Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Masa basuh baju pagi tadi, Amy kemas sikit-sikit kat belakang tu kononnya nak clearkan meja si Faris tapi dah melarat-larat pulak. Bila tengok jam dah dekat pukul 12. Apalah nak masak apa hari ni?
Masa kemas-kemas jumpa beg cantik, dulu simpan kot-kot lahkan anak-anak nak bawa barang ke sekolah senang, tebal jugak plastiknya. Tetiba dapat idea nak simpan plastik sampah yang tak tentu tempat simpannya tu. Mana dapat aje Amy sumbatkan.
Buka pintu sinki nampak ada hook.... lupa dah kewujudan hook ni. Nasib baik ada dua boleh Amy sangkut tali dia kiri kanan. Kemas-kemas lagi jumpa penyangkut baju pulak.... heheh. Amy letak penyakut tu kat hook pintu sinki, bagus jugak benda ni banyak boleh sangkut 😂.
Yang ni rasanya macam tak tahan aje.... kejap lagi dia jatuhlah tu.
Lepas ni banyaklah mak nenek tersangkut kat pintu sinki ni... heheh. Kat dalam bakul besar tu Amy letak kain buruk yang besar dan dalam bakul kecik letak kain buruk kecik.
Kain lap tangan ke pingan ke Amy letak kat troli.
Nak clearkan sikit aje tapi dah satu yard ni Amy clearkan... heheh. Dulu meja petak petak tu Amy buat letak pengukus dan blender tapi nak bagi ruang kat Faris punya pasal terpaksalah cari tempat lain surukkan pengukus tu.
Cermin tu Amy beli 15-16 tahun dulu, masa Irfan baby untuk rumah Semenyih. Punyalah lama simpan tapi bila nak pasang benda-benda nak lekatkan dia kat dinding tu semua dah hilang.
Lampu hijau tu lampu kat dalam bilik dia tapi dia dah hangkut letak kat situ, tak cukup terang katanya. Kipas mamanya kat dapur pun dia hangkut sekali.
Nak letak peg board macam kat Ikea tu mahal lah pulak, satu keping besar dah RM99, tak pelah nanti beli aje kat Daiso, murah banyak.
Ruang Laundry yang hampir siap. Nak minta En Hubby drilkan rak kat belakang mesin basuh tu. Nak letak penyangkut baju tapi tak muat. Besin biru tu Amy beli kat Ikea RM39 satu. Konon nak letak satu kat Pajam tapi macam tak jadi aje. Satu untuk letak baju putih dan satu lagi untuk letak selimut ke cadar ke, kumpul dulu nanti basuh sekali.
Bawah rak tu Amy letak bekas untuk kumpul kain buruk termasuklah kain lap kaki.
Kain buruk kecik tu tak campur. Setiap kali lepas guna Amy akan basuh dengan tangan dan sidai terus. Kain lap tangan pun basuh asing jugak.
Pokok yang macam pengaga tu MIL bagi 2-3 minggu lepas. Cantik pulak dia mengembang bila pindah masuk bekas tu. Bekas tu Amy beli kat Kaison dalam RM7 macam tu.
Mangkuk kecik putih tu mangkuk kek Amy... heheh. untuk letak kerongsang ke, butang ke, pin ke. Mamanya ni pun kekadang lupa jugak nak cek tudung, terus baling aje dalam mesin.
Pasu tin kecik tu beli kat Ikea RM 1.90 untuk letak duit yang masing-masing selalu lupa nak clearkan poket seluar.
Nanti nak tampal stiker untuk serbuk pemutih tu dan cari botol untuk softener dan bekas kecik untuk laundry ball.
Gigih mamanya mencari penyakut satu rumah. Kadang-kadang belt pun diorang masukkan sekali dalam bakul lepas tu bila nak pakai mulalah.... mama mana belt?
Dulu beg-beg ni Amy sangkukan kat belakang pintu. Bakul ni pulak Amy letak kain buruk kecik tu. Sekarang beg-beg tu semua nak masukkan kat dalam bakul. Aman sikit Amy tengok belakang pintu tu.
Sekarang kedai Eko dan MR Diy dah ada kat AEON Maluri ni. Klinik gigi I Dental pun ada sekali, dulu kalau pergi JJ kejap dah balik sekarang ni... kalau tak menyinggah kedai Eko tu tak sah.
Alhamdulillah.... hujan dari pagi tadi baru berhenti, tak delah basah anak-anak balik sekolah. Tempat korang hujan tak?
kemasnya umah amy..:)
ReplyDeletekemasnya bawah singki akak tu... macam-macam boleh boh
ReplyDeletedana dari tadi usha je kotak duck tu, merata-rata dia ada hehehe
tingin nk buat laundry room macam akak tak kesampaian ruangan takde, tpi nice jugak boh rak gitu... nanti nak try mintak kt edy lah buatkan gitu... idoklah penuh bakul tepi bilik air letak baju kotor