Ukur Jalan Mencari Buku

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Setiap tahun kedai buku sekolah rendah anak-anak Amy tu gagal menyediakan buku yang diperlukan sebelum sekolah bermula.

Setiap tahun ... bila sessi persekolah bermula, mesti Amy nak kena pergi buku aktiviti. Macam dah satu kemestian pulak. Masuk setiap kedai buku yang ada... selagi tak cukup selagi tulah kena mencari. Hangin betul.

Ukur Jalan Mencari Buku

Yang menambah hanginnya tu, hari kedua sekolah buku teks English Nasiim hilang.

Pagi semalam nak tak nak kenalah ukur jalan kat Jalan TAR pulak selepas 2-3 kedai buku besar dekat-dekat rumah Amy ni tak de buku-buku tu.


Buku Sejarah tahun 4 jumpa kedai pertama, buku BM amy jumpa di kedai kedua, itupun tinggal tak banyak jadi kenalah tanya ada ke sesapa nak kirim. Ibu bapa yang lain pun sama jugak. Ada yang sampai ke Bangi tolong belikan buku Sejarah tahun 6.

Buku teks Nasiim pulak jumpa kat kedai Mukmin depan Sogo tu. 


Ukur Jalan Mencari Buku

Dekat 2 jam jugaklah ukur jalan kat situ sampai sakit kaki ... berjalan aje tak duduk-duduk. Duduk pun masa dalam LRT aje. Buku aktiviti arab aje yang tak ada lagi ni tak tau mana nak cari lagi dah. Susah-susah Amy potostat aje buku tu nanti.

Comments

  1. nasiim.... hang buat apa dgn buku tu smpi boleh hlg niiii

    ReplyDelete
  2. Buku arab yg lom ada tu jena cari juga sampai dapat. Kesian fia tak ada tu. Nanti dia malu dg kawan. Lagi bimbang pelajaran tubdia terganggu.

    Saya pun tak tau nak cari buku tu kat mna.

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)