Hasil Menyimpan Bertahun-Tahun

Assalammualikum Dan Salam Sejahtera...



Inilah dia hasil bertahun-tahun menyimpan di Jaya Jusco (AEON). Amy pernah citer sebelum ni pasal nak tunggu hujung tahun baru nak redeam point JJ tu dan Amy telah berjaya menebus hampir semua point Amy tu pada hari Sabtu yang lepas.

Alhamdulillah, dapatlah RM360 boleh buat tambah-tambah beli baju sekolah. Lepas ni kenalah kumpul 4-5 tahun lagi untuk dapat banyak macam ni.

Yang Amy suka JJ ni kan setiap tahun mesti dapat voucher, paling kurang RM10 kalau tempat lain nak dapat RM10 pun seksa.

Komputer Masuk Klinik

Assalammuaikum Dan Salam Sejahtera...


Lama betul blog Amy ni terbiar, biasalah sekarang ni musim angin M melanda. Hari ni kebetulan tak keluar ke mana-mana, cepat-cepat masak, mengemas rumah jadi dapatlah Amy mengadap blog ni sekejap.


Dah dekat sebulan komputer besar Amy tu rosak. Masa anak Amy tengah guna tetiba aje suiz tendang pastu bila nak on balik komputer tu dah tak boleh, lampu kat stor belakang tu pun sama. Minggu lepas baru ada kesempatan pergi hantar dia masuk klinik.

Selalunya Amy up date blog guna komputer besar tu ... rasa puas hatilah bila tengok tu, nak-nak pulak masa cuci mata tengok blog template.


Bila dah sampai sini .... ini memang perkara wajib buat ni. Macam kedai mama dia orang aje dibuatnya. 


Dulu masa Amy beli cik lappy Amy tu memang terasa mahal sangat tapi sekarang untuk spesis yang sama ..... RM12k, mak oiiiiii 😱😱😱 nak tengok harga pun takut, memang sampai bila pun tak mampu nak beli. 



5 Dis ni genaplah umur dia 6 tahun. Mintak-mintaklah panjang umur dia sebab tuannya tak mampu nak beli spesis yang sama sebagai ganti. Buat masa ni, ini lah laptop Amy yang paling panjang umurnya. Yang dulu-dulu tu masuk 3 tahun aje dah gol.

Hilang...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Anak soleh Amy si Irfan tu tahun lepas dia tertinggal kalkulator masa peksa math tapi tahun ni hilang pulak.

Esok nak peksa malam ni baru perasan kalkulator hilang, puas kami selongkar satu rumah sampaikan bawah-bawah rak kat stor tu tapi tak jumpa jugak.

Akhirnya terpaksa pergi beli malam-malam tu. Nasib baik Tesco buka lagi kalau tak ... 



Akhir-akhir ni Amy kurang meng up date blog ni, biasalah alasan banyak ... hehe tapi akan buat bw juga walaupun lambat sikit. Jangan merajuk tau.

Langsir dah beli sebelum puasa lagi tapi baru sekarang nak start jahit. Nak kena siapkan sebelum Sabtu minggu depan ... jangan angin M tu melanda lagi sudah, kang ada jugak tingkap tak berlangsir pulak.





Anak Bertuah ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera....


anak soleh

Bila Amy belek-belek gambar dalam telifon tetiba nampak gambar anak soleh ni. Yang sorang ni memang selalu selfie, abang-abangnya tak de pulak.

Anak soleh

Kalau setakat selfie tu ok lagi tapi .... hadoiii sakit perut Amy tergelak.
Macam-macam anak den ni. 

Yogurt Strawberry Pisang - Resepi Snack Sihat.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Hari ni Amy nak share resepi yang sesuai untuk dibuat snak pagi atau petang. Asyik makan buah gitu aje sesekali kita meriahkan dia pulak.


Yogurt Strawberry Pisang - Resepi Snack Sihat.

Comotnya mangkuk ... ambaikan aje ye.


Bahan-bahannya senang aje.
1 sb yogurt greek
2 biji Strawberi
1/2 - 1 biji pisang
Sedikit Chia seed. 

Dulu Amy ingatkan Chia seed ni sama dengan biji selasih, nasib baik tak taburkan biji selasih yang ada kat dapur tu.


Yogurt Strawberry Pisang - Resepi Snack Sihat.

Gaulkan.
Amy lenyek-lenyekkan dia dengan sudu supaya air pisang dan strawberi tu keluar dan memaniskan yogurt yang masam tu.

Kalau nak buat ala-ala ais krim tu pun boleh tapi kenalah bekukan dulu pisang dan strawberi tu tapi Amy tak de pengisar makanan, nak pakai blender biasa tu sikit sangatlah takut tak jalan aje mesin tu.

Selamat Mencuba.