Blueberry Tiramisu

Assalammualaikum...

Hari ni Amy tak ke mana2 kerana minggu ni en hubby Amy tak balik... hari ni nak rehat aje sblm memulakan tugas esok pagi.

Jalan-jalan dari satu blog ke satu blog  terjumpa pulak blog Kak Ita. Seperti blog kak Ct, blog kak Ita ni pun gambar2nya cantik dan mengoda Amy. Oleh kerana dah tergoda dgn kecantikkan kaler purple blueberry tu teruslah copy n try buat pagi tadi...

Terima kasih kepada kak Ita kerana sudi share. Kepada kawan2... sudilah kiranya menjamu mata kat sana yer..


blueberry tiramisu

Teringin nak buat mcm Kak Ita... letak dlm gelas.



blueberry tiramisu

Satu adunan dapat banyak ni.. Sapelah yang nak tolong makan kan ni..


blueberry tiramisu


Blueberry Tiramisu..

by: Rabiatun

Rujukan : Pautan Kasih 

Bahan untuk syrup
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional


Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted

Caranya :-
Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)


Note Rabiatun
Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas.
Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.
Sesuai dengan strawberry, kiwi, orange, mango dan sebagainya.



blueberry tiramisu
Gelas ni pemberian dari nenek Amy... rindunya kat dia. Lain kali buat entry pasal nenek pulak ... mesti yg bertandang akan kebosanan kan hihihi..

Cream tu.. tangan Amy gatal tambah lagi 10g gula sbb bila rasa cream cheese tu macam tawar aje.. tapi bila dah makan ngan blueberry tu, Alamak menyesal pulak. Tiramisu ni memang sedap dan pada siapa yg tak leh nak mkn tiramisu kopi bolehlah try yang ni. Tapi pada Amy, Amy lagi suka tiramisu yg kopi tu... rasanya lagi 'kick' gitu.


p/s hari ni Amy try besarkan tulisan n gambar.. ok tak macam ni ?


Comments

  1. Ok, sye tak boleh selalu datang website kamu. Nati mengidam nak makan itu ini! =P meleleh air lioq tegok ni!

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)