Kalau Dah Ke Kedai Eko....

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Selalunya kalau dah ke JJ (AEON) Amy mesti menyinggah kedai lain dulu baru masuk ke kedai Eko. 


Anak-anak pesan kat mamanya beli barang yang besar-besar aje dengan harga RM2.10 tu tapi kadang kala mamanya ni pun terlepas pandang jugak.... 😂.

Masuk-masuk aje diorang pergi cari Nabati. Nabati tu pulak ada 2-3 jenis packing nya mulalah 3 beradik tu kira tambah tolak bahagi darap semuanya ada..... cari yang paling berat. Minggu lepas jenis yang besar tu tak de tinggal yang kecik bungkus tiga ni aje, bolehlah.

Biasanya Amy beli bakul atau pun bekas yang boleh buat simpan barang. Warna mesti putih, cantik, praktikal dan tak nampak macam harga 2 hinggit...😉

Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Masa basuh baju pagi tadi, Amy kemas sikit-sikit kat belakang tu kononnya nak clearkan meja si Faris tapi dah melarat-larat pulak. Bila tengok jam dah dekat pukul 12. Apalah nak masak apa hari ni?


Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.


Masa kemas-kemas jumpa beg cantik, dulu simpan kot-kot lahkan anak-anak nak bawa barang ke sekolah senang, tebal jugak plastiknya. Tetiba dapat idea nak simpan plastik sampah yang tak tentu tempat simpannya tu. Mana dapat aje Amy sumbatkan.

Buka pintu sinki nampak ada hook.... lupa dah kewujudan hook ni. Nasib baik ada dua boleh Amy sangkut tali dia kiri kanan. Kemas-kemas lagi jumpa penyangkut baju pulak.... heheh. Amy letak penyakut tu kat hook pintu sinki, bagus jugak benda ni banyak boleh sangkut 😂.


Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Yang ni rasanya macam tak tahan aje.... kejap lagi dia jatuhlah tu.

Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Lepas ni banyaklah mak nenek tersangkut kat pintu sinki ni... heheh. Kat dalam bakul besar tu Amy letak kain buruk yang besar dan dalam bakul kecik letak kain buruk kecik. 


Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Kain lap tangan ke pingan ke Amy letak kat troli.


Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Nak clearkan sikit aje tapi dah satu yard ni Amy clearkan... heheh. Dulu meja petak petak tu Amy buat letak pengukus dan blender tapi nak bagi ruang kat Faris punya pasal terpaksalah cari tempat lain surukkan pengukus tu.


Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Cermin tu Amy beli 15-16 tahun dulu, masa Irfan baby untuk rumah Semenyih. Punyalah lama simpan tapi bila nak pasang benda-benda nak lekatkan dia kat dinding tu semua dah hilang.

Lampu hijau tu lampu kat dalam bilik dia tapi dia dah hangkut letak kat situ, tak cukup terang katanya. Kipas mamanya kat dapur pun dia hangkut sekali.

Nak letak peg board macam kat Ikea tu mahal lah pulak, satu keping besar dah RM99, tak pelah nanti beli aje kat Daiso, murah banyak.


Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Ruang Laundry yang hampir siap. Nak minta En Hubby drilkan rak kat belakang mesin basuh tu. Nak letak penyangkut baju tapi tak muat. Besin biru tu Amy beli kat Ikea RM39 satu. Konon nak letak satu kat Pajam tapi macam tak jadi aje. Satu untuk letak baju putih dan satu lagi untuk letak selimut ke cadar ke, kumpul dulu nanti basuh sekali. 
Bawah rak tu Amy letak bekas untuk kumpul kain buruk termasuklah kain lap kaki. 
 Kain buruk kecik tu tak campur. Setiap kali lepas guna Amy akan basuh dengan tangan dan sidai terus. Kain lap tangan pun basuh asing jugak.


Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Pokok yang macam pengaga tu MIL bagi 2-3 minggu lepas. Cantik pulak dia mengembang bila pindah masuk bekas tu. Bekas tu Amy beli kat Kaison dalam RM7 macam tu.

Mangkuk kecik putih tu mangkuk kek Amy... heheh. untuk letak kerongsang ke, butang ke, pin ke. Mamanya ni pun kekadang lupa jugak nak cek tudung, terus baling aje dalam mesin.

Pasu tin kecik tu beli kat Ikea RM 1.90 untuk letak duit yang masing-masing selalu lupa nak clearkan poket seluar.

Nanti nak tampal stiker untuk serbuk pemutih tu dan cari botol untuk softener dan bekas kecik untuk laundry ball.



Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Gigih mamanya mencari penyakut satu rumah.  Kadang-kadang belt pun diorang masukkan sekali dalam bakul lepas tu bila nak pakai mulalah.... mama mana belt?

Bawah sinki, workstation Faris, dan Laundry Area.

Dulu beg-beg ni Amy sangkukan kat belakang pintu. Bakul ni pulak Amy letak kain buruk kecik tu. Sekarang beg-beg tu semua nak masukkan kat dalam bakul. Aman sikit Amy tengok belakang pintu tu.


Sekarang kedai Eko dan MR Diy dah ada kat AEON Maluri ni. Klinik gigi I Dental pun ada sekali, dulu kalau pergi JJ kejap dah balik sekarang ni... kalau tak menyinggah kedai Eko tu tak sah.

Alhamdulillah....  hujan dari pagi tadi baru berhenti, tak delah basah anak-anak balik sekolah. Tempat korang hujan tak?



Buku En Hubby...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....



Antara buku En Hubby yang Amy jumpa masa Amy sepahkan rumah ni 
Ada yang dah terbarai, tajuk dah tak ada dan ada yang dah reput. Rasanya tak lama lagi tulisan pun dah tak de 😅 .

Old Engineering book

Akhir tahun lepas Amy dapat beberapa email dari En google,  yang Amy pelik tu post yang usia dah 5-6 tahun dia kata ada masalah. Apasal dulu ok skang tak pulak ???.

Amy ni bila baca coding tu rasa macam baca polisi insurans. Baca 100 kali pun tak kan faham. Akhirnya Amy tak kuasa nak layan.

Minggu lepas dapat lagi ... nak senang citer, Amy tukar template blog ni. Padan muka sendiri... heheh.


Tepung


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni jom kita kenali tepung...

tepung

Tepung Gandum (All Purpose Flour)
Tepung ini paling mudah di dapati di pasaran.
Ia sesuai utk membuat pelbagai jenis kuih-muih, pastri, kek dan biskut.
Tepung ini adalah tepung protin sederhana dan kandungan protin adalah 9% – 12%.
Contoh tepung ialah Cap Sauh, Cap Kunci dan lain lain.

Tepung Protin Tinggi

Tepung ini dikenali sebagai tepung roti (bread flour) dan ia amat sesuai untuk membuat roti.Kandungan protin adalah 12% – 14%.
Kandungan protin yg tinggi menjadikan roti lebih kenyal, lembut dan gebu.

Tepung Protin Rendah
Tepung ini dikenali sebagai Tepung Superfine atau tepung kek. Kandungan protin yang rendah di bawah 10 % menjadikan ia sesuai untuk membuat kek dan pastri. Hasilnya kek lebih ringan, tekstur halus dan gebu.

Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)
Tepung ini juga dikenali sebagai Tepung Biskut. Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu sangat sesuai untuk membuat biskut.

Tepung Hong Kong

Tepung ini juga dikenali sebagai (Water Lily Flour) dan warnanya sangat putih dan halus. Sesuai untuk membuat pau dan kek lapis kerana menjadikan kek lebih lembap dan gebu berbanding tepung jenis lain.
- Yang ni Amy tak pernah guna lagi.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)

Merupakan sejenis tepung kek yang telah mengandungi serbuk penaik dalam kadar tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, tidak perlulah menambahkan serbuk penaik dalam resipi anda. Jika terlebih serbuk penaik,tekstur kek jadi berderai dan berasa pahit.


Tepung Premix (Premix Flour)

Terdapat pelbagai jenis tepung premix di jual di pasaraya dan kedai bahan kek. Antaranya kek span, mufin, kek mentega dan lain-lain. Anda hanya perlu mencampur bahan-bahan cecair ke dalam tepung campuran ini. Ikut arahan yang diberikan dalam setiap paket tepung ini.