Mengemas Dan Menyusun Atur - Kabinet Dapur.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Amy geram betul dengan labah-labah dan lipas kat rumah ni, mana dia datang pun Amy tak tahu. Dah jadi satu kerja pulak setiap minggu nak kena bersihkan sarang labah-labah kat dalam kabinet dapur tu.

Baru kemas tak sampai 3-4 hari dia dah buat sarang balik lepas tu, kalau setakat sarang ok lagi tapi siap ada najis dia pulak kat situ.

Si lipas pulak, bukan jenis yang besar biasa tu, ni jenis yang kecik-kecik perut bulat tu.... huhhh kalau Amy nampak memang kena kejar sampai dapat. Sakit hati betul, mana ntah dia buat sarang. Jangan kat celah antara kayu kabinet dengan kitchen top tu sudah.

kitchen cabinet

Kalau dah mengemas haruslah alih sana alih sini, jemu asyik sama aje dan kadang kadang bila satu benda tu ada di tempat yang sama pada masa yang panjang baru kita perasan 'ketidakpraktikalan' dia di situ.

Bila dah alih sana alih sini, kenalah susun ikut kesesuaian. Kerja mengemas dapur ni memenatkan jugak sebab nak kena fikir dan imagine sekali. Selalunya kerja mengemas akan terbengkalai sebab tuannya dah pengsan dulu...😂


kitchen cabinet

Dulu tak banyak nak pakai container jadi Amy pun belilah tupperware, gila tupperware sekejap. Sekarang nak pakai banyak container dan tupperware pulak mahal jadi pakai ajelah mana yang mampu. Ikea dan Mr DIY pun sekarang ada banyak bekas yang cantik dan praktikal.

kitchen cabinet

Bekas penutup merah tu bekas untuk gula. Rumah Amy ni memang banyak jenis gula, kononnya nak letak ikut spesis tapi ruang tak mengizinkan. Ruang untuk spesis lain pulak tak cukup. 

kitchen cabinet

Akhirnya jadi macam ni, tak cantik pada mata Amy tapi spesis yang lebih kurang sama dalam satu ruang. Nak Ambik kat situ aje semua.

Ruang atas tu masih lagi kosong. Rancang nak letak barang yang jarang digunakan. Barang yang jarang digunakan pulak kat rumah ni semuanya tak muat nak letakkan kat situ. Masing-masig gemuk.


kitchen cabinet

Tall cabinet ni ada oven jadi dari atas sampai bawah Amy letak barang-barang untuk 'baking', loyang aje kena hantar stor sebab tak muat.


kitchen cabinet

Gantung kat sini senang nak ambik, tak payah tercari-cari lagi.

kitchen cabinet


Ruang tepung... ada macam-macam jenis juga.

kitchen cabinet

Cup ni pun Amy gantung... sonang nak mencari. Nak kena letak label cukatan cup lepas ni.



kitchen cabinet

kitchen cabinet



kitchen cabinet

Pinggan mangguk Amy banyak ni ajelah. Kami berlima aje, jarang tetamu datang.

Ada lagi ruang yang dah siap kemas ( buang spider wab, cek sarang lipas) tapi tak disusun lagi. Dah penat, lain kalilah pikirkan ruang tu. 

Stor + laudry tu pun nak kena kemas, dah macam kapal karam Amy tengok. Masing-masing nak cepat ambik tak letak balik... main campak aje mana dapat ... termasukkan orang yang menulis ni, heheh.

Sticker
Dulu rajin guna label sticker ikea tapi bila nak tanggalkan punyalah payah sekarang Amy guna 'selotepe' tu aje. Senang nak tanggalkan. 

Kategori Berat Badan

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..


Sekejap aje dari Cantik tukar ke Hebat... Diet asyik kelaut aje.



Bila Ruang Terhad Kita Sorok Bawah Katil

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

pengstoran bawah katil

Bila anak-anak semakin membesar, rumah terasa semakin kecil. Kabinet baju tu pun macam tak cukup aje, nak tambah lagi ruang pulak terhad.

Dulu baju diorang kecik-kecik, macam terlebih ruang pulak dalam kabinet tu tapi sekarang ... tak tau nak letak mana dah. Akhirnya beli bekas hitam tu(Amy dah lupa namanya)  untuk letak tuala, sarung bantal, sarung tilam dan selimut. 

Benda ni Amy sorok bawah katil.... hahaha jimat ruang, mata pun tak sakit. Diorang nak ambik pun senang.

Korang sorok barang kat maner?

Pemandu Myvi Yang Mencurigakan, Awasi Anak-anak Kita

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tengah hari semalam kami pergi makan kat kedai mamak Ameer Ehsan Maluri. Sebelah kedai mamak tu ada kedai tayar, kami park kereta kat sisi tapi dah dekat hujung kedai.


Pemandu Myvi Yang Mencurigakan, Awasi Anak-anak Kita


Masa nak balik ke kereta semalam (en hubby dah tunggu dalam kereta) kami jalan berpecah. Amy, Nasiim dan Irfan jalan kat bahagian kaki lima yang sempit tu dan Faris pula jalan kat bahu jalan (belakang kereta - kereta park kat kaki lima). 

Ketika tu memang kami aje yang ada kat situ, kemudian ada kereta myvi jalan perlahan sambil drivernya (lelaki) buat bunyi macam 'cencorot' tu memanggil-manggil si Faris. Amy pulak tak perasan pemandu tu cina ke melayu tapi dia turunkan cermin tingkap dan cuba tarik perhatian Faris. 



Dari start Faris keluar ke bahu jalan sehingga sampai ke kereta kami, kereta myvi pandu perlahan dan selama tu jugak lah buat bunyi 'cencorot' tu memanggil-manggil Faris. Dia tak perasan pun kami yang kat bahagian kaki lima kedai tu, mungkin sebab terlindung dengan kereta yang park kat situ.

Nasib baiklah Faris tak perasan orang tu panggil dia.

Masa tu Amy tak terfikir pun benda-benda lain. Yang terlitas di fikiran ... "anak aku tu kan lelaki, budak pulak tu, kau dah gila ke apa?" Kemudian ada kereta lain kat belakang kereta myvi tu dan dia start pandu macam biasa dan berlalu pergi.

Memang mencurigakan betul. 

Dah masuk kereta barulah terlintas fikiran yang lain. Sama ada orang tu tak betul atau pun ada niat jahat yang lain. 

Ya Allah cuainya Amy sebagai seorang ibu. Ya Allah, kau lindungilah anak-anak ku dan anak-anak orang lain dari niat jahat manusia seperti ini.

Amy terus pesan dengan anak-anak Amy lain kali jangan jalan sorang-sorang, kalau kat sekolah pun selagi Amy tak sampai jangan keluar dari kawasan sekolah.