Skip to main content

Dos pertama untuk Luna dan Lulu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam lawatan kedua Luna dan Lulu ke vet clinic. Berat dah lebih 1kg, dah boleh ambik vaksin untuk anak kucing. Klinik yang kami pergi tu dekat dengan rumah tak sampai 5 minit dah sampai.



Sebelum ni kita boleh masuk sekali dengan pet kita tapi semalam tak boleh. Kena drop pet kat pintu (diorg ambik kat pintu) pastu diorang bawa masuk pet tu ke dalam.


Masa pemeriksaan , mereka buat video call jadi kita masih lagi boleh tengok dan berinteraksi dengan doktor. Nampaklah doktor tu periksa Lulu dan Luna. Bila nak kena timbang berat, masing-masing nak lari.
Doktor pesan lepas vaksin seminggu tak boleh mandi. Bulan depan kena datang sekali lagi untuk dos ke dua pulak. 
Eh Eh Kita kena ambik vaksin Convid 2 dos, si Bulus ni pun kena ambik 2 dos jugak ye. 

Masa balik, si Lulu aje bising dalam carrier. Si Luna senyap. Sebelum ni dialah yang paling bising. Sampai rumah diorang dah tak aktif. Terus cari tempat nak tidur. Maghrib tu lepas makan sambung tidur balik. 


Si Lulu. 
Panas badan dedua ekor ni. Kali pertama tengok kucing demam.



Si Luna. 
Yang ni nampak sakit benar. Tempat kena cucuk tu bengkak sikit. 

Ingatkan sampai ke pagi tidonya tapi tak. Dah tengah malam si bulus ni aktif balik. 










Comments

  1. pertama kali kene cucuk terperanjat kot badannya kak.... moga membesar bak juara ye lulu dan luna

    ReplyDelete
  2. Semoga Luna dan lulu sentiasa sihat dan cepat membesar

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)