Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...
Hari ni British Counsil tak ada kelas jadi kami gi cuci mata tengok rumah kat Pajam. Kami pergi ikut LEKAS dan balik pulak ikut PLUS. Harga rumah skang ni alahaiii ... harga mampu tengok aje bukan mampu beli.
Kat KL ni rumah bertanah memang dah tak de buat lagi nampaknya semuanya rumah atas langit macam rumah Amy skang ni. Rumah MIL teres 2 tingkat yang dah berpuluh tahun kat Taman Maluri tu pun dah mencecah RM8++k.
Aria D, CitraHill. Pajam.
Model yang kat depan rumah tu jurujual dia. Ada 16 buah aje rumah ni. Dah siap dan dah ramai yang duduk.
Rumah contoh ni rumah tengah jadi tanah dia yang kat tepi besar tu ajelah. Adalah dalam 10 kaki lebar ruang tepi ni.
Si Nasiim yang suka bergambar.
Bahagian dalam kat bawah. Terus nampak bahagian dapur. Rumah ni 40 x 80, ada 5 bilik + 1 utiliti dan 6 bilik air. Plaster ceiling semua dah siap tapi cornice kena buat sendiri.
Ruang tangga dan bilik tamu dihadapan. Kat belakang ada bilik maid dan utiliti.
Bilik no3 kat atas. Amy tengok bilik 2 dan 3 macam sama besar aje yang besar bilik no 3 ada tingkap 2 kat tepi dan bilik no 2 ada 1 tingkap besar kat belakang.
Ruang keluarga kat atas. Agak besar juga ruang ni. Amy tengok jiran sebelah, balkoni tu dia tutup dan buat tingkap jadi bertambah besarlah ruang keluarga tu.
Master bedroom punya ceiling punyalah tinggi. Ni kalau nak pasang langsir ni entah berapa meterlah.
Pintu ke balkoni utk master bedroom.
Ruang balkoni yang besar kat master bedroom.
Rumah jiran sebelah. Balkoni kat ruang family tu dia dah tutup buat tingkap.
Kawasan perumahan ni betul-betul kat sebelah highway LEKAS. Kat highway tu lagi dah nampak dah rumah ni. Keluar aje susur keluar Pajam dah sampai. Komuter hanya 2 km lebih aje dari rumah. Pasaraya Giant dan Tesco ada kat Nilai. Dengar citer AEON @JJ akan dibuka juga kat sana.
Tapi tu semua kat Nilai lah lebih kurang 6-8km dr rumah tu. Bagi Amy dah jauh dah sebab kat sini JJ tak sampai 5 minit dah sampai jalan kaki pun boleh, Tesco 10 minit, LRT lagilah tak sampai 5 minit. Teksi lalu lalang aje depan rumah.
Sekarang ni rumah atas tanah harganya.. Fuh... Lg2 rumah baru..
ReplyDeletetulah kan. anak-anak kita nanti macam manalah pulak.
Deleteberapa lah agaknya harga umah ni ye kak...
ReplyDeletekt ukay perdana ada umah tu 4juta huhuhu 3 tingkat mmg luas... mmg org kaya2 je yg mampu beli tuh
kalau kat sini-sini memang orang kaya2 aje yang mampu dana. Rumah pajam tu RM890k kalau bumi RM845. Banyak jugak tu Dana.
Deletemahal nya sampai dekat rm1m tu
DeleteTengok rumah tu kakak rasa kalau kat JB mahu-mahu jejak 1 juta tau Amy
ReplyDeleteSah-sah kakak memang tumpang tengok ajelah.. tak mampu dik!
tulah kak, rumah mampu tengok aje heheh.
DeleteHarga rumah baharu sekarang. Memang bermimpi ajelah saya nak beli. Kena usaha sungguh-sungguh nak cari duit untuk beli nanti.
ReplyDeleteberapa harganya ni kak? ada x nk smpi RM1j? ;-)
ReplyDeleteRM845 utk bumi lot anis
Deletefuhh harga dia....kluasan lbh kurang mcm rumah fmly kt kampung.
ReplyDeleteya allah kak bila lah agaknye nak dpt umah cmni kan
ReplyDelete