hilmirdadaud.blogspot.my

Pinggan Mangkuk Viral Central Market ...

| On
October 11, 2017
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kali pergi dating lunch dengan En Hubby kat Central Market mesti nampak ramai orang kat kedai pinggan mangkuk tu. Sebelum-sebelum ni lalu aje kat situ ... sambil lalu sambil jeling-jeling dalam hati 'pinggan mangkuk kat rumah tu pun tak terpakai 
kalau beli mana nak letak'.

Pinggan Mangkuk Viral Central Market ...

Amy ni asyiklah citer dating lunch kat Central Market kan, tak pun kawasan sekitar tu jugak. Sebenarnya opis En Hubby tu kat situ, kat Dayabumi tu. Kalau makan dekat-dekat situ tak delah kes masuk lambat ... kan.

Malarat pulak dah Amy ni, huh.

Ok ... gambar atas tu, mangkuk kat depan sekali yang kocik harga dia RM5 pastu besar sikit RM8 dan besar lagi sikit RM10.


Pinggan Mangkuk Viral Central Market ...


Semalam teringin pulak nak menyinggah kedai pingan mangkuk tu. Tergugat sudah, hilang dah semua alasan sebelum-sebelum ni.

Tak nampak pulak pinggan mangkuk yang harga 50 sen tu. Semuanya nampak cantik tapi design yang Amy berkenan tak banyak.



central market

Amy beli ni aje. Mangkuk pink tu RM10 dan yang biru kat dalam tu pun RM10 jugak tapi yang pink tu besar sikit dari yang biru. Sudu RM2 satu ketul. Rumah Amy memang tak de sudu yang 'pesen' camni.

Memula ingatkan nak hangkut pinggan sebiji dua ke pinggan panjang tu ke yang empat segi tu ke tapi kalau satu dah RM 20 ke RM25, dua tiga dah berapa kan.

 Tak delah namanya murah. Jadi Amy beli ajelah 4 ketul tu RM24. Nak beli lebih rasa macam ... 'habis duit aku, habis duit aku'. 

Dah beli barulah terdengar cerita yang pingan mangkuk viral ni tak bagus untuk kesihatan kita. Nasib baik aku beli yang bercorak kat dalam tu satu aje. Kalau beli banyak-banyak pastu was-was nak guna membazir pulak jadinya. Tak kan nak buat hiasan kot.
10 comments on "Pinggan Mangkuk Viral Central Market ..."
  1. Tau jugak pasal ni, jiran ada inform...

    Cantik jugak ye Amy.... tp kalau nak beli rasa membazirlah pulak. Banyak dah pinggan mangkuk kat rumah tu. Tak de tempat nak simpan dah...

    ReplyDelete
  2. dah beberapa kali lalu CM tp x dn nk menyinggah... berkenan jg dgn mangkuk2 ni tp bla tingat nk pindah rumah nnt oh nooo

    ReplyDelete
  3. Suka juga pinggan corak2 nie, masa transit kat Istanbul hari tu, sempat tanya kat penjual tu pasal tu.. Dia bagi tahu ada pinggan bercorak tu ada yang sangat beracun, so hati-hati pilih jika untuk letakkan makanan.

    ReplyDelete
  4. memang cantik pinggan mangkuknya kak :)

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantik design dia.. memang rambang mata la nengoknya..

    ReplyDelete
  6. duduk dengan parents ni malas nak beli, tapi kalau rumah sendiri memang dah lama.nape ek x baik untuk kesihatan?

    ReplyDelete
  7. Officemate saya pun ada kegilaan beli mangkuk2 kat CM ni.. Tapi memang cantik2 & murah2 kan.

    ReplyDelete
  8. Lama dah tak pergi Central Market... cantik tapi tak boleh pakai untuk letak makanan payahlah pula kan?!

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)