Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Siapa yang pernah dapat SMS berkaitan dengan KEHZEN mengenai pelangaran toll dan hutang SINGER tertungak?
Sejak tahun lepas, Amy sering dapat SMS berkaitan KEHZEN MANUFACTORY tapi nombor telifon yang berlainan. Berhenti sekejap semasa PKP dan start aje PKPP dia pun start balik tapi tak sekerap sebelum tu.
Masa awal-awal dapat SMS dari KEHZEN, Amy tak layan. Tau dah Scammer. Tapi bila dah sehari 5-6 kali dapat mesej yang sama SETIAP HARI... sapa tak bengang. Amy pun balas mesej tersebut. Amy tulis 'sila hubungi Kahzen Manufacturing' dan kemudian perempuan india call marah-marah, tak sempat Amy nak cakap apa-apa dia dah letak telifon.
Masa tu dalam fikiran Amy ... eh si scammer ni, dahlah nak menipu boleh pulak telifon dan marah-marah kita. Sesuka hati dia aje.
Ok... sekali tu ajelah Amy melayan. Rupanya adik dan sepupu Amy pun pernah dapat SMS yang sama.
TETAPI....
Pagi tadi pukul 9 lebih, Amy dapat panggilan telifon dari seorang perempuan melayu. Mula-mula Amy rasa Amy salah dengar dan Amy tanya dia semula.
'Sorry, ni panggilan dari mana?'
Perempuan tu tanya Amy balik ... ' Ini nombor KEHZEN Manufactoring ke?'
Amy terus jawab bukan dan dia minta maaf mengganggu dan terus letak ...
Amy 'konpius'
Apa yang sebenarnya belaku?
Nombor telifon aku dah tersebar jadi nombor telifon KAHZEN ke?
Berapa ramai yang dapat SMS tu?
Eeehhhhh ....
Tetiba teringat kes perempuan India tu.
Entah-entah perempuan tu pun sama kes dengan perempuan pagi tadi tak?
Cis... ni kes nak laga-lagakan orang ke? Tak pasal-pasal aku pulak yang kena.
Comments
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)