Baru Dua Minggu...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Cerita Jumaat minggu lepas, baru dua minggu beli vest tapi vest tu dah tak cantik lagi dah.


Perpustakawan SK Seri Bintang Utara.

Rasa nak pengsan sekejap bila nampak vest si Nasiim ni masa tu. Hadoiiii. Kalau harga dia RM14 oklah boleh beli satu lagi tapi harga dekat RM43. Itu pun Amy pergi cari kedai yang paling murah. Baju kuning tu RM26 ada satu kedai tu jual sampai RM49 tapi kain, jahitan dan 'cutting' dia cantiklah.

Bila tanya baru dia perasan vest dia dah jadi macam tu. Entah manalah dia gosokkan... agaknya meja kot.


Perpustakawan SK Seri Bintang Utara.

Hari Jumaat lepas kelas KAFA tak ada jadi kenalah ambil tengah hari. 

Selalunya kalau ada kelas KAFA, Amy akan ambil petang. Bekalkan baju dan songkok dalam beg siap-siap. Kalau KAFA yang dulu yang kat PPR sebelah rumah kena pakai baju melayu putih tapi KAFA yang kat sekolah ni pakai kemeja sekolah yang putih tu aje. 

Comments

  1. harapkan mahal je tapi kualiti ke laut...eee geram pulak saya!

    ReplyDelete
  2. msti terkena bekas2 stapler ke bahagian bucu2 mana yg tajam2 kt meja kot kak...
    syg betul dh mcmtu yek

    ReplyDelete
  3. Biasalaa, waktu anak2 tengah aktif. Cepat je rosak baju atau kasut.

    Saya masa KAFA dulu kena pakai baju sekolah biasa je. Baju sama. Beberapa tahun yang lalu. Hihi

    ReplyDelete
  4. Baju sekolah kemahenn mahai skrg ni.. Ramai yg merungut.. Harga mahal tapi kualiti sama jugak cam yg murah.. haduii..

    ReplyDelete
  5. Mahalnya baju sekarang huaaaa. mungkin anak tu terkena bucu meja ataupun kalau meja kayu tu kan dia dah rosak sikit. so tertarik la benang kat situ. Saya time sekolah sangat berhati2 dengan meja macamtu sebab sayang dekat baju haha.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)