hilmirdadaud.blogspot.my

Yogurt Strawberry Pisang - Resepi Snack Sihat.

| On
November 01, 2017
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Hari ni Amy nak share resepi yang sesuai untuk dibuat snak pagi atau petang. Asyik makan buah gitu aje sesekali kita meriahkan dia pulak.


Yogurt Strawberry Pisang - Resepi Snack Sihat.

Comotnya mangkuk ... ambaikan aje ye.


Bahan-bahannya senang aje.
1 sb yogurt greek
2 biji Strawberi
1/2 - 1 biji pisang
Sedikit Chia seed. 

Dulu Amy ingatkan Chia seed ni sama dengan biji selasih, nasib baik tak taburkan biji selasih yang ada kat dapur tu.


Yogurt Strawberry Pisang - Resepi Snack Sihat.

Gaulkan.
Amy lenyek-lenyekkan dia dengan sudu supaya air pisang dan strawberi tu keluar dan memaniskan yogurt yang masam tu.

Kalau nak buat ala-ala ais krim tu pun boleh tapi kenalah bekukan dulu pisang dan strawberi tu tapi Amy tak de pengisar makanan, nak pakai blender biasa tu sikit sangatlah takut tak jalan aje mesin tu.

Selamat Mencuba.
8 comments on "Yogurt Strawberry Pisang - Resepi Snack Sihat."
  1. sedapnya di makan tu..terima kasih dtng blog Etuza ya

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ni.. nampak sgt sedap.

    ReplyDelete
  3. Kalaunbeku confirm lagi sedap ni

    ReplyDelete
  4. sedapnya! makan sejuk-sejuk dan buah fresh lagi sedap.

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)