete
  2. Seronknya ..inshaAllah pasti suatu masa dapat ke Langkawi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)