hilmirdadaud.blogspot.my

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

| On
March 08, 2018
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Kami sepatutnya menginap di Hotel Al Mokhtara tapi ntah macam mana ntah tukar pulak Hotel Mubarak Silver. Subuh dalam pukul 5 lebih pukul 4 lebih MIL dah ketuk pintu nak ajak pergi masjid. Dah lah malam tu tidur pukul 1 letih pun tak hilang lagi, azan pertma pun tak dengar... kenalah MIL menunggu sekejap.

Rupanya kat sana pukul 4:30 tu pun dah ramai orang, kami lewat sikit dapatlah tempat tak berkapet ... sojukknya lantai dia. Rupanya hari tu Hari Jumaat diorang cuti jadi penuhlah masjid.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Dari hotel jalan terus aje (seberang 3 batang jalan) terus sampai ke pintu 25 gate dan terus masuk ke ruang solat wanita. Rupanya pintu gate ada nombor, pintu masjid pun ada nombor. Kalau yang tinggal selipar kat pintu masjid kenalah ingat nombor pintu kalau tak puaslah kena mencari. Kat pintu masjid ada polis perempuan arab yang akan periksa kita, Amy pulak kalau nak cepat buka beg tu  siap-siap terus tunjuk kat dia isi dalam beg. 

 Balik dari masjid kami terus menuju ke tempat makan, ntah macam mana ada pulak seorang tersalah bagi maklumat. Katanya pagi tu Ziarah Raudah pukul 8. Dengar pukul 8 kami pu relax-relax lah, boleh pulak balik bilik dulu pergi toilet. 

Bila turun pukul 8 seorang pun tak de, ingatkan kami awal rupanya kami dah kena tinggal .... huhuhu.

Raudah
Hari Jumaat, ziarah pagi raudah untuk perempuan tutup pukul 8 jadi kami tak de rezeki pagi tu. Amy dan Nadia pergi sendiri malam tu. Lepas solat Isyak aje polis arab tu akan pegang papan ikut kumpulan negara. Kalau kita dia tulis kumpulan bahasa melayu. 

Nadia suka ikut kumpulan turki sebab kumpulan diorang dilepaskan awal jadi kami pun jadilah orang Turki kejap. 

Tapi nasihat Amy ikutlah kumpulan kita, orang kita tak kiralah Indon atau Malaysia. Walaupun lambat tapi orang kita tak macam orang negara lain... sabar ajelah. MIL masuk dah dekat nak tutup terus masuk dan dapat solat 2-3 kali lagi dalam raudah tu dengan tenang. Siap boleh tolong jagakan anak orang lain pulak tu.

En Hubby pergi pukul 1 pagi, waktu tu ramai orang tapi lepas pukul 2 akan lebih sesak. Dapatlah dia duduk dengan tenang walaupun sekejap kat dalam tu.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Pagi pukul 1 lebih ... lengang

Anak-anak Amy tak masuk ke dalam raudah kecuali ada satu waktu solat tu diorang dah dekat sangat dengan kapet hijau tu tapi tak de rezeki. Tak pelah nanti diorang dah besar, dah kuat diorang boleh pergi lagi. 

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Disebabkan hari tu hari Jumaat kami kena pergi awal 2 jam. Alhamdulillah merasa jugak solat Jumaat di Masjid Nabawi ni. Walaupun tak paham kutbah yang dibaca oleh Pak Imam tu tapi dengar aje lah.
Selang sehari dua kemudian ribut pasir melanda lagi, masa tu kami nak keluar untuk solat Isyak kalau tak silap Amy. 
Rasa jugaklah mengharung ribut pasir. Berjalan sambil tutup hidung dan mata buka kecik aje tu pun masuk pasir ... heheh. Tu baru ribut sikit kalau ribut macam dalam tv tu mau terbang kot.

Polis Wanita Arab
Memula Amy rasa tak berapa best sikit ngan diorang ni, cek sana cek sini, terjerit sana terjerit sini ... tapi kemudian ok dah. Setelah melihat segala gelagat manusia yang datang... patutlah polis tu macam tu.
Alhamdulillah, bila kena giliran Amy polis tu baik aje dengan Amy siap cakap terima kasih dalam bahasa melayu lagi.

Polis ni tak lah sepandai orang yang menjual baju dan kurma bahasa melayunya tapi oklah bagi Amy. Ibu ... ibu, masuk ... masuk, itu adalah perkataan yang setiasa kita dengar kat sana.
Biasanya yang kena tahan adalah orang yang membawa botol air besar. Kami yang bawa botol kecik ni alhamdulillah, lepas

Selipar/kasut.
Kalau tak nak hilang letaklah dalam beg kasut dan bawa bersama ke dalam masjid. Beg kasut tu kalau boleh janganlah nampak isi dalam sebab tak selesa bagi yang melihatnya dan yang penting bersih.

Jangat terkejut kalau lihat ada yang letak selipar/kasut macam tu aje kat tempat nak sujud tu. Biasanya Amy akan minta diorang alihkan atau pun Amy tutup dengan beg kasut Amy.  

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Solat Jenazah
Setiap lepas waktu solat ada solat jenazah ... kalau kat Malaysia ni tak pernah lagi Amy pergi sembahyang jenazah cuma dekat Mekah aje ada 2 kali tak de solat jenazah. 

Menguji Kesabaran
Sebelum pergi Amy tahu bahawa benda ni perkara biasa disana tapi bila dah ada kat sana... Ya Allah, sungguh menguji kesabaran sungguh. Jadi yang nak pergi pertama kali macam Amy ni, kena lebih bersedia dalam bab-bab ujian kesabaran ni. Kena banyak berdoa. 


Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Hotel Tabung Haji dekat sangat dengan masjid.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi


Membeli Belah
Amy rasa kurma yang dijual disekitar hotel adalah lebih murah dan lebih baik kualitinya daripada yangdi ladang kurma. Nama aje ladang tapi kami masuk tu macam pasar aje rupanya. Ladangnya ada kat belakang kedai.

Baju dan Jubah pun Amy rasa di sini jauh lebih murah daripada Mekah. Amy ada beli dua helai jubah yang baik kainnya di sini dengan harga SR40 sepasang tapi di Mekah baju yang sama di jual paling kurang diorang nak bagi SR60, tapi jahitan lebih kemas. Tak delah berbulu sana berbulu sini. Tapi kalau jubah biasa tu dapatlah 4-5 helai SR100.

Baju lelaki tak delah murah mana kalau nak kain yang ok sikit. Lepas tawar menawar dapatkah dalam SR 55 baju sehelai bukan sepasang, 5 helai baju habis dekat SR 3++

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Depa semua pandai cakap melayu indon, senang nak tawar menawar. Kalau tak menawar memang rugi. 
Ada seorang pekerja kedai tu siap bergosip lagi pasal Siti Norhaliza  hamil ... adehhh kami sampai tergelak-gelak mendengarnya. 

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Kalau lepas solat, kedai-kedai ni selalu penuh sebab dari masjid nak ke hotel ramai yang menyinggah dulu. Tapi Amy pulak suka pergi bila dah lengang.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Malam yang paling sejuk sejak kami berada di sana. 


Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Lepas sarapan pagi, merayap sekitar masjid. Lambat sangat abis sarapan dah kena tinggal dengan kumpulan sekali lagi. Kami jalan2 sendiri sekitar masjid. Konon nak tengok perkuburan Baqi tapi dapat tengok pintu masuk dia aje, perempuan tak boleh masuk.

Suhu agak sejuk kerana hujan malam sebelum tu. Anak-anak Amy memang berselipar jepun aje sampai lah ke Mekah. Dah nak balik baru mencari selipar cantik masing-masing.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Suasana selepas Asar nak menunggu maghrib.


Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Lobi hotel Mubarak Silver tempat kami menginap.


Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Beli kebab ... kebab kecik SR5.


Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Yang baju putih kat belakang tu pun nak masuk dalam gambar jugak rupanya... siap senyum lagi.


Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Ada banyak kelas agama mengikut bahasa di masjid ni.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Kat depan, belakang, kiri kanan ada tong air zam-zam. Yang kat luar masjid tu, yg macam water cooler tu kalau dia tak tulis ertinya bukan air zam-zam. Mula-mula Amy ingatkan sama rupanya bukan.

Minumlah air zam-zam puas-puas masa kat sini, nanti dapat 5 liter aje untuk bawa balik. Selalu Amy minum masa nak balik, kalau awal-awal lagi dah minum emmm... dahlah suhu sejuk, toilet pulak jauh nanti nak kena cari tempat balik.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Ramainya yang keluar dari pintu utama tu. Selalunya Amy pun keluar dari situ tapi ntah macam mana hari tu terkeluar pintu lain.


Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi
Patutnya Amy suruh Cik Ya ni bergambar dengan polis perempuan arab tu. Dah lebih kurang aje rupanya.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Sementara tunggu waktu masuk. Kat depan Amy ni group tengah belajar baca Al Quran.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Kat sebelah Amy ni pulak group belajar hafal Al-Quran. Sebutan di cek satu persatu.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Budak ni... sibuk Amy nak mengambil gambar sibuk aje di nak masuk dalam tu, emaknya ada dalam group sebelah Amy tu. Akhirnya ambik jugaklah gambar dia, biar dia puas hati. Ingatkan kalau ambik gambar dah puas hati tapi tak jugak ... last Amy bagi dia coklat yang ada dalam beg tu baru dia senyap.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Suasana selepas magrib ... payung semua dah tutup.

Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi

Kedai Arabian Oud banyak kat sini.


Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi


Macam biasa muka tuan tanah harus ada walaupun dah macam kuih pau 😂... bukti menjejakkan kaki kesana.

Last sekali ... sedekah.
Sediakanlah duit kecik siap-siap. Langkah selamat bagilah sedekah kat dalam masjid. Hari pertama masa nak pergi masjid, bagi seorang yang lain datang serbu. Ingatkan Amy sorang rupanya MIL pun terkena jugak.
5 comments on "Umrah PertamaKu - Sekitar Masjid Nabawi"
  1. rindunya nak ke sana lagi
    doakan saya dan keluarga jadi tetamu Allah yer

    ReplyDelete
  2. dr ms sy pegi lg...lbh 10 thn dulu... org lelaki selalu bertuah dpt msk raudhah dgn mudah... org pompuan bersesak2...

    tgk gmbr2 suasana ms ni mcm x berapa ramai org je... ke... org negara2 sejuk x dtg buat umrah?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Seronok Nany baca cerita pengalaman Amy ke sana.

    ReplyDelete
  4. Terubat rindu baca entry Amy ni. Masih terbayang suasana di sana. Subhanallah.

    ReplyDelete
  5. Allah... Semoga ada peluang untuk ziarah ke sini.. aamiin.. Terharu baca perkongsian Amy ini..

    ReplyDelete

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)