No Bake Strawberry Chocolate Tart... sedapnya.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah 2-3 hari Amy jumpa resepi ni kat youtube... pagi semlm gi JJ nampak pulak Strawberry terus teringat nak buat tart ni. Strawberry Amy beli yang murah.. yg diorang dah potong2 tu kalau beli yang cantik molek tu mahal oooo.



Tart ni simple aje bahan2 pun ada kat dapur tu + tak payah bake... so zassss kejap aje siapnya.


Tart yang Amy buat ni agak manis sbb Amy guna Rich whipping cream. Kalau ikut resepi yg asal mungkin tak manis sangat. Heavy cream yg ada tu tak buka lagi + Amy malas nak buka nanti bakinya sikit aje n tak tau bila nak guna lagi.



Strawberry dan kacang yang Amy letak ni tak cukup... kena letak banyak lagi supaya coklat tu tak rasa manis sangat. 

Nasihat Amy pada siapa nak cuba resepi ni... ikut resepi yang asal ye pakai heavy cream. Rich yg Amy guna tu dah memang manis pastu pakai pulak milk chocolate lagi lah manis hehehe.



Sila tonton video kat bawah ni ... 




No Bake strawberry Chocolate Tart
ambik kat Home Cooking Adventure.
Versi Amy Hilmirda 

Bahan-bahan:

330g biskut oreo - hancurkan
110g butter - cairkan
200g milk chocolate
100g dark chocolate
200g heavy cream - Amy guna rich.
Strawberry - sesuka hati
Badam

Cara-caranya:

Masukkan butter yg telah dicairkan ke dlm biskut oreo yang telah dihancurkan. Sebatikan.
Masukkan dlm loyang tart.. Amy pakai yg bulat sbb tak ada mcm yg dlm video tu. Tekan-tekankan mcm buat tart yg biasa tu pastu masukkan dlm peti ais.

Amy double boilkan cream tu... suam aje pastu Amy masukkan coklat...mcm buat coklat ganache aje caranya. Tuangkan coklat tu kedlm kulit(base) tart tadi. Hahaha Amy pun dah lupa nama dia.

Letak stawberry atas dia dan masukkan dlm peti ais. Paling kurang 2 jam atau semalaman.



Strawberry yang Amy guna tu masak sangat jadi bila potong dia keluar air.


Tukang Rasa..



Tak berapa keras... kalau tunggu lama sikit dlm peti tu mungkin lagi keras kot.



Roti Jala Kari Ayam...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Minggu lepas teringin sangat nak makan roti jala... barang-barang
semua ada, tak lengah lagi terus buat. Resepi Amy ambik kat blog kak Ita, kak Ita buat kari daging Amy pulak buat kari ayam.




Keluar tajuk kejap.... MPH sale 50% punya pasal dr RM178. Bacanya belum lagi, entah bila lah tu.



Roti Jala
ambik dr : Kak Azlita 


Resepi Oleh : aishiteru81
Rujukan : My Resepi 

2 cawan air 
2 cawan tepung gandum 
2 biji telur 
1/4 cawan minyak 
sedikit pewarna kuning 
sedikit garam
acuan roti jala ~ kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat lubangnya.

Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata. 
Tapis adunan tadi. 
Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala. 
Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung.
Tak payah terbalikkan. 
Ulang langkah tadi hingga habis adunan.
Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan.
Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air



Amy tak pandai kalau menjala pakai acuan yg biasa tu... Amy pakai yg ni aje senang dapur pun bersih tak de menitik-nitik tepung tu. Harga RM2.20 klu kat Daiso RM5.30 klu tak salah Amy. Kuali Amy pakai kuali leper mcm kak ita. 


pinjam gambar dr blog kak azlitamasammanis.

Kari Ayam campak2 cara Amy.. Anak Amy tak makan pedas jadi kari ayam ni Amy tak letak cili. Amy tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis sikit, bunga lawang sikit pastu baru masukkan pes kari ayam. Kari ayam tu Amy pakai Adabi aje. Santan pulak Amy pakai santan kotak Harmoni 1 kotak. Untuk yg malas nak gi kedai mcm Amy ni harus simpan stok santan byk2 tp Amy simpan santan kotak aje hehehe.



Resepi ni Amy buat 2 bancuhan, en hubby n anak2 Amy semuanya suka makan roti jala ni klu buat satu bancuhan tak cukup. Kalau orang lain cukup kot. Amy aje 5 keping tak cukup hehehe.

Roti jala ni memang sedap... berbaloi rasa berdiri lama-lama kat dapur tu.



Resepi Pulut Mangga Bersantan yang paling senang....

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama tak menyengah blog ni, hari ni Amy nak up date citer 2 minggu lepas. Masa Amy gi JJ Amy ternampak buah mangga... selalu tak heran pun buah mangga tu tapi apasal ntah hari tu tengok mangga tu terus teringat pulut mangga. 


Kononnya nak start diet... banyak baju Amy dah mula rasa sempit bila pakai tapi hampehhh diet tinggal diet hehehe.



Anak-anak Amy ni setiap kali kat sini mesti nak pegang n belek-belek capsicum tu.

Amy jumpa resepi Pulut Mangga ni kat blog jintan manis... senangnya lah haiii resepi ni, terima kasih ye sudi share resepi ni. Tak sangka cara masak pulut tu sama ngan cara nenek Amy.



Pulut Mangga Bersantan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan:

1 biji mangga ranum saiz sederhana
2 cawan beras pulut
2 cawan air
1 sudu besar mintyak masak
sedikit garam

untuk sos santan
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung beras ( dicampur sedikit dengan air supaya senang larut dlm santan nnt)

cara-caranya
1. Didalam rice cooker, masukkan beras pulut yang telah dibasuh, kemudian masukkan 2 cawan air , 1 sudu minyak masak dan sedikit garam, kacau sebati, kemudian tekan ON dan biarkan sehingga masak.

2. Kemudian buat sos santan pula,  masukkan santan, bacuhan tepung beras dan gula, kacau sehingga santan pekat, angkat dan sejukkan.

3. kupas kulit mangga dan hiris kan mangga bentuk dadu ataupun bentuk yang anda suke.

4. Cara penyediaan, masukkan pulut yang telah dimasak di dalam acuan atau pun boleh juga disenduk sahaja atas piring hidang, nak kepal bulat2 pun boleh, kemudian atur mangga di tepinya, akhir sekali curah sos santan, nikmati pulut mangga ini sebagai pencuci mulut. 


Iklan jap... 

Testimoni terbaru Herbal Plus pad.
Whatsapp Amy 019-2253200




Selamat Mencuba.... 



Sunburn in Lisbon... Carcais ke Sintra.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

22/10/2014.

Sampai aje kat Carcais tak tau dah nak tuju mana... mati kutu kejap.  Nak google tak leh sbb sim card yg Amy beli tu utk dlm Spain aje, kat Lisbon kami pakai wifi hostel. Tanya kat kaunter tanya kat driver bas. Kaunter tu pulak orang tanya lain dia jawab lain, driver bas tak faham BI pulak... lama kami kat luar stesen keretapi tu last kami naik aje bas yg berhenti kat luar tu.. tambang 1euro seorang.


bercuti di Portugal
Pemandangan luar stesen keretapi kat bus stop.
Bas yg kat situ rupanya tak jalan jauh... 

bercuti di Portugal

Macam-macam gelagat orang yg kami jumpa dlm bas tu, maklumlah Cascais tu bukanlah bandar macam Lisbon.

Bila dah naik bas... masalahnya pulak nak turun kat mana??? nama tempat tak tau, tau Cascais aje huhuhu. Bila lalu kawasan laut, bas tu berhenti dan driver dia panggil kami sambil menunjuk ke arah laut.

Kami buat kesimpulan mungkin tempat tu lah kot... mestilah dia tau tempat yg byk pelancong pergi kannnnn.

bercuti di Portugal

Sebenarnya kat situ tak de apa pun... mungkin kalau photographer sukalah kot dan orang yg macam Nadia tu sukalah tengok batu.. sbb keja Geoscientist byk tengok batu hihihi. Tapi hari tu dia tak delah excited tengok batu tu.... dia baru turun dr gunung masa kat Barcelona tu sbb tengok batu punya pasal. 

bercuti di Portugal

Kat sini bergambar atas batu aje sbb tak de pantai.

bercuti di Portugal

Kamera tipun yg dah tua so gambar pun tak berapa nak cantik lah ye.. hehehe.

bercuti di Portugal
Nampak tak basikal merah dah jatuh dlm tu... basikal tu nampak mcm basikal baru.
bercuti di Portugal
Bila dah berubah iklim + berjalan aje dr pagi sampai ke malam = kulit muka pun ishhh ishhh ishhh lah jadinya.

bercuti di Portugal

Sebelum balik singgah kedai aiskrim... panas tu tepi laut tu, nasib baik bawa air mineral. 

Satu lagi aksi yg tak pernah terlintas di fikiran nak buat... 

bercuti di Portugal

Sempat berposing lagi sementara menunggu bas nak balik ke stesen keretapi tadi. 

Kat sana kena berhati-hati juga semasa berjalan, najis anjing memang bersepah sepah. Takut tak perasan terpijak n bawa balik masuk bilik pulak.

bercuti di Portugal

Dalam perjalanan tu nampak pantai tak jauh dr stesen keretapi...



bercuti di Portugal

bercuti di Portugal

bercuti di Portugal

Dah nak sampai stesen keretapi... lalu kedai-kedai.


bercuti di Portugal
Ok dah sampai...
Rupanya perjalanan bas tu dia start kat situ dia berakhir pun kat situ. Pusing-pusing situ aje... tak gi jln jauh2 pun.

Dah sampai stesen tu... nak kena cari pulak macam mana nak gi Sintra sbb  tiket dah beli siap2 masa kat Lisbon lagi.

bercuti di Portugal
Cik Nadia..

Rupanya kami kena gi seberang jalan... bertentangan ngan stesen keretapi tu ada main road, yg tadi tu bukan main road. Puaslah pulak mencari jln camner nak gi seberang tu... papan tanda tak de, kena pandai2 sendiri huhuhu.

Stesen bas tu di bawah Carcais Mall (shopping mall).

Banyak bas yg ke Sintra tp salah sorang driver bas suruh kami ambik bas 417 sbb laluan dia tak jauh sangat dan cepat sikit sampai yg bas lain banyak menyimpang ke tempat lain dulu baru kesana.
Tiket kami dah beli siap-siap sebelum tu.. Lisbon-Cascais-Sintra-Lisbon, so tiket pergi balik dah ada.

Ok sampai di sini sahaja citer kat Cascais pasni sambung citer bergambar kat Sintra pulak.