Dos pertama untuk Luna dan Lulu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam lawatan kedua Luna dan Lulu ke vet clinic. Berat dah lebih 1kg, dah boleh ambik vaksin untuk anak kucing. Klinik yang kami pergi tu dekat dengan rumah tak sampai 5 minit dah sampai.




Anak Kucing Jalanan ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..


Hari ini genaplah sebulan Luna dan Lulu bersama kami. Si bulus 2 ni kucing kampung biasa aje. Maknya beranak kat kedai bawah tu. Masa Amy lalu kat situ nampaklah anak kucing 4-5 ekor dalam sangkar. Ada pulak tulis kat situ 'ADOPT ME'. Tak delah kecik sangat dalam 2 bulan lebih usianya. Dah boleh bercerai susu.



Amy sebenarnya kalau boleh tak nak bela kucing. Rumah kecik mana nak letak litterboxnya?

Tapi bila dah nampak... rasa kesian pulak jadi Amy ambiklah 2 ekor. Alhamdulillah, selepas tu semua anak kucing tu ada orang yang ambik.


Si Luna, hidung comot.

Sepatutnya masa ambik tu kena terus bawa pergi Vet klinik tapi carriernya nak kena beli dulu. Mahal jugak harga carrier ye. Dulu kat kampung, kucing-kucing tu kita bagi makan dan mandi sekali sekala aje tak tau pun ada banyak cerita rupanya.


Hari pertama bawa balik tu Amy masukkan diorang dalam shopping beg tu aje 😅. Nasib ler tak melompat keluar. Kemudian kena mencari pasir, litterbox dan makanan.

Suruh anak-anak namakan kucing... macam-macam nama diaorang bagi. semuanya 'karekter' dalam game. Kalau kucing jantan ok lah jugak.


Si Lulu

En Hubby pun tak de idea. Suruh letak tompok, comot, comel tak nak pulak. Sudah mamanya letak Luna dan Lulu.

Masa ambil tu si bulus ni punyalah banyak kutu. Banyak sangat. Terpaksa mencari 'ubat kutu'. Nak beli jenis spray takut nanti dia jilat bulu dia, yang jenis pakai kat leher tu macam... kutu pun tak heran, sudah beli jenis yang mandi aje.

Nasib kat rumah ada besin besar dan tempat mandi tu sliding door. Tadah air suam dari water heater dalam besin letak 'ubat' kutu dan tutupkan sliding door.  Air agak agak paras perut dia. Mandi, sental dan bilas. Susah jugak nak elak kena mata dia. Hair dryer tak de jadi guna tuala tebal aje. Dua ekor kucing, dua kali kena tadah air... banyak keje sikit.

Dah seminggu lebih baru dapat bawa pergi klinik vet dan beritahu doktor tu yang 2 ekor bulus tu maknya stray cat. Doktor bagi ubat cacing dan spray kan (sampai basah) 'ubat' kutu. 

Selepas 2 minggu kena datang lagi untuk vaksin pulak. Nak vaksin hari tu tak boleh sebab berat masing-masing tak sampai 1kg lagi.