Setelah Sekian Lama...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari ni lambat sikit mengupdate, mata ni dari pagi tadi rasa nak tutup aje perut pulak rasa tak sedap.

Semalam kononnya nak pergi HUKM tu naik grab aje sebab dia letak kat situ 5 minit lagi grab sampai tapi lepas 20 minit tak sampai sampai jugak, nak ambik nombor pukul 2 ... huhuhu dia tersangkut dalam jem pulak. Nak tak nak terpaksalah suruh en hubby hantarkan. Nasib suruh dia ambik halfday semalam.

Setelah Sekian Lama...

Lama dah tak mengadap doktor hospital. Last selepas bersalinkan Nasiim 10 tahun lepas. Selalu pergi klinik aje kalau sakit demam. Kali ni kena jugak pergi hospital, tak boleh nak elak.

Amy ingatkan dia akan panggil ikut giliran tapi rupanya ikut klinik.   Tak de 'can' nak merayap. Amy berharap sangat dapat doktor perempuan ... tapi tak de rezeki daaaa. 

Esok kena pergi hospital lagi, nak kena x-ray pulak. Nasib baik anak-anak balik lambat esok kalau tak tak taulah nak suruh sapa jemput.


Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)