hilmirdadaud.blogspot.my

Pandai Panjat Tapi Tak Gheti Turun

| On
October 05, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


cat in the tree

Nampak tak apa kat celah dahan pokok tu?

Dari petang Selasa lagi, masa Amy nak pergi ambil Faris dari sekolah KAFA dia dah ada kat atas pokok tu. Mula-mula dengar bunyi miow miow aje, puaslah mencari keliling tak jumpa sekali tengok atas baru nampak dia.

Amy pun biar ajelah dia kat situ, tak kan dah pandai panjat tak pandai turun kot. Dulu kucing kat rumah kampung Amy tu relax aje naik atas bumbung pastu terjun bawah. Nak pulak kalau dia berambat dengan kucing jantan yang lain, macam nak runtuh bumbung rumah tu.


cat in the tree

Tengah hari semalam, masa ambik Nasiim dari sekolah Amy lalu lagi kat situ. Rupanya dia ada lagi kat atas tu. Ingatkan dah turun.

Kebetulan kat tepi tu adalah lelaki dalam kereta, enjin mati dan tingkap pun dia turunkan. Nasiim punyalah banyak tanya pasal kucing tu tapi orang tu buat tak tau aje. Takkan lah tak dengar kot. Orang macam tu Amy pun malas nak minta tolong. Kalau Amy boleh panjat memang Amy panjat.

Tak tau nak buat apa, Amy whatsapp kawan-kawan yang duduk kat situ tapi masing-masing pun tak dapat nak tolong. Maklumlah semua perempuan, orang lelaki tak balik kerja lagi.

Petang masa nak ambil Irfan, kebetulan ramai budak sekolah menengah yang lalu situ Amy pun panggilah. Kebetulan ada tong dram kat situ dan budak tu panjat. 

Masalahnya budak tu besar sikit aje dari Irfan, tak cukup tinggi dan kuat. Kucing tu pulak bila dah ditarik tak nak turun. Takut jatuhlah tu konon.

Masa tengah kecoh tu datanglah satu kereta hijau park kat situ. Keluar seorang budak lelaki.... Amy panggil budak, heheh tapi dah besar dah lebih kurang awal 20an. Nama pun budak besar kan mestilah lagi tinggi dan besar dari budak sekolah 14-15 tahun tu. Dia datang, dan terus panjat tong dram tu. Dia lebih besar punya pasal jadi bolehlah dia ambik kucing tu walaupun kucing tu meronta ronta tak nak turun.

Masa nak turun sempat lagi kucing tu mencakar tapi yang sempat kena cakar ialah budak sekolah yang kat tepi, Amy pun pelik ntah macam mana boleh jadi camtu.

Tak makan tak minum kucing tu. Kalau tak de manusia yang baik hati tak taulah macam mana nasib dia.
6 comments on "Pandai Panjat Tapi Tak Gheti Turun"
  1. Macam kucing PC di kampung ni gayanya...bila gurau dia sama dia lari-lari panjat pokok....tapi tak reti turun...

    ReplyDelete
  2. nampak tinggi dia panjat. Kucing ni kelemahannya panjat pandai tapi turun tak geti.
    Kadang2 kes macam ni orang panggil bomba dan penyeamat.

    ReplyDelete
  3. sabo jelah eh yang sampai kena cakar tu. yup mujur lah ramai yg baik hati n prihatin pada haiwan kan

    ReplyDelete
  4. kucing mmg mcm tu pastu wat muka simpati igt kite nk tolong... pleaseee laa haahahahha

    ReplyDelete
  5. dia cakar tu sbb nak ucap terima kasih. hehe

    ReplyDelete
  6. kucing bando kot kak Amy, tak pun kucing tu hilang ingatan, reti naik tak reti turun heheheh...

    Yelah tringat kucing kt kampung, kalu bab panjat2 takde dia nk heran, selamba je tkt panjat bumbung pastu terjun bwh semula... kucing kg lasak skit kot

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)