Cerita penutup tahun 2014.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari ni Amy nak update cerita seminggu lebih dalam satu n3... hihihi tulah asyik bertangguh aje esok dah tahun 2015. 

Sambungan citer pasal pos laju tu... tipun customer service tak dapat, pastu pukul 6:30 ptg Amy cek balik, pulak dah ... kena ambik kat kaunter. Hampeh betul.



Amy call customer service lagi, rupanya parsel tu tak keluar pun ari ni... hangin betul. Lepas maghrib Amy terus pergi, tunggu teksi tak nampak, nak suruh en hubby hantar dia demam tak larat nak bangun, nak drive sendiri... lamanya tak drive kete last nekad jalan kaki.


Memang berpeluh-peluh sebab nak cepat punya pasal... kang dah tutup satu hal lagi.




 Pukul 8 malam sampai pos opis Cheras, nasib baik tak berapa ramai. Amy cek balik alamat... betul aje. Amy pun cakaplah ngan perempuan yg kat kaunter tu, alamat betul tapi kenapa kata alamat tak betul sepatutnya dah dapat hari Rabu tapi tak sampai2. 

Apalagi yang boleh dia katakan... sorry ajelah, huhuhu penat tau jln kaki pastu balik pulak.


21 Disember 2014, adik sepupu Amy si Biha tu telah selamat diijab kabulkan di Alor Gajah, Melaka. Amy pulak sampai sana dah pukul 2 petang. En hubby demam dari hari Khamis tak baik-baik lagi, si Irfan tu pun demam jugak. Amy dah start batuk-batuk.

Dari Alor Gajah kami terus ke Melaka, kampung en hubby. Call mak ngah Jaithoon dia kat rumah kenduri lagi, kami pun teus ke Crystal Bay makan seafood. 

gambar pinjam blog Shahriah Abdullah.

Selalunya kami gi restoran Ala Kasim sbb restoran tu yang tepi sekali, malas nak masuk dalam punya pasal. Tapi hari tu kami datang awal, pukul 5 pth dah ada kat sana. Restoran Ala Kasim tu tak buka lagi. Adalah 2-3 keluarga yang baru sampai. Tak ramai orang lagi. Jadi kami ke restoran sebelah restoran Ala Kasim... Restoran Warisan di Muara Kita.




Dah lah batuk n demam bantai pulak Jeli Kelapa.. 





Perut dah lapar.. abis sebakul otak-otak, nasi lemak sebungkus aje.


Udang n sotong celup tepung, udang agak mahal rm80 sekilo tapi sedap. 

Makanan cepat sampai sbb belum ramai orang, udang n sotong tepung tu lebih sedap dr kedai yang sebelum ni.


Ikan siakap separuh masak 3 rasa separuh lagi bakar. Yang bakar tak sempat nak ambik gambar.


Nasib baik boleh bakar, kedai yang sebelum ni dia rebus aje. Gambar nasi, air atau org yg tgh makan tak ambik... bila dah makan lupa semua hihihi.

Keesokkan harinya Amy pulak demam, dah hampir petang baru bertolak balik Negeri Sembilan. Di Serting terus pengsan. Hari Selasa tu Amy pengsan dr pagi sampai pagi balik. Bangun makan ubat aje. Rabu pagi makan ubat n Amy dah boleh bangun. En hubby dan si irfan dah ok cuma batuk aje. Pukul 4 ptg kami balik KL.


Hari Khamis Amy tak de suara, cakap mcm orang berbisik. Kalau ada orang call rasa mcm nak marah aje sbb tak de suara nak cakap mcm mana. Hari ni pun suara Amy tak ok lagi, dah 2 orang yang tipun rumah kata salah rumah.. suara garau semacam punya pasal.

Hari Jumat singgah JJ kejap, entah bilalah wujud benda tu kat situ.. Amy aje yang baru nampak. Ok apa lagi print penyata KWSP.

 Hari Sabtu pagi, masa kami keluar dr parking ternampak motor pos laju parking kat situ, nak berhenti kat situ jugak nanti blok org yg nak keluar, Amy suruh en hubby berhenti kat parking kosong luar. Kawan Amy ada pos shawl, mesti dia tak gi umah lah tu. Bila sampai kat peti surat, betul pun dugaan Amy, terus pergi tempat dia parking tadi...emm dah lesap. 


Pos laju ni kan.. kalau ko tak nak antar kat umah ko cakap siang2, bos dia kat opis tu ingat yelah anak buahnya ikut prosidur. Hari Isni Amy gi ambik kena tunggu 30 minit sbb tak jumpa Amy punya parsel, orang yang datang kemudian pun dah lama balik.


Semalam hari Orientasi murid darjah satu Sek Sri Bintang Utara. Nasiim beratur sebelum naik ke kelas untuk test.



Macam-macam yang nak kena isi, nasib baik dah buat separuh kat rumah.


Sementara tunggu Amy hantar dokumen dan segala borong tu kat guru kelas, budak dua orang ni pulak ada mcm2 citer, bergaduhlah, cubit mencubit lah, nasib baik jauh klu dekat Amy tarik telingga sorang-sorang, geram betul.


Balik kita orang jalan kaki. Selalunya ikut padang tapi pintu gate pulak kunci kenalah ikut luar. Pagi tu tumpang en hubby ke opis balik kenalah menapak. Rumah kat belakang sekolah aje.

Ok dah abis citer yang Amy peram.. 

Semoga Tahun 2015 ni lebih bermakna utk kita semua.





Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)