Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sekejap aje dah 10 hari kita melangkah ke tahun 2022. Selamat tahun baru semua.
Dolu-dolu aku tahu kucing jantan aje bising-bising cari girlfriend, aku tak tau kucing betina pun tak terkecuali jugak. Minggu lepas kita semua melangkah ke tahun baru si Lulu pulak melangkah menjadi kucing 'betina'.
Mula-mula pelik jugak tengok keadaannya tak tentu arah, paling tak tahan dia punya bising... macam kena dera.Tak pasal-pasal nanti dapat komplen dari jiran tetangga pulak. Lepas 5 hari si Lulu dah ok si Luna pulak .... stress betul.
Bayangkan sebulan dua kali ... Siang-siang dia ok dah malam bila time kita nak tidur dia start bising, aku dan en Hubby tidur kejap-kejap bangun.
Hari Jumaat pagi kami pergi vet klinik yang sama dengan yang sebelum ini. Ramai yang kata vet klinik ni ok tapi agak mahal.
Sebelum spay surgery, doctor buat pemeriksaan fizikal dulu kemudian blood test. Ambik masa lebih setengah jam tunggu keputusan. Sebelum datang sana si Bulus tu dah puasa dalam 10 jam.
Sebelum buat blood test doktor maklumkan kadar bayaran, rupanya blood test harga lain dan spay surgery harga lain. Dalam hati... speechless.
Doktor terangkan satu-satu tentang keputusan blood test tu, tentang hati, buah pinggang, blood platelets dan macam-macam lagi.
Pukul 4 lebih diorang call beritahu si Lulu dan si Luna dah sedar dan semuanya ok. Si Bulus 2 ekor tu warded semalam kat sana dan Sabtu pagi aku datang ambik.
Si Luna - hari kedua.
Si Lulu - hari ke 3.
Luka si Lulu nampak ok tapi si Luna bengkaknya tak surut lagi. Doctor kata kalau dia jilat lukanya kena bawa dia ke klinik semula tapi setakat ni tak de lagi dia jilat luka dia. Luka pun nampak bersih kering.
Tengoklah satu dua hari camner, kalau tak surut jugak kenalah bawa pergi klinik lagi sekali.
Comments
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)