Cerita penutup tahun 2014.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari ni Amy nak update cerita seminggu lebih dalam satu n3... hihihi tulah asyik bertangguh aje esok dah tahun 2015. 

Sambungan citer pasal pos laju tu... tipun customer service tak dapat, pastu pukul 6:30 ptg Amy cek balik, pulak dah ... kena ambik kat kaunter. Hampeh betul.



Amy call customer service lagi, rupanya parsel tu tak keluar pun ari ni... hangin betul. Lepas maghrib Amy terus pergi, tunggu teksi tak nampak, nak suruh en hubby hantar dia demam tak larat nak bangun, nak drive sendiri... lamanya tak drive kete last nekad jalan kaki.


Memang berpeluh-peluh sebab nak cepat punya pasal... kang dah tutup satu hal lagi.




 Pukul 8 malam sampai pos opis Cheras, nasib baik tak berapa ramai. Amy cek balik alamat... betul aje. Amy pun cakaplah ngan perempuan yg kat kaunter tu, alamat betul tapi kenapa kata alamat tak betul sepatutnya dah dapat hari Rabu tapi tak sampai2. 

Apalagi yang boleh dia katakan... sorry ajelah, huhuhu penat tau jln kaki pastu balik pulak.


21 Disember 2014, adik sepupu Amy si Biha tu telah selamat diijab kabulkan di Alor Gajah, Melaka. Amy pulak sampai sana dah pukul 2 petang. En hubby demam dari hari Khamis tak baik-baik lagi, si Irfan tu pun demam jugak. Amy dah start batuk-batuk.

Dari Alor Gajah kami terus ke Melaka, kampung en hubby. Call mak ngah Jaithoon dia kat rumah kenduri lagi, kami pun teus ke Crystal Bay makan seafood. 

gambar pinjam blog Shahriah Abdullah.

Selalunya kami gi restoran Ala Kasim sbb restoran tu yang tepi sekali, malas nak masuk dalam punya pasal. Tapi hari tu kami datang awal, pukul 5 pth dah ada kat sana. Restoran Ala Kasim tu tak buka lagi. Adalah 2-3 keluarga yang baru sampai. Tak ramai orang lagi. Jadi kami ke restoran sebelah restoran Ala Kasim... Restoran Warisan di Muara Kita.




Dah lah batuk n demam bantai pulak Jeli Kelapa.. 





Perut dah lapar.. abis sebakul otak-otak, nasi lemak sebungkus aje.


Udang n sotong celup tepung, udang agak mahal rm80 sekilo tapi sedap. 

Makanan cepat sampai sbb belum ramai orang, udang n sotong tepung tu lebih sedap dr kedai yang sebelum ni.


Ikan siakap separuh masak 3 rasa separuh lagi bakar. Yang bakar tak sempat nak ambik gambar.


Nasib baik boleh bakar, kedai yang sebelum ni dia rebus aje. Gambar nasi, air atau org yg tgh makan tak ambik... bila dah makan lupa semua hihihi.

Keesokkan harinya Amy pulak demam, dah hampir petang baru bertolak balik Negeri Sembilan. Di Serting terus pengsan. Hari Selasa tu Amy pengsan dr pagi sampai pagi balik. Bangun makan ubat aje. Rabu pagi makan ubat n Amy dah boleh bangun. En hubby dan si irfan dah ok cuma batuk aje. Pukul 4 ptg kami balik KL.


Hari Khamis Amy tak de suara, cakap mcm orang berbisik. Kalau ada orang call rasa mcm nak marah aje sbb tak de suara nak cakap mcm mana. Hari ni pun suara Amy tak ok lagi, dah 2 orang yang tipun rumah kata salah rumah.. suara garau semacam punya pasal.

Hari Jumat singgah JJ kejap, entah bilalah wujud benda tu kat situ.. Amy aje yang baru nampak. Ok apa lagi print penyata KWSP.

 Hari Sabtu pagi, masa kami keluar dr parking ternampak motor pos laju parking kat situ, nak berhenti kat situ jugak nanti blok org yg nak keluar, Amy suruh en hubby berhenti kat parking kosong luar. Kawan Amy ada pos shawl, mesti dia tak gi umah lah tu. Bila sampai kat peti surat, betul pun dugaan Amy, terus pergi tempat dia parking tadi...emm dah lesap. 


Pos laju ni kan.. kalau ko tak nak antar kat umah ko cakap siang2, bos dia kat opis tu ingat yelah anak buahnya ikut prosidur. Hari Isni Amy gi ambik kena tunggu 30 minit sbb tak jumpa Amy punya parsel, orang yang datang kemudian pun dah lama balik.


Semalam hari Orientasi murid darjah satu Sek Sri Bintang Utara. Nasiim beratur sebelum naik ke kelas untuk test.



Macam-macam yang nak kena isi, nasib baik dah buat separuh kat rumah.


Sementara tunggu Amy hantar dokumen dan segala borong tu kat guru kelas, budak dua orang ni pulak ada mcm2 citer, bergaduhlah, cubit mencubit lah, nasib baik jauh klu dekat Amy tarik telingga sorang-sorang, geram betul.


Balik kita orang jalan kaki. Selalunya ikut padang tapi pintu gate pulak kunci kenalah ikut luar. Pagi tu tumpang en hubby ke opis balik kenalah menapak. Rumah kat belakang sekolah aje.

Ok dah abis citer yang Amy peram.. 

Semoga Tahun 2015 ni lebih bermakna utk kita semua.





Pos Laju Cheras... sakit hati betul.


Assalammualaikum

Hari Ahad lepas Amy ada buat pembelian online kat Zawara.. sebelum ni pun selalu jugak beli online kat situ. Sampai hari ni tak sampai lagi. Bukan Amy marah kat Zawara tapi sakit hati dengan Pusat Pos Laju Cheras.

Rumah Amy blok C peti surat blok A, ada ke patut kita tunggu dia hantar parsel kat rumah tapi dia pergi peti surat letak stiker kata dia datang kita tak de rumah. Dah banyak kali terjadi last 2 minggu lepas. Dulu kalau dia dtg rumah kita tak ada dia akan lekat stiker tu kat pintu rumah kita. Katakan lah pak guard tu tak kasi naik, no tipun Amy kan ada... tipun ajelah. Oklah mungkin tak nak  guna tipun dia, boleh suruh pak guard kat bawah tu tolong call Amy kat atas ni. PEMALAS BETUL.

Sepatutnya parsel dr Zawara tu sampai hari Rabu, Amy tunggu lah kat rumah sampai ke malam tak jugak muncul-muncul, semalam bila cek balik...Unseccessful Delivery.



Pastu Amy call Customer Service dia.. pastu dia kata semalam diorang akan hantar. Amy tunggulah lagi sampai malam tak kunjung tiba juga.

Cek lagi... ada ke address not available pulak..


Amy pun cek balik ngan Zawara... betul aje alamat Amy tu. Ni citer apa ni.. diorang nak buat apa ngan parsel Amy tu yang nak simpan lama-lama.




Pagi tadi Amy call lagi Customer Service dia... malas nak cakap banyak, Amy minta supaya jangan hantar dulu parsel Amy tu biar Amy ambik sendiri kat sana. Amy nak balik kampung esok pagi seminggu lagi baru balik KL.

Tadi sebelum pergi tergerak pulak hati nak cek sekali lagi... cissssss rupaya dah delivery process pagi tadi pukul 9:30. Mesti tak sampai lagi hari ni...

Hangin betullah dengan diorang ni. Eh ingat Amy ni nak tunggu dia aje ke? Tipun Customes Servis dah sejam tak dapat2 sibuk memanjang. Tipun Pusat Pos Laju Cheras pun tak de orang angkat... Rasa mcm nak #$@%^&^% aje tapi tak elok lah pulak kannn... adehhhh sakit hati betullah.





Big Hero 6.. Best.

Assalammualaikum...

Tak nak citer banyak.. dah pukul 11 mlm dan mata pun dah kecik, kalau tak buat n3 ni tak tau berapa lama dia duduk dlm draf. Pagi tadi kami gi Ikea. Seperti biasa gi serang restoran dia dulu pastu baru gi jln kat The Curve.



Anak-anak Amy pantang nampak kedai Lego nak menyinggah aje. Harga tak payah citer lah, sebelum masuk kedai dah warning siang-siang. Yang kat umah pun tak terkemas kalau tambah... lagilah kan, memang pasni tak jumpa lagi lah jawabnya.




Kalaulah dia terlanggar... abis berderai benda tu. 




Pastu gi Ikea balik. Amy nak beli rak buku aje sbb Nasiim dah nak sekolah tak ada tempat utk buku dia nanti.  

 Dah lama cuti sekolah tapi Amy tak bawa anak-anak gi mana2 pun. Jadi ptg tadi sblm sampai rumah menyinggah dulu kat One Sharmelin beli tiket wayang Big Hero 6 pukul 8 mlm punya.


Citer ni best.. lagi best dr How to train your dragon yang terbaru tu. Bukan anak aje yang tergelak-gelak, mak bapak pun tergelak sama. Best sampaikan dah abis pun si Nasiim tu nak tunggu skin tu dah tak nampak apa2 dah baru dia nak keluar.



Masa beli tiket tu budak yg kat kaunter tu cadangkan Movies Club, RM28 tak silap Amy. Aktif aje kat tu dapat 2 tiket dan satu set makanan kot... bila birthday pun dapat tiket lagi, boleh kumpul point dan mcm2. 

Amy balik rumah dulu... dekat sgt punya pasal, aktifkan kat umah. Sampai sana dah pukul 8 jadi terus gi tengok citer tu dulu. Abis citer tu gi kaunter tanyalah pasal point tiket yg Amy beli tu dia dah masukkan ke belum rupanya kena aktifkan kad dulu baru beli tiket.  Hampeh betul, 5 keping tiket tu tak dpt point. Dalam hati baik aku tak payah joint club tu aje. Set makanan tu pun tak ambik lagi, tiket free dia kata bila-bila boleh ambik.

Pendapatan 5 angka.. Bakal JUTAWAN MUDA.

Assalammualaikum...

Sahaja nak share kat sini... mereka berdua ni kenalan rapat Amy. Masing-masing menceburkan diri dengan Greeno ni tak sampai setahun dah dapat beli kereta. Wani ni baru minggu lepas beli kete ni dan Jason pulak tak sampai sebulan. 


Tak sampai setahun pendapatan mereka dah capai 5 angka. Amy pun nak ikut jejak langkah mereka... 


Inilah titik permulaan mereka. Masing-masing bermula sebagai stokis dan kini bakal bergelar JUTAWAN MUDA.

Amy akan ke Taiwan Januari 2015 hasil jual Herbal Plus.. nak ikut jom jadi stokis Amy.


Permintaan yang tak menang tangan menyebabkan kami memerlukan lebih ramai stokis. 

Sebelum ni Amy buat Hai O dan Hai O memerlukan modal RM20k  dimana satu jumlah yang Amy tak mampu dan tak de dlm saving. Amy beralih kepada GREENO kerana modal stokisnya yang rendah iaitu RM6K dan yuran keahlian free seumur hidup. Seorang kawan Amy pula pernah keluarkan RM31K utk Mc Ocean klu tak silap Amy... sampai buat bank loan sudahnya barang duduk bawah katil.




-----------------------------------------------------
KELEBIHAN PELAN BIO GREENO
-----------------------------------------------------
# TIADA yuran keahlian. Pembelian 100PV AUTOMATIK BERDAFTAR sebagai ejen/ahli
# TIADA yuran pembaharuan
# PV sistem timbunan
# PV dikira bersama kumpulan
# TIADA had masa
# TIADA penurunan pangkat/PV

RUJUK SENARAI HARGA UNTUK NILAI PV SETIAP PRODUK

e.g. Herbal Plus 1 bundle RM100 (50PV). Beli 2 bundle RM200 (100PV) PERCUMA 1 bundle (jadi pembeli akan automatik member)

-----------------------------------------------
MENDAFTAR SEBAGAI EJEN
-----------------------------------------------
Sila berikan maklumat berikut
Nama :
No IC :
Alamat :
No HP :
No Akaun Maybank / Public Bank :

Jika tiada akaun MBB/PB, syarikat akan pos voucher/cek ke alamat anda.

------------------------------------
PANGKAT & % BONUS
------------------------------------

PV terkumpul     Pangkat      Bonus
100-999                    VIP              5%
1000-2999             GOLD           10%
3000-4999             RUBY           15%
                5000^                DIAMOND      25%

Maintain Personal Sale 100PV utk layak mendapat bonus pencapaian & bonus DM

------------------------------------
^DIAMOND MANAGER
------------------------------------
2 cara achive DM :

1) PV terkumpul >5,000PV + 1,500PGPV dalam bulan kenaikan pangkat kepada DM

2) Pembelian 3,000PV dalam 1 resit (terus DM 25%) + dilantik sebagai MOBILE STOCKIST dengan komisyen tambahan 5%

Take note : beza buat timbunan 3,000PV (ruby bonus 15%) 
VS. 
1 resit 3,000PV (diamond bonus 25% + mobile stockist 5% = 30%)

Also include extra incentive untuk MOBILE STOCKIST e.g.
-FREE seminar 2H1M
-FREE Langkawi trip 3H2M
-FREE iklan Mingguan Wanita/Harian Metro


HERBAL PLUS PAD KESIHATAN YANG PALING MURAH DI PASARAN.

 Herbal Plus... ramai yang sangka herbal Plus ialah Pad herba Avail. Herbal Plus bukan pad herba Avail. Herbal Plus lebih berkualiti dan lebih murah.


[KEUNTUNGAN MOBILE STOCKIST]


- Fast Track Diamond Manager (DM) dengan hanya 3,000PV personal sale (dlm 1 resit) & layak mendapat bonus 25%. 
Info : Kelayakan DM melalui sistem timbunan = 5,000PV + personal sale 1,500PV pada bulan yg anda nak fight naik pangkat tu. 
[So kalau fast track ni kurang 2,000GPV untuk dapat DM]


- Extra mobile stockist bonus 5%!!!



Golden Clam


Golden Clam adalah makanan untuk hati..salah satu killer produk Greeno.




 Spring Life.. 

Fungsi utamanya ialah clear kan saluran darah.. 

Paul Penders

Satu-satunya produk kecantikkan yang lulus bebas dr sebarang bahan kimia yang merbahaya.. Kalah Estee Lauder, SK2 tau. Diperbuat dr tumbuh-tumbuhan dan tdak mengunakan binatang sbg mangsa kajian.

Lipsticknya pula selamat jika termakan. Jadi kalau ada anak yang suka bergaya dgn lipstick kita, tak perlu risau lagi.


Jika anda benar-benar serius ingin jana pendapatan 5 angka dan sedia untuk dilatih..

Whatsapp Amy 019 2253200
pm FB Amy Hilmirda Daud.






Dubai..Transit.

Assalammualaikum...

Dah basi baru nak buat n3 kat sini.. tunggu angin rajin sebenarnya. Disebabkan citer ni dah jadi citer basi... citer sikit ajelah ye.

Amy pergi ke Spain bulan 10 yang lepas. Kebetulan adik ipar Amy out station kat situ jadi Amy ambik peluang ni ke sana, kalau tunggu lain kali tak tau bila boleh sampai sana.




Ini adalah pertama kali Amy naik kapal terbang tanpa en hubby dan pertama kali pergi jauh tanpa anak2 dan en hubby. 


Sayu aje rasa masa ni... tak pernah berpisah punya pasal. Flight pukul 7:30 ptg, Amy check in kat KL Sentral dan masukkan beg sekali. Naik ERL gi KLIA sampai sana ingatkan boleh berlenggang kangkung tapi dah last call... cepatnya last call dia. Lama juga duduk dlm kapal terbang tu sebelum berlepas. Amy punya tempat duduk kat belakang sekali... penat jalan tak sampai2. Dr KL ke Dubai naik Boeing 777. Tak berapa seleza sbb seat kecik n bersentuhan ngan orang sebelah. Hangin aje kalau org sebelah asyik2 gi toilet.


Ok dah sampai Dubai... beza 4 jam dari Malaysia. Sampai pukul 10 mlm waktu sana. Transit 9 jam kat sana... lama gila dr mlm sampai ke siang tunggu kat situ. Malas nak tidur kononnya supaya sampai Spain nanti mata tak ikut jam Malaysia, sibuk nak jln mata sibuk nak tido.

Kalau Transit lebih dari 4 jam, Emirates akan bagi kupon makan.. pilihlah mana2 restoran yg ada kat dlm senarai tapi Amy ngan cik Limah makan kat Mc D aje, terpaksa sbb restoran lain menu mcm tak kenyang mkn aje. Nak keluar dari airport tak boleh sbb kami tak de VISA.

Kat sana ramai pekerja dari Filipina. Wifi kat situ hampeh tapi kalau kat Business Lounge ok sbb en hubby pernah skype kat situ. Pukul 5 pagi dah azan subuh dan Azan subuh tu kuat berkumandang kat airport Dubai.. kat KLIA ada tak?


Ada byk kete cam ni kat airport tu.. sapalah yg bertuah shopping dapat kete. Kalau Amy dapat amy jual aje... dapat duit huhuhu. 
Amy tak beli apa-apa kat sana sbb dalam poket ada duit EURO aje. Boleh kalau nak pakai duit EURO tu tapi kang sampai Spain tak cukup duit pulak dah... kalau amaun dlm bank tu menggunung tak pelah jugak.


Masa baru sampai Amy jumpa ramai orang Malaysia, ramai yang ke Paris flight pukul 3 pagi.. Amy je yg kena tunggu sampai 8 pagi.

Yang peliknya orang Malaysia ni bila keluar aje dr Malaysia terus jadi sombong. Masa tu kat surau.. belum lalu lagi kat emigresen lagi, biasalah kalau kat Malaysia ni kalau dah duduk dlm surau tu kita bertanya khabar, tanya dr mana nak ke mana kan.. Sebelum bertanya tu Amy tengok lah jugak manalah tau kot level datin2 ke kan memanglah tak setaraf ngan kita. 

Jumpa org kita kat luar tak kan lah kita nak menyombong so Amy pun tanya.."Pergi mana?" jawapan dia pendek shj "Paris." Amy tanya lagi " Flight pukul berapa?" dia jawab pendek lagi "3"dan buat muka tak berminat. Amy pun tengok org tak nak cakap terus blah.


Emirates ni tulis aje kat situ boarding pukul 7:30 ... 7 pagi tak silap Amy dia dah panggil. Seat Amy 44K zone F. Dr Dubai ke Barselona naik Airbus. Best naik Airbus dr naik Boing... lebih luas dan lebih seleza. Amy dapat tepi tingkap n jarak tingkap ngan seat Amy tu kalau nak julur kepala tengok org depan buat apa pun boleh... 



Amy ingatkan Amy dapat seat kat belakang lagi tapi rupanya zone F tu walaupun masuk last tapi tempatnya kat depan sekali dah dekat tangga nak naik ke Business n first class.


Sampai Barcelona pukul 1.50 ptg. Lepas ni sambung kat n3 Barcelona pulak... entah bila lah tu kannn. Kata nak tulis sikit tapi dah membebel pulak kat sini.. hihihi.