Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Dah 2-3 minggu kami tak pergi menjengah rumah Pajam. Aduan kecacatan rumah yang kami hantar pada pihak management Seri Pajam awal bulan Februari tu masih lagi tak dengar khabar berita.
Isnin minggu lepas kami ke sana nak tengok kot-kot lah dah siap kerja pembaikan diorang tu. Kami hantar sekali kain langsir mana yang dah siap dan bercadang nak pasang rod langsir sekali tapi bila masuk aje rumah .... 😱😱😱 ada air atas lantai ruang makan, tengok kiri kanan rupanya air jatuh dari atas siap ada lubang lagi.
Dari mana pulak datang air tu? Air hujan ke? Ada crack yang diorang tak tampal lagi ke?
Buka pintu kat dapur nampak lantai basah. Ingatkan tempias masa hujan lebat sekali donggak atas ... alamak air menitik keluar dari lampu. Apa hal pulak ni? Mana datang air pulak ni?
Rupa-rupanya air tu dari toilet bilik atas. Saja letak kertas nak bagi nampak macam terapung tapi tak berjaya pulak. Punyalah banyak air bertakung, dah boleh buat bela ikan.
Tak taulah dah berapa lama diorang biarkan air tu bertakung. Amy tahu diorang buat macam tu sebab nak tengok tersumbat ke tidak. Tapi cepatlah cari mana bahagian yang tersumbat tu jangan dibiarkan air tu yang mencari jalan keluar sendiri.
Bahagian luar toilet yang dah jadi kolam.
Air tu dah sampai hujung yang satu lagi. Dari sini lah air tu jatuh kat ruang makan tingkat bawah.
Nasib baiklah benda ni terjadi masa ni. Bayangkan lah kalau dah duduk dan 'gerenti' untuk benda macam ni dah tak ada ... memang menangis lah jawabnya. Lepas ni kami pun nak buat macam ni toilet yang lain. Mana tau kot diorang tak test lagi.
Ingatan pada yang baru beli rumah ... ceklah benda-benda yang macam ni. Banjirkan toilet tu 2-3 hari atau seminggu supaya boleh tengok kot-kot ada tersumbat atau bocor kat mana-mana. Nak repair bukannya sikit duitnya.
Lubang air kat dapur pun masih lagi belum siap. Yang ni kalau tak repair betul-betul .... syok-syok kita basuh pingan mangkuk sedar-sedar aje dapur dah banjir, naya.
Lama betul nak siap .... semua kerja-kerja tu orang yang sama yang buat ke? Dia yang tampal retak, dia yang mengecat, dia yang repair paip, dia jugak ke yang repair benda-benda tersumbat ni?.
Rumah ni dah 2 tahun siap dibina. Kalau baru buat lainlah ... kena tunggu giliran. Rasanya kawasan Aria D tu rumah Amy satu aje yang hantar aduan kecacatan, rumah lain dah lama berpenghuni.
Betul tu Amy..
ReplyDeleteKomplen skrg biar dorang baiki..
Akak dulu buat macam tu..
Biarlah dia nak baiki 2 3 kali pun..
Bilik air yg selalu masalahnya..
Pastu rajin dan selalu telefon pemaju..
biar dorang buat cepat..
kalau tunggu memang tak ada maknanya..
teruk nampaknya tu bila air bertakung macam tu. betul sebelum duduk kena check betul2 dulu kan
ReplyDeletemmg kena complain la kalau cmm ni. biar dorang betulkan balik..
ReplyDeleteAllah. nasib baik akk belum pindah situ. kalau dah duduk, jenuh nak megemas bila air jadi gitu. sabar ye, mudah mudahan cepat siap akk pun boleh pindah cepat
ReplyDeletebiar komplen balik2 sampai dorang naik jemu. haaa, confirm cepat tindak balas dorang. cuma kena perhati takut cincai plk hasil repair tu
ReplyDeleteharus komplen banyak2. Hak kita kan.. Serabut mata tengok keadaan rumah camni. Huhu
ReplyDeletemenggeleng sy bc entry ni... kenapa laa pemaju buat cam ni...
ReplyDeletejangan beli rumah seri pajam. sentiasa masalah bocor hujan .sistem binaan guna dinding konkrit pasang siap. tempat celah joint tu x ditutup betul. maka bocor 3-4x setahun. rosaklah siling, lampu2 terbakar, dinding lembap dan sebagainya. sakit mata memandang. baru duduk 2 tahun++ dah 5-6kali bocor tempat sama walaupun dibaiki. sudah habis DLP - luahan pembeli seri pajam teres 2 tingkat Nusa Intan -
ReplyDelete