hilmirdadaud.blogspot.my

Biskut Coklat Cip Sedap

| On
June 27, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam Amy try satu lagi resepi baru biskut coklat cip tapi kali ni saiz ikut pesan tok guru, kecik-kecik. Kalau ikutkan hati nak aje buat besar gedabak biar cepat siap... heheh.

resepi lain

Biskut Coklat Cip Sedap

Alhamdulillah, ikut cakap tok guru cantik aje kejadiannya dan sedap rasanya. Tapi ada jugak part menderhaka tu... hahaha.

Anak-anak semuanya suka sebab rasanya lain dari biskut yang Amy pernah buat.

Sesapa yang tak suka biskut yang ala-ala subway (lembut kat tengah) boleh cuba resepi biskut ni.

Biskut Coklat Cip Sedap

Tok Guru pesan suhu 150c bakar 20 minit tapi kalau loyang hitam kena kurangkan masa.

Yelah oven mana sama, masa nilah cuba tukar suhu dan masa .... dah lah ada macam-macam keler biskut tu 😅😅😅. Kat atas tu satu bakar 150c 19 minit dan sebelahnya 160c 13 minit.


Biskut Coklat Cip Sedap
Yang gelap sikit tu Amy cuba 180c 10 minit. Selalu Amy bakar biskut ke kek ke memang guna suhu 180c ni tapi biskut kali ni tak boleh pulak. Bawah dia cepat garing tapi dalam kurang sikit masaknya.

Jadi kenalah ikut arahan balik .... 150c. Luar dan dalam masak cantik aje.

Biskut Coklat Cip Sedap

Tok guru kata guna penyukat 1tsp ni aje, ikut kan hati nak cekup-cekup besar sikit biar cepat siap. Lamo bonar kocik-kocik ni.


Biskut Coklat Cip Sedap

Inilah hasilnya... dia tak membesar banyak pun.

Amy kongsikan disini resepinya supaya senang nak cari kemudian hari.


Biskut Coklat Cip Sedap

Biskut Coklat Cip


Bahan-Bahannya :

250g butter - Amy guna salted scs
100g gula halus
100g gula perang

1 biji telor saiz b - Amy guna M
1 sk esen vanila

370g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1 sk baking soda
2 sb tepung jagung
200g coklat cip

Caranya :
  1.  Panaskan oven 150c atau ikut sesuaian oven masing-masing.
  2.  Adunkan butter dengan gula sehingga sebati - Amy guna spatula aje. 
  3.  Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
  4.  Bila sudah sebati masukkan bahan kering yang telah diayak bersama.
  5. Bentukkan ikut suka hati. Amy guna penyukat 1sk untuk skop-skopkan dia.
  6. Bakar selama 20 minit atau sehingga biskut tu boleh bergerak (tidak melekat) bila ditolak.
  7. Bila dah masak keluarkan dan biarkan biskut tu sekejap... biar dia set sekejap kata orang. Kalau terus angkat pindahkan nanti dia pecah atau patah pulak.
  8. Biar betul-betul sejuk baru simpan.
5 comments on "Biskut Coklat Cip Sedap"
  1. Suka tengok orang pandai buat kuih ni...sayangnya akak x de skill buat kuih..skill masak lauk je expert..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. bookmark, mana lah tahu terajin nanti boleh buat..

    ReplyDelete
  3. Alalololo...cumil je hai...hehe..mohon salin resepi ya.

    ReplyDelete
  4. best sebenarnya buat biskut ni. boleh makan bila bila aje. tk semestinya raya. nk hidang dekat tetamu pun syok. tp mek tkde oven

    ReplyDelete
  5. saya nak sebalanggggggggggggggggggggg ;-)

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)