Umrah PertamaKu - Jalan-Jalan Sekitar Mardinah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Hari Sabtu, tempat yang pertama sekali yang kami tuju pagi tu ialah Masjid Quba. Sesak sungguh pagi tu, bukan setakat kita yang datang ziarah tapi penduduk tempatan pun ramai jugak. 

Ustaz Nasrul Haq kata memang menjadi kebiasaan penduduk di sana bila cuti datang ke Masjid Quba dulu sebelum pergi ke tempat lain. 


masjid quba'

Masjid Quba'.

Sebelum bertolak banyak kali ustaz ingatkan agar berwuduk dulu sebelum bertolak dan dia jugak ada memberitahu kami, Rasulullah swt menyebut - Barang siapa yang telah bercuci (berwuduk) di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba' lalu solat di dalamnya 2 rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.

Tak delah jauh sangat Masjid Quba tu dari hotel tapi nak menjaga wuduk dari hotel tu yang agak banyak rintangan nak-nak pulak masa nak masuk ke dalam masjid tu ... sesak. 

masjid quba'

Macam kat Masjid Nabawi kat sini pun ada polis cek sebelum masuk ruang solat. Disebabkan ramai sangat yang datang jadi dia tak kasi lama-lama kat dalam tu. 

Kebetulan masa Amy masuk dapat pulak tempat yang agak tersorok, seronoknya lah rasa bila dapat solat dengan aman siap dapat solat dhuha lagi. 

Kat sini ada polis mak arab tu ada ayat baru berbanding polis mak arab kat Masjid Nabawi. "Ibu... ibu, cepat bas ...." Amy tak ingat dia kata bas jalan ke atau bas tinggal. Dalam hati pandainya dia buat supaya orang cepat kejar bas.


masjid quba'

Punyalah banyak burung merpati kat sini. Putih-putih kat atas simen tu dia punya kerjalah. Puas nak menjaga baju takut menyapu dia.

masjid quba'

Dah siap sembahyang semuanya berkumpul kat luar. Bagus jugak tali kat leher tu pink terang benderang ... dari jauh lagi dah nampak.  Amy memang suruh anak-anak pakai tag nama tu walaupun tak ada aktiviti ziarah ... senang nampak anak aku tu, nampak pink aje kat leher.

masjid quba'



ladang kurma

Ladang Kurma

Selepas Masjid Quba' kami ke Ladang kurma, ingatkan diorang menjual bawah pokok kurma tapi tak. Pokok kurma kat belakang kedai adalah. Kami beli kuma muda aje kat sini. Sodap makan sojuk-sojuk tu, macam ais krim.

Tapi ada pak cik kat dalam bas tu kata dia beli kuma muda tu kat Masjid Quba' dapat harga lagi murah. Emmm.... nak buat camner.

Ustaz ada beritahu ... kurma muda tu bukalah bererti baru dipetik sebab katanya kurma berbuah setahun sekali aje. Untuk kami yang kenal buah sawit dari buah kurma ni, info tu sangat membantu.... tak delah kami pergi mencari kurma yang paling baru sekali dipetik atau pun pergi tanya kat penjual tu bila ia di petik.... heheh.


ladang kurma

Dari lapar terus kenyang bila masuk dalam ni. Segalanya aku rasa... heheh. 

ladang tamar

Ingatkan nak beli coklat kat sini tapi lupa pulak lepas tu.

MIL nak beli kurma... dua tiga orang dia pergi tanya tapi tetap sama jugak. Diorang bagi kita rasa kurma yang ada atas meja tu tapi bila kita nak beli dia bagi yang dah siap-siap pack. 

Perasan tak kalau kurma kat Malaysia ni, kadang-kadang ada macam berhabuk-habuk kat dalam dia, kalau bernasib baik jumpa tetamu yang ada kat dalam tu kan.... biasalah ntah bila punya stok. 

Hari tu masa rasa-rasa kurma diorang ada 1-2 yang macam tu terus Amy tak jadi beli lagi pun kalau dibandingkan harga Amy tetap rasa kurma yang dijual sekitar hotel tu lagi murah.


bukit uhud

Bukit Uhud.

Dari Ladang kurma kami ke Bukit Uhud pulak. Cantiknya bukit kat sini dari jauh nampak merah. 


bukit Uhud

Turun aje dari bas terus bergambar.


Inilah hasilnya kalau suruh anak-anak yang ambik gambar mamanya... janji ambik. En Hubby siang-siang dah malas nak melayan baik dia pergi beli ais krim. Jadilah janji ada gambar kenangan di sana.


Bukit Uhud - beli ais krim

MIL kata bila sampai sini wajib beli ais krim. 

Ais krim dalam kon SR3 tapi kalau dalam cup SR5. Memang sodap ais krim dia ... memang wajib rasa. 

Tapikan ... kami ajelah yang beli ais krim tu, yang lain macam pelik aje tengok kami.



Bukit Uhud makan ais krim

Ni ikut muka mama ke muka ayah ke muka campur....


Bukit Uhud

Orang lain sibuk dengar penerangan kami pulak sibuk beli ais krim nasib baik sempat dengar cerita tentang Perang Uhud dan Saidina Hamza r.a.

Bukit Uhud

Papan Panduan Ziarah Perkuburan Syuhada.



Bukit Uhud

Sebelum ni tak ambik tahu pun sekarang baru tahu... adeh aku ni.

Kubur tak de batu nisan kata ustaz kat sini mereka lebih mementingkan kat dalam kubur dari kat luar kubur... insaf den mendongarnya.


Bukit Uhud

Boleh shopping lagi kat sini.


bukit Uhud

Kat sini pun ada jual kurma muda jugak.

Amy beli coklat aje kat sini, 2 kg SR40. Jadilah.

Sebelum balik kami menyinggah lagi beli ais krim, siap belikan satu untuk driver bas. 

Kami kan berenam (Nadia dan FIL tak ikut) enam-enam berdiri kat kete ais krim tu, terus penuh. Lepas tu barulah sorang-sorang ahli group kami join. Yang dah ada dalam bas turun balik nak beli ais krim. Bukan group kami aje tau ... group lain pun datang jugak. Tak sangka jadi tukang promote.

Dari sini kami terus balik ke hotel. Sempat lalu dan tengok Masjid Qiblatain aje sebab nak sampai hotel sebelum solat Zohor. 

p/s: Hari kedua bibir dah mula pecah, Amy terlupa bawa lipsbalm.

Comments

  1. masya Allah, bestnya akk sekeluarga dapat ke sana. doa kan kami di sini juga ya. moga mendapat umrah yang mabrur

    ReplyDelete
  2. kat mana2 pun ada yg berniaga kan? kita pulak pantang tgk mesti nk beli ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)