Rumah Pajam : Punyalah Banyak Tempat, Depan Pintu Aku Jugak Dia Park.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Akhir-akhir ni tak dapat nak up date blog gara-gara dapur yang tunggang langgang. Banyak dah n3 dalam draf tu tunggu kerajinan Amy aje tu... heheh. Pagi ni Amy up date citer yang pendek ajelah dulu, yang lain tu semuanya panjang-panjang.

blok pintu rumah orang

Hari Sabtu lepas, dari Labu kami terus singgah rumah Pajam. Dah 2 minggu tak bejengguk Tapi sampai aje depan rumah hati terus aje panas. Nak masuk parking rumah sendiri pun tak boleh.

Kalau iya pun rumah kau dah full tak boleh nak park kete dah ... boleh aje nak park kat rumah Amy tu sekejap tapi janganlah kau park depan pintu pagar rumah tu, macam mana kami tuan rumah ni nak masuk. 

Boleh dikatakan tiap-tiap mingu kami ke sana, dari pagi sampai ke senja tak kanlah tak tau-tau jugak rumah tu dah ada orang. Pastu bukan nak park betul-betul, sesuka hati macam rumah dia aje. Sebelum ni kereta yang sama park depan rumah Amy tu tapi tak hadang laluan nak masuk. 

Sampai pukul 6 lebih dia tak alihkan kereta. tak tau rumah mana punya kereta. Tak kuasa nak ketuk rumah satu satu. En. Hubby geram dia letak nota beritahu tuan punya kereta supaya lain kali jangan blok pintu pagar kami lagi dan selit kat wiper dia.



First Time Beli Barang Di CJWowshop.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Percaya tak kalau Amy katakan dekat 8 tahun ni Amy hanya ada satu kuali kecik. Tak delah kecik sangat bolehlah goreng ikan 3 ekor atau goreng nasi untuk kami berlima kalau nak masak rendang ayam seekor tu ngam-ngam aje penuhnya. 

Dah uzur sangat kuali tu sampaikan nenek Amy kata nanti dia belikan kalau dia lalu kedai jual kuali. Dia tak puas hati betul dengan kuali Amy tu.

Beli kuali di CJWowshop

Selalu tengok CJWowshop tu tu tak de pulak kisah nak beli kuali tapi ntah macam mana hari Rabu lepas Amy boleh terfikir pulak kuali yang kat dapur tu.

Kalau nak tunggu Amy pergi beli entah bilalah kan. Kalau pergi beli barang tu tak pernah pulak nak lalu kat tempat kuali.

Fikir-fikir ... tambah tolak bahagi dan darab Amy pun orderlah kat online dan bayar bila dia dah sampai depan pintu. Kuali yang paling besar 28cm tapi Amy tak pulak ukur 28cm tu besar mana. Inilah first time Amy beli barang di CJWowshop tu.


Beli kuali di CJWowshop

Hari Khamis pagi dah sampai depan pintu.
Ada 4 kuali, kitchen utensils, 2 cutting board dan 2 chopstick besar. Rupanya kuali yang 28cm tu lebih kurang besar kuali Amy yang sedia ada ni aje besarnya. Hampeh. Ingatkan besar lagi.

Anak-anak Amy semuanya tak sangka Amy beli kuali kat CJwowshop tu.

Terlupa Anniversary Yang Ke 15

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Semalam masa berborak dengan En Hubby kat whatapp tetiba en Hubby teringat yang kami dah terlepas tarikh anniversary perkahwinan kami yang ke 15. Amy memang tak teringat langsung dah 9 hari terlepas dan tak perasan notification kat tipun tu off pulak.

Anniversary 15

5 Julai 2017 genaplah 15 tahun perkahwinan kami. 

Ceritanya bermula dengan.... 

Masa tu Amy tinggal dengan mak ngah Amy di Melaka, satu petang dia call Amy (masa tu dia kat luar dan Amy pun tak ingat sangat ayat dia) dan tanya nak kenal tak dengan seseorang dan latar belakangnya pun ok. Amy pun katalah tak nak dan lepas tu Amy lupakan. Sapa nak perkawinan yang diaturkan kan bukan zaman dulu-dulu.

Tak lama lepas tu mak ngah Amy ajak gi rumah kawan dia (busu Zai), masa tu en hubby dan family dia semuanya ada kat sana. Busu Zai buat makan-makan tapi yang peliknya hanya keluarga dia dan Amy berdua dengan mak ngah. Selang sehari dua mak ngah Amy pulak buat makan-makan dan family en hubby pun dijemput sekali.  Sebelum balik Buzu Zai minta Kami bertukar no tipun. Dekat seminggu baru en hubby call, tak kan Amy nak call dulu kan... heheh. 

Anniversary 15


Kami berjumpa adalah 2-3 kali sebelum en hubby naik kapal dan en hubby turun kapal kami pun bernikah. Kenal bulan Januari bulan Julai kami bernikah. Tak sempat nak bercintan cintun. Cinta selepas kawin aje... 😍. Tak pergi honeymoon pun sebab en hubby dah kena keje lepas tu jadi Amy ikutlah dia pergi kerja. Honeymoon atas kapal kalau kapal cruise oklah jugak tapi ni kapal LNG tapi bila kapal masuk yard di Yokohama 3 bulan merasa jugaklah berjalan kat sana.

Anniversary 15

Alhamdulillah, perkahwinan kami bahagia sehingga kini dan dikurniakan 3 orang putera yang handsome... 😁. Amer Irfan Hakim 14 tahun, Ameer Faris Iman 11 tahun dan Ameer Nasiim Nasiim Naim 9 tahun.
Semoga perkahwinan kami ini diberkati dan bahagia hingga ke Jannah. Dipanjangkan umur kami agar dapat membesarkan anak-anak dengan baik. Aamin.


Aidilfitri 2017...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Dah nak habis Syawal baru nak up date citer hari raya... inilah padahnya kalau blog pun cuti raya jugak 😅. Alhamdulillah anak-anak Amy semuanya berjaya puasa penuh ramadan tahun ni. Mungkin kerana cuti sekolah masa mula puasa tu panjang dan cuaca tak berapa panas.

Persediaan menyambut hari raya tahun ni 'paling sederhana' (tak jumpa perkataan yang sesuai lerr). Biskut raya buat dua jenis aje tapi tak sempat raya dah habis kena kenduri nasib baik MIL ada bagi 2-3 jenis. Tahun-tahun lepas ada jugak beli kuih kapit, tempeyek, popia dan kerepek tapi tahun ni langsung tak ada. 

Aidilifitri 2017

Raya tahun ni adik-adik Amy turn rumah MIL diorang jadi tinggal kami yang beberapa kerat ni aje yang sambut 1 Syawal dengan nenek.


Aidilifitri 2017

Bersama nenek Amy...
Alhamdulillah nenek masih bersama kami. Dialah menjadi penyatu kami adik beradik setelah pemergian serentak mak, abah dan adik Amy mengadap illahi.

Aidilifitri 2017

 Adik Amy yang paling kecil, Haryani dan suaminya. Ramai yang tanya kenapa rupa dia tak sama, sebenarnya dia adalah dua pupu Amy kalau tak silap. Dia bersama kami sejak lahir lagi. 


Aidilifitri 2017

Kalau balik kampung anak-anak Amy main bunga api aje. Pakcik-pakciknya aje yang main mercun.

Aidilifitri 2017




Aidilifitri 2017
 Yang paling Amy sakit hati ni bila raya ... jiran-jiran Amy buka setakat main mercun tapi main 'BOM' sekali. 

Ada sekali sampai jatuh terduduk nenek Amy sebab terkejut, Dia dahlah ada sakit jantung nasib baik tak ada apa-apa. Siang-siang ok lagi tapi bila malam time orang nak tido masa tulah diorang start nak perang. 

Aidilifitri 2017

Raya ke 3 adik Amy yang ke 3 dah balik jadi ajak dia pergi dobi sekali.

Mesin basuh kat rumah tu dah rosak jadi terpaksalah mencari kedai dobi. Punyalah penuh kedai dobi raya ke 3 baru Amy dapat pergi basuh baju.


Aidilifitri 2017

 Anak-anak Amy macam biasalah kalau balik kampung memang tak duduk dalam rumah.

Aidilifitri 2017

Sambil makan ais krim sambil beborak. Entah apalah yang diorang cerita agaknya.

Aidilifitri 2017

Raya keempat baru balik Melaka singgah rumah sedara mara sekejap dan terus balik KL.




Cerita Semalam - Takoyaki, Taiyaki.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Lamanya tak up date blog tetiba rasa rindu pulak, tuannya beraya blog pun cuti beraya jugak.... 😅. Bila lama tak up date ni mulalah banyak cerita basi tapi hari ni Amy mulakan dengan cerita semalam dulu sambil dengar lagu lama Kopratasa - Permata untuk Isteri, heheh.

Semalam sempat ajak Eh Hubby jalan-jalan Pavilion sekejap sebelum dia pergi out station, dah lama sangat tak ke sana. Kami pergi kejap aje pukul 12 dah kena balik sebab en hubby punya flight pukul 6 petang dengan nak tunggu Grabnya, nak kejar ERLnya, nak tukar duit lagi nanti jadi pulak macam cerita nak pergi Labuan dulu... terlepas kapal terbang, naya.

Takoyaki Pavilion KL

Kami jalan cuci mata aje tak masuk banyak kedai pun. Sempat jugak menyinggah kedai Takoyaki, selalu lalu aje tapi semalam teringin pulak nak cuba. Agak mahal jugak harganya kalau dibandingkan dengan Tako yang kat JJ dan Tesco tu.

 Ambik gambar no tipun tu manalah tau kalau sedap bolehlah order.


Takoyaki Pavilion KL

Memula ingat nak beli 8 ketul aje tapi kami ni berlima rasa terkulat kulat pulak kalau sorang satu lastnya En Hubby belikan yang 16pcs tu.

Takoyaki Pavilion KL

Faris dan Nasiim tengah tengok orang tu buat tako.

Takoyaki Pavilion KL

Tadaaaa .... inilah tako yang kami beli tu. Satu original satu cheese.

Rasa memang lain dari yang kat JJ dan Tesco tu, sotongnya pun besar tapi Amy tak berapa sangat yang original tu sebab ada rasa halia.

Taiyakii Pavilion KL

Taiyaki ni pun ada jual dekat situ. Amy suka Taiyaki kacang merah, anak-anak suka yang coklat. Sedap. 

Kami tapau aje tapi sampai rumah tako tu dah sejuk. Sempat jugaklah kami makan tengahhari sebelum sampai rumah. En hubby pun sempat jugaklah solat dulu kat rumah sebelum pergi.