Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dah dapat dos pertama untuk Vaksin semalam. Husband Amy dah dapat awal bulan Julai kat Hospital Pantai Cheras, dekat jer dengan rumah. Amy pulak dapat kat KLCC Convention Centre.
Kebetulan 2 orang kawan Amy pun dapat hari yang sama sorang kat SCCC Setia Alam sorang lagi kat UITM Puncak Alam (dekat2 kaw diorang). Walaupun masing-masing kat tempat lain tapi rasa macam pergi sama-sama. Dari pagi lagi dah kecoh kat group WA tu. Jauh di mata dekat di WA 😂.
Amy pergi naik Grab aje, En Hubby sambil keje sambil tengok anak-anak kat rumah. Dari pintu utama nak ke pintu masuk tempat ppv tu punyalah jauh.
Dah masuk pulak dari tempat pertama ambil borang sehinggalah tempat menunggu terakhir tu, punyalah jauh.
Lepas terima vaksin terus pergi tempat menunggu. Masa menunggu tu Amy tengok orang lain punya borang semuanya tinggal 1 helai, Amy aje yang ada 2 helai lagi. Amy tak perasan bila kena serahkan borang tu.
Dari pukul 3:25 hingga pukul 4 petang Amy tertanya-tanya dalam hati, bila? kat siapa? akhirnya Amy panggil petugas yang lalu lalang tu. Tak sampai 3-4 minit nama dah kena panggil. Menyesal betul tak tanya awal-awal.
Balik Amy ambik Grab kat KLCC, rupanya kalau masuk dari arah KLCC lagi dekat dengan pintu PPV tu dari masuk ikut pintu utama.
Lama tak menyinggah KLCC ni. Kebetulan lalu ambik kesempatan menyinggah kedai RotiBoy tapau untuk anak-anak.
Hari ni ada yang share malam tadi dah start rasa gatal/miang satu badan. Ada kawan-kawan yang pergi lagi awal pun share benda yang sama. Ada pula yang demam. Alhamdulillah setakat hari ini Amy rasa sengal-sengal aje kat tempat cucuk tu.
Ada yang buat saja lawak dia rasa dia semakin Lawa 😂😂😂
Dah 20 tahun tak jumpa namun kat group WA tu tetap kecoh. Hari-hari tak kering gusi.
lenggang je ye kak... seronok bila baca ramai kawan-kawan dah dapat vaksin
ReplyDeleteAlhamdulillah settle dah. Hehe auto lawa terus lepas cucuk ye. Syukur dapat dekat dan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga baik baik je lepas cucuk :)
ReplyDeletetahniah dah vaksin, baca sini untuk beli barang dari china
ReplyDelete