Rumah Pajam - Aria Park Type D,Citra Hill

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera ...

Hari ni British Counsil tak ada kelas jadi kami gi cuci mata tengok rumah kat Pajam. Kami pergi ikut LEKAS dan balik pulak ikut PLUS. Harga rumah skang ni alahaiii ... harga mampu tengok aje bukan mampu beli. 

Kat KL ni rumah bertanah memang dah tak de buat lagi nampaknya semuanya rumah atas langit macam rumah Amy skang ni. Rumah MIL teres 2 tingkat yang dah berpuluh tahun kat Taman Maluri tu pun dah mencecah RM8++k. 


Aria D, Aria Park

Aria D, CitraHill. Pajam.

Model yang kat depan rumah tu jurujual dia. Ada 16 buah aje rumah ni. Dah siap dan dah ramai yang duduk. 





Aria D, Aria Park

Rumah contoh ni rumah tengah jadi tanah dia yang kat tepi besar tu ajelah. Adalah dalam 10 kaki lebar ruang tepi ni.

Aria D, Aria Park
Si Nasiim yang suka bergambar.


Aria D, Aria Park

Bahagian dalam kat bawah. Terus nampak bahagian dapur. Rumah ni 40 x 80, ada 5 bilik + 1 utiliti dan 6 bilik air. Plaster ceiling semua dah siap tapi cornice kena buat sendiri.

 Aria Park Type D,Citra Hill - Seri Pajam

Ruang tangga dan bilik tamu dihadapan. Kat belakang ada bilik maid dan utiliti.

Aria D, Aria Park

Bilik no3 kat atas. Amy tengok bilik 2 dan 3 macam sama besar aje yang besar bilik no 3 ada tingkap 2 kat tepi dan bilik no 2 ada 1 tingkap besar kat belakang.


Aria Park, Aria D

Ruang keluarga kat atas. Agak besar juga ruang ni. Amy tengok jiran sebelah, balkoni tu dia tutup dan buat tingkap jadi bertambah besarlah ruang keluarga tu.



 Aria Park Type D,Citra Hill - Seri Pajam

Master bedroom punya ceiling punyalah tinggi. Ni kalau nak pasang langsir ni entah berapa meterlah.



Aria Park, Aria D

Pintu ke balkoni utk master bedroom.

Aria Park, Aria D

Ruang balkoni yang besar kat master bedroom.

aria Park, aria D

Rumah jiran sebelah. Balkoni kat ruang family tu dia dah tutup buat tingkap.

aria Park, aria D

Kawasan perumahan ni betul-betul kat sebelah highway LEKAS.  Kat highway tu lagi dah nampak dah rumah ni. Keluar aje susur keluar Pajam dah sampai. Komuter hanya 2 km lebih aje dari rumah. Pasaraya Giant dan Tesco ada kat Nilai. Dengar citer AEON @JJ akan dibuka juga kat sana.

 Tapi tu semua kat Nilai lah lebih kurang 6-8km dr rumah tu. Bagi Amy dah jauh dah sebab kat sini JJ tak sampai 5 minit dah sampai jalan kaki pun boleh, Tesco 10 minit, LRT lagilah tak sampai 5 minit. Teksi lalu lalang aje depan rumah.


Comments

  1. Sekarang ni rumah atas tanah harganya.. Fuh... Lg2 rumah baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan. anak-anak kita nanti macam manalah pulak.

      Delete
  2. berapa lah agaknya harga umah ni ye kak...

    kt ukay perdana ada umah tu 4juta huhuhu 3 tingkat mmg luas... mmg org kaya2 je yg mampu beli tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat sini-sini memang orang kaya2 aje yang mampu dana. Rumah pajam tu RM890k kalau bumi RM845. Banyak jugak tu Dana.

      Delete
    2. mahal nya sampai dekat rm1m tu

      Delete
  3. Tengok rumah tu kakak rasa kalau kat JB mahu-mahu jejak 1 juta tau Amy
    Sah-sah kakak memang tumpang tengok ajelah.. tak mampu dik!

    ReplyDelete
  4. Harga rumah baharu sekarang. Memang bermimpi ajelah saya nak beli. Kena usaha sungguh-sungguh nak cari duit untuk beli nanti.

    ReplyDelete
  5. berapa harganya ni kak? ada x nk smpi RM1j? ;-)

    ReplyDelete
  6. fuhh harga dia....kluasan lbh kurang mcm rumah fmly kt kampung.

    ReplyDelete
  7. ya allah kak bila lah agaknye nak dpt umah cmni kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)