Lambat Datang Tapi Rebut Saf Yang Pertama

Assalammualaikum Dan Salam Ramadan...

Dah start pergi terawih ke? Amy tak lagi. Dah miss 2 kali terawih dok mengadap anak-anak dengan homework diorang. Kenapalah cikgunya bagi banyak homework bulan puasa ni... Irfan pulak dah start peksa tengah tahun semalam.

Lambat Datang Tapi Rebut Saf Yang Pertama

Perkongsian dari group whatsapp berkaitan dengan oarang yang masuk lambat tapi rebut saf yang pertama. 



"Assalam. Saya selalu terjumpa sorang jemaah jumaat. Selalu dtg lambat tapi rebut saf pertama. Terpaksa langkah jemaah yang sedang iktikaf dimasjid. Apa pandangan ustaz dlm hal ini"


Wsalam. 

Ini adalah perkara yang dilarang dan salah dalam Islam. Kerana itulah kita dituntut supaya datang awal ke masjid bagi mendapat saf hadapan manakala yang datang lewat mengisi barisan belakang. Perbuatan ini mengelakkan daripada perbuatan melangkah yang dilarang kecuali kerana darurat. 

Dari Jabir bin Abdillah bahawasanya; “Ada seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat ketika sedang Nabi saw menyampaikan khutbah, lalu dia melangkahi atas tengkuk orang-orang (yang sedang duduk), lalu Nabi saw bersabda:

“Duduklah! Kerana sesungguhnya engkau telah menyakiti (mengganggu), dan telah datang lambat”

[Riwayat Ibnu Majah, no 1115; riwayat Nasa’i, no 1382; riwayat Ahmad, no 17036; riwayat Abu Daud, no 943, hadis Sahih]

Comments

  1. Tak suka perangai orang macam ni.. dah tahu lambat, duduk jelah di belakang.. Adab tertinggallah tu..

    ReplyDelete
  2. pelik jenis org perangai gini, konon nk tambah pahala banyak tp tambah dosa adalah...
    kalau nk ddk saf depan2 kene lah dtg awal... kene lah hormat jgk kt org lain...
    pastu tak suka jns org yg dh tau dh dh rapat saf kita tp nk nyelit gk, klu bdn kecik tkape... ni kita nk duduk antara 2 sujud tu ssh nya ya ampun... geram kadang

    ReplyDelete
  3. perangai mcm ni sy mungkin boleh terima. yg sy x leh terima adalah kt saf dpn ada kosong tp dia x nk berganjak smpi ke sudah! grrrr

    ReplyDelete
  4. memang tak elok sampai langkah-langkah org tengah solat. kita kalau kena pun rasa tak selesa dan terganggu kan kekusyukan solat tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)