Bila dah start susahnya nak berhenti..

Assalammualaikum...

Semenjak miss mixer ni di pulangkan kembali kepada tuannya, minat nak membaking pun dah tak de... hand mixer yang ade tu pulak speednya baru satu tapi lajunya macam nak terbang.. pengajarannya jgn beli lagi mixer cap tesco tau..


Tau taulah bila dapat penganti yang baru... dah dekat ramadan ni, nanti ada yang makan kuih raya tunjuk hihihi.. (tunjuk aje pastu bayar duit)


Inilah sebabnya kenapa Amy lama tak buat n3.. tengah melayan novel.. mcm budak remaja pulak kan.

2 novel ni Amy beli kat Kinokuniya, KLCC. Asyik mengadap kek aje dah lama tak mengadap novel.


Bila dah start susah pulak nak berhenti, bila gi MPH kat JJ hari Isnin hari tu... beli lagi dua.


Semalam masa Aeon memberday beli lagi. Suamiku Tak Romantik tp Outistik tu mlm tadi dah habis baca... tinggal lagi 3. Sebelum terus baca yang lain pulak baik Amy mengadap blog ni kejap... kang ade yang merajuk pulak..

Sebenarnya... kan sekarang ni dah dekat setengah tahun bagi tahun 2012, awal tahun depan dah nak kena buat kira2 income tax jadiiiii kenalah gunakan pelepasan yang kerajaan bagi utk beli buku2 tu. 

Income tax puny pasal skang umah amy dah byk buku, nak buat library pun dah boleh. Buku engeneering ada, buku budak2 ade novel pun ade.

Aeon memberday...

Assalammualaikum...

Semalam masa baru sampai Jaya Jusco Amy ada nampak rela... tertanya2 jugak apahal pulak ni. Ada kes apa2 ke? kalau ye pun asal pulak Rela.. 




Kat laluan keluar masuk ada Rela dan kat parking pun ade.. Selalunya kalau pukul 10:30 tu parking lengang lagi tapi hari tu dah banyak dah.



Rupanya hari tu Hari memberday laaaa. Nasib baik bawa member kad kalau tak tak leh masuk.



Ambik gambar sambil menolak troli..Tak sempat nak ambik gambar kat dalam, kena cepat2 sbb Amy kena balik sebelum pukul 11:30 pagi. 

Kalau ada beli barang lebih dari RM100 boleh dapat voucher  RM10 kalau beli kat pasarayanya dapat RM5 sahaja.

Kalau tak tukar nama tak leh ke?.. kan dah sedap nama Jaya Jusco tu, Aeon tu tak bestlaaaa.




Pantang menyinggah kedai buku... hihihi. Sebab memberday punya pasal dapatlah diskaun 10%.


Inilah basil shopping kilt semalam.. Kalau nak kata murah tu jugak sbb sebelum ni tak de sale pun lebih kurang cam tu jugak harganya.

Sushi tu aje yg Amy rasa murah sikit, selalunya ada RM 1.20 dan ade yang RM1 tapi semalam semuanya RM 0.90. Vitagen tu pulak semalam beli semalam jugak dah habis... Ameer Faris ngan Ameer Nasiim berlumba2 menghabiskan, hari ni diorang tak gi sekolah sbb Ameer faris dah kena muntah2 dan cirit birit. 


Bila elektrik tak de....

Assalammualaikum....

Petang semlm eletrik kat kawasan amy ni terputus. Dari pukul 5 sehinggalah pukul 7 lebih. Mula2 Amy tak tau sebab masa Amy kuar nak ambik Ameer Irfan tu eletrik masih ada lagi tapi bila sampai aje kat sek kafa tu dah tak de. Sek Kafa tu sebelah bangunan Amy ni aje.. taklah jauh pun.

 Kebetulan sebelum sampai rumah, ada Bomba (Klu BM fire engine tu panggil ape ek?) lalu kat situ slow mcm siput. Anak2 Amy pun excited nak tengok bomba tu so kita orang pun tunggulah kejap kat depan tu nak tengok ape citernya. Rupanya bomba tu nak berhenti kat kawasan ni jugak. Nampaklah diorg turun bawa besi pengumpil.

Dekat2 rumah Amy ni ada 4 ... apa nak sebut ek? ala... satu bangunan Amy ni, sebelah flat PPr Pudu Ulu, bertentangan ngan flat tu ada satu lagi flat dan satu apartment... faham tak?

Ada kes terperangkap dlm lif rupanya. Bomba tu park kat tepi jln pastu diorang bepecah ada yg ke PPr, flat yg satu lagi dan apartment tu. Elektrik tak de, lif pun tak jalan. Nasib baik rumah amy walaupun tak de elektrik tapi lif masih boleh berfungsi macam biasa.


Tengoklah si Ameer Irfan ni, panas sampai tak berbaju. Dah tau gelap masa ni lah dia nak melukis... saje aje.

Nasib baik Amy ada simpan lilin, kalau tak bergelaplah jawabnya. Sblm gelap tu kita org dudud kat balkoni tapi bila dah nak maghrib tu kenalah masuk dlm. 


Amy risau sgt... nak gi toilet pun susah hati. Semua nak dekat2 ngan lilin tu, mcm pelik sgt... excited terlebih pun iya jugak. Hari2 lampu elektrik aje, hari ni pakai lilin tu lah sebabnya. Nasib baik sebelum pukul 8 elektrik dah ada balik... lega.

Ameer Nasiim menyakat abangnya..

Assalammualaikum...

Pagi ni tak leh nak citer banyak-banyak sbb kejap lagi nak gi kedai beli keperluan yang dah habis, sebelum tu nak menyinggah kat opis bawah ni nak bayar mantainance kejap. 

Setiap malam, pukul lapan aje semua kena buat homework tapi semlm Ameer Nasiim takde homework jadi keje dia kacau abang2 dia aje.






Ameer Irfan ni pulak sampai menangis-nangis ...

*

*



Inilah penyebabnya.... dia dah usik game abang dia, penatlah si abang kumpul mcm2 kat dlm tu yang dia pulak main tekan aje.... lepas tu ubah sana ubah sini. Manalah si abang tak menangis. 

Masing2 dah ada game yang bersesuaian dengan umur diorang nak kacau yang lain punya jugak... Lagi abangnya bising lagi tekun dia mengadap i pad tu.

Jom cuci mata...

Assalammualaikum...

Kalau menyinggah kat maner2 blog yg ada gambar kek yang cantik, Amy mesti nak copy. 


Comel kannn..

Ni kalau budak2 bertiga tu nampak... mesti minta yg ni. Nak buat tak gheti... nak beli, mahal sayang oiiii.


Berkenan sgt dengan yg ni tapi kan... ni utk org yg nak kawin, klu nak sambut ulang tahun perkahwinan sesuai ke?

Kata orang.. kalau kek fondant ni bukannya sedap sgt, betul ke? Ada sesapa yang pernah mkn kek2 yg mcm ni tak?



Carrot kek yang tak jadi...

Assalammualaikum...

Belum petang lagi tapi dah letih sgt rasanya... bestnya klu dapat melelapkan mata sekejap. Hari ni Amy masih lagi berpuasa.... puasa ganti... hihihi. Tahun lepas Amy dapat lesen cuti puasa pada awal ramadan dan akhir ramadan tu yg byk tu.

Semalam plan nak bg carrot cake kat MIL dan kawannya (kebetulan besday mereka dekat2) tp tak de rezeki. Keknya dah lama siap tinggal letak cream cheesenya aje.


Entah apa yang silap... cream cheese tu cair pulak, bila letak kat atas kek... meleleh aje. Kak Ida pernah cakap,  kalau cream cair kena pukul whipping cream kat tempat lain dulu pastu masukkan ke dlm cream tu tapiiiiii td pakai thick cream, boleh ke kembang?. Tak pernah test lagi. Klu Rich whipping cream tu ... beku lagi daaa.



Kemudian buat satu lagi carrot cake... cucuk punya cucuk, dah tak lekat dah masaklah tu kan tapi bila Amy nak keluarkan kek tu terus terlambak. Atas aje yg masak ghupanya. Nasib baik amy alas. Amy masukkan balik dlm loyang tu kacau-kacau dan bakar balik sampai masak.

Itulah ghomannya (rupanya). Walaupun tak hensem tapi en hubby kata sedap.... hihihi.

Al kisah MIL Amy pulak nasib baik tak jadi nak bg kawan dia hari ni so dia minta Amy buatkan kek yg simple aje. Kawannya nak buat kenduri jadi Amy fikir tak payah krim2 senang nak potong2 kan.

Kena buat lebih... hari Jumaat nanti, anak buah Amy yg kat Jeddah tu nak dtg umah neneknya. 

Mata Ameer Faris dah baik..

Assalammualaikum....

Hari Jumaat minggu lepas gi hospital lagi sbb nak keluarkan contact lenses dari mata Ameer Faris. Masa nak masukkan punyalah susah tapi bila nak keluarkan kejap aje.



Tak gi sekolah lagi hari ni...

Luka kat mata tu dah ok cuma kena letak eye drop n ubat mata pada waktu mlm selama 2 minggu. Lepas ni minta2 lah perkara mcm ni tak terjadi lagi.



Doktor yang merawat mata Ameer Faris.


Ameer Nasiim pun tak gi sekolah...


Balik... masa lalu kat Ampang Point, nampak kedai CupcakeChic. Teringin nak merasa cupcake yg 'femes' ni.


Ambik 4 aje...



Coklat cupcake utk Ameer Nasiim dan Ameer Irfan. Tiramisu puak utk mamanya.




Yang ni pulak untuk Ameer Faris.

Oklah... nak kata sedap sgt tu tak delah tapi tiramisu tu lebih sedap  drpd yang kat SR tu.



Mahalnya.... Kenalah bayar jugak, teringin nak rasa punya pasal.

Cake in Jar...

Assalammualaikum...

Dulu Amy pernah cerita nak join kelas cake in jar ngan Kak Ida, kat Dato keramat. Pagi semlm... hujan2 tu en hubby Amy dah antar ke sana. Ramai jugak yg join, ada yg dari Ipoh dan yang paling jauh dari Singapore.




Semua tengah kusyuk belajar hihihi..


Kena timbang dulu RV tu tau... walaupun ramai semuanya dapat merasa buat sendiri.



RV lagi...


Smoke Choc cake... bila kek dah masak cepat2 masukkan marshmallow, pastu masuk balik dlm oven sampai jd macam ni...


Lepas tu boleh tambah marshmallow lagi dan tutup.


Dalam Oven...


Dah siap.... RV in Jar, yang di dikukus. Moist sgt.


Oreo Cheesecake in Jar.... ini tak payah bakar, masuk peti bg sejuk terus boleh makan.


Nuttella Cheese cake in Jar.. ini recycle punya kek. kak Ida bagi tau kalau kek tu berlapis ... kek, krim pastu kek lagi dan atas sekali krim.. itu recycle. Guna kek yg dah masak dulu pastu masukkan kat dlm botol tu.


Rainbow Cake in Jar...

 Smoke chic Cake in Jar..


Inilah semuanya.. Kek ni mahal sbb brg2 kecantikan nya byk. 

Kelas ni habis lebih kurang pukul satu tgh hari. Mcm sblm ni, Amy baik naik train aje. Malas nak suh En hubby jemput.

Ikea...

Assalammualaikum..

Ni citer minggu lepas lagi hihihi.. gambar2 semua dah ade dlm draf tulisnya aje yg belum.

Hari Khamis tu kebetulan en hubby ada meeting kat Surian Tower,  dah dekat benar ngan Ikea... budak2 ni pun cuti lagi. En hubby parking kat Ikea pastu dia jln kaki ke Surian Tower tu.


Tak sempat nak breakfast kat rumah, kena cepat kang lambat pulak ayahnya gi meeting. Mamanya bawa gi restoran Ikea aje.


Ada masa sampai petang jadi boleh buat macam rumah sendiri ye puan-puan hihihi. Ni tiga beradik ni tengah tengok citer Dragon Ball.

Amy suka sudut ni kalau boleh kat rumah pun nak buat cam ni tapi nak sumbat kat maner?


Kalau gi Ikea ni mesti banyak berangan. Nak beli ntah bila... berangan ajelah.


Yang macam ni pun Amy suka jugak... cantik, duitnya pun cantik.


Yang ni kurang sikit harganya dari yang kat atas tu.


Tengok tv lagi, nampak mcm rumah sendiri tak?. Yang ni betul2 sebelah ruang dapur,  boleh tiru idea ni utk yard Amy tapi kena tambah mesin basuh ngan iron board... rasanya tak muat jugak.


Almari sudut ni pun mcm ok je. klu letak kat bilik budak2 tu tak le sesak sangat. Almari yg ade tu tak praktikal langsung , tak leh nak gerak2 dah ( beli rumah ngan kabinet sekali).


Ameer Faris nak bergambar kat sini pulak.


Tak habis2 budak ni..



Gi Ikano pulak..



Ameer Faris baru duduk kat situ, budak baju biru tu dah datang nak halau org. Mak dia tengok buat tak tau aje. Kecik2 lagi dah pandai buli org.

Tengah hari mkn kat Mc D, The Curve tu ngan en hubby. Bila en hubby balik opis kat Kota Damansara, kami tinggallah kat situ anak beranak. Nak masukkan budak2 tu kat Smaland tp asyik penuh aje, Kidzania... huhuhu mahal pulak, kulu kilir kat situ ajelah sampai ptg.

Sakit kaki berjalan satu hari.. budak2 yg mula2 happy bukan main dah bosan sbb lama sgt. Gi situ bukan dapat nak window shopping pun, nama pun bawa 3 budak ikut kehendak dia ajelah.




Cerita bergambar di Jaya Jusco..

Assalammualaikum...

Gambar-gambar masa cuti sekolah lagi tapi ni dekat aje ngan rumah. 


Ameer Irfan n  Ameer faris









Mahal betul masuk sini.. 20 minit RM4, Klu kat Tesco Ampang tu sampai 2 jam.


Dulu naik benda2 mcm ni nak satu token aje skang dah 2 pulak.


Peti Ais idaman... tengoklah harga tu. Jawabnya memang sampai bila pun tak dapat.