hilmirdadaud.blogspot.my

Umrah PertamaKu - Apa Yang Di Beli di Madinah

| On
March 13, 2018
Assalammualaikum Dan salam Sejahtera...

Tak banyak Amy beli di Madinah ... masa tu rasa banyak tapi bila bandingkan dengan orang lain, tak banyak rupanya.

Benda pertama sekali kalau pergi sana mestilah nak beli kurma kan. Kalau beli tak kan nak beli sekilo dua aje kan. Bangsa kurma ni pun ada macam-macam. 

Amy sebenarnya memang tak tahu berapa nak agak harga kurma-kurma tu. Tak teringat nak google pun masa tu.

Umrah Pertama ku - Apa Yang Di Beli di Madinah

 Kurma medjool - dalam plastik putih tu.
Kurma ni besar-besar, mula-mula beli sekilo aje dulu SR40 lepas tu beli sekilo lagi.

Kurma Sukari basah - tak de dalam gambar sebab masa tu dia duduk dalam peti sejuk.
Sekotak 3 kg SR40. Amy suka rasa sukari ni lepas tu ajak En Hubby pergi beli sekotak lagi. Keesokkan hari menyinggah lagi ke kedai yang sama, dia jual sekotak SR20 ... melopong ajelah.

Kurma Ajwa Madinah - Dalam plastik biru.
Amy beli 2 kg aje sebab mahal. Harga ikut saiz. Amy beli yang kecik aje SR40 sekg

Kacang Pistachio besar unsalted - dah abis kena kenduri. SR60 sekilo. Kalau kat Malaysia memang aku tak beli. Mahal.

Kacang mix tu 2 kg tapi Amy dah lupa harganya.

Halwa pistachio bekas kecik SR10

Kurma Ajwa Alia dalam kotak - beli dari UHR SR110 (RM130)

Ramai yang tahu pasal kurma ni tapi Amy nak bagitau jugak ... heheh.

Kurma Ajwa Alia ni ditanam di dalam kawasan tanah haram Madinah. Ustaz kata kurma Ajwa yang dimakan 7 biji tu adalah kurma Ajwa yang ni. Susah nak dapat sebab tanah haram Madinah hanya seluar 16 kilometer persegi, Amy pun tak tau betul ke tak luas tu.

Jadi kurma Ajwa Alia ni memang terhad, puas kami tawaf kedai pun tak jumpa. Ustaz kata UHR beli kat ladang dia. Siap ada alamat ladang lagi kat kotak tu.



Umrah Pertama ku - Apa Yang Di Beli di Madinah

Biskut coklat ni beli sebab si Faris yag beriya nak beli. Punyalah mahal, masa rasa tu dia kata sedap tapi bila dah beli jarang pulak nampak dia makan.
Sekilo dekat SR50 rasa tapi tak ingat pulak Amy tawar dapat berapa.

Umrah Pertama ku - Apa Yang Di Beli di Madinah

Coklat yang Amy beli di Bukit Uhud - 2 kilo SR40.

Amy beli lagi coklat yang macam ni di kedai dekat hotel tapi tak dapat sekilo SR20. Diorang jual sekilo SR35. Amy pun pelik apasal mahal sangat. 2-3 kedai Amy masuk diorang tak nak kurang.

Last dapat sekilo SR28 ke SR30 macam tu lah. Itupun Amy kata kalau dia bagi kurang Amy beli 2 kg.

2 kg tu banyak ... satu plastik besar, coklat tu besar-besar, lebih 100 biji tak silap Amy.

Amy lagi suka coklat yang beli kemudian dari yang dibeli di Bukit Uhud. Lebih sedap. Coklat Bukit Uhud tu sampai sekarang tak laku.


Itu ajelah yang kami beli rasa macam dah banyak tapi bila dah balik sini, dah bagi sana sikit sini sikit tak berapa lagi yang tinggal dalam peti tu.

Baju kurta untuk anak-anak dan En Hubby. Cukuplah seorang sehelai.

Amy pulak beli sehelai jubah hitam dan 2 helai jubah biasa. 
4 comments on "Umrah PertamaKu - Apa Yang Di Beli di Madinah"
  1. Besar-besar coklatnya.. Kurma pun banyak jenis ye..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..dah sampai mekah dah dia..

    ReplyDelete
  3. nak kurma ajwa seketuiiiiiii ;-)

    ReplyDelete
  4. kin paling suka janggus tu. rasa lemak lemak sedap !

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)