Minggu peperiksaan dia demam pulak...

Assalammualaikum....

Sejak kebelakangan ini cuaca tak menentu sekejap panas sekejap hujan, kalau panas sampai ke malam panasnya. Amy kena buka tingkap dan sliding door waktu malam barulah lega sikit kalau on air cond kang mau nya melambung2 bil elektrik.

Mula-mula Amy demam pastu skang ni Faris pulak demam. Yang tak bestnya tu demam dalam minggu peperiksaan pulak tu. Peperiksaan mula hari Rabu minggu lepas hari Jumaat dia dah demam. 


Hari ni dah hari ke 5 dia demam... selalunya dia demam 2-3 hari dah ok tapi kali ni lama pulak. Lepas makan ubat pun masih tak turun panas badannya. Kesian tengok dia terbaring aje muka pun dah cengkung. 



Hari Ahad gi klinik dapat mc 2 hari tapi Amy tak perasan doktor tu tulis tarikh cutinya 19/5 dan 20/5 dah lah rugi sehari. Malam tadi gi klinik lagi sbb ubat demam dah habis mananya tak setiap 4 jam mkn ubat cepatlah habis. Semalam minta tambah mc dapatlah  2 hari. 


Guru kelas Faris yg SKSBU kata kalau tak datang periksa tak boleh buat pada hari lain kalau buat pun di kira sebagai latihan. Jawabnya nanti kat report card adalah 0 markah... sedihnya. Walaupun tak menjejaskan pengiraan markah pada hujung tahun tapi ia menjejaskan keputusan periksa yg skang ni. 

Yang sek KAFA pulak... ustazah dia kata kalau dia boleh sembuh sblm cuti ni dia boleh ambik peperiksaan tu. Lega sikit hati Amy.

Kalau dia larat bangun Amy dah hantar gi sekolah.. tak kisahlah kalau di asingkan pun tapi dah tak boleh nak buat macam mana....


Comments

  1. kesian nyer, tak bwk pg hospital ke kak?risau skrg nih kalu bdk2 demam lama2 ni kan...

    kenapa lah cikgu tak bg dia amik peksa hari lain lak.. sian dia

    ReplyDelete
  2. tak per tak hadir exam pun, yg penting bagi sihat dulu yerrr...

    ReplyDelete
  3. adik ida pun baru lepas kena denggi. sekarang musim kot

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)