Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Lama terperam n3 ni dah nak abis puasa baru nak publish 😅. Amy kopi paste dari Pej Mufti Wilayah Persekutuan untuk perkongsian kita bersama.
Mandi Wajib (haid) Selepas Subuh.
Sebagai makluman, di bawah ini adalah syarat sah puasa;
i) Islam
ii) Baligh
iii) Suci daripada haid dan nifas
iv) Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Bagi perempuan yang datang haid atau nifas, maka tidak sah puasa mereka pada hari datangnya haid atau nifas.
Sekiranya haid atau nifas datang pada waktu siang hari, maka batallah puasanya pada hari itu.
Namun jika dia bersih daripada haid atau nifas di malam hari, wajib ke atasnya berpuasa keesokannya, sekalipun dia belum sempat mandi hadas (mandi wajib).
Kesimpulannya sah puasa walaupun mandi wajib dilakukan selepas waktu subuh.
BELUM MANDI WAJIB (HAID) TETAPI SUDAH BERNIAT PUASA SEBULAN
‘Period’ dah habis tapi tak perasan dah tidak ada dan tidak sempat mandi wajib paginya, tetapi dah niat puasa sebulan dan berpuasa pada hari itu, balik rumah petang baru mandi wajib, adakah sah puasanya?
Jawapan:
Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan #74: Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat 30 Hari Sekaligus?.
Kesimpulannya, diharuskan untuk berniat puasa selama sebulan sebagai langkah ihtiyat (berjaga-jaga) pada awal Ramadhan di samping beriltizam untuk berniat puasa setiap malam. Justeru, jika seseorang itu lupa untuk berniat pada malamnya tetapi sudah berniat sebulan, maka puasanya di bulan Ramadhan pada hari itu sah, dan niat itu memadai mengikut pendapat sebahagian ulama Syafieyyah dan mazhab Maliki.
Menjadi tanggungjawab seorang Muslimah untuk memerhatikan kesucian dirinya khususnya tentang waktu berhenti darah haid. Ini kerana ia tidak hanya berkait dengan ibadah puasa, tetapi juga dengan ibadah solat yang lebih utama. Wajib untuk setiap wanita Islam untuk memeriksa kesucian dirinya pada setiap waktu solat.
Firman Allah Taala:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa’: 103)
Sengaja meninggalkan bersuci seperti mandi wajib dan wuduk, dan tidak menunaikan solat Subuh adalah dosa besar yang tidak wajar dipandang remeh. Begitu juga, untuk solat Zohor dan Asar.
Mandi Junub Selepas Terbit Fajar Pada Bulan Ramadhan
Hukum mandi junub selepas terbit fajar pada bulan ramadhan disebabkan persetubuhan pada malam hari atau sebelum waktu fajar adalah diharuskan dan ianya tidak membatalkan puasa. Dan tidak ada halangan untuk orang yang berjunub untuk melewatkan mandi junub sehingga terbitnya fajar.
Ini berdasarkan dalil hadis daripada Aisyah dan Ummu Salamah R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
كَانَ يُدْرِكُهُ الفَجْرُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ أهْلِهِ، ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW pernah mendapati fajar telah terbit dan ketika itu beliau dalam keadaan junub setelah bercampur dengan isterinya. Kemudian beliau mandi dan berpuasa.”
Riwayat al-Bukhari (1927) dan Muslim (1106). Hadis ini ialah hadis Muttafaq ‘alaih.
Dan hadis Abdurrahman bertanya kepada Aisyah dan Ummu Salamah berkenaan dengan mandi junud selepas waktu fajar, maka Aisyah dan Ummu Salamah berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصْبِحُ جُنُبًا مِنْ غَيْرِ حُلُمٍ، ثُمَّ يَصُومُ
Maksudnya: “Adalah Nabi SAW dalam keadaan berjunud disebabkan selain dari mimpi, kemudian baginda meneruskan puasanya.”
Berdasarkan nas-nas dan dalil-dalil serta padangan ulama, maka hukum mandi junub selepas terbit fajar adalah harus di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama. Begitu juga hendaklah diteruskan berpuasa kerana ianya sama sekali tidak membatalkan puasa sepertimana yang dinaskan oleh para ulama dalam kitab-kitab mereka.
Comments
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)