Cheese Grill Untuk Sarapan Pagi Anak-Anak

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Waktu pagilah waktu yang paling kurang kerajinan Amy nak masuk dapur tapi nak buat camner kena masuk jugak... heheh.

Cheese Grill Untuk Sarapan Pagi Anak-Anak

Cheese grill ni salah satu kegemaran Irfan dan faris, Nasiim tak berminat. Si Nasiim tu Amy kena buat roti tampal telor untuk dia. 

Yang bagusnya cheese grill senang dan cepat nak sediakan dia. Lagi cepat dari buat roti salut telor tu. Yang penting semua bahan dekat dengan kuali.

Cheese Grill Untuk Sarapan Pagi Anak-Anak


Bahannya:
2 keping roti
sekeping cheese - Amy guna chesdale
Butter atau magerin - Amy guna buttercup dalam tin.

Caranya:
1.Sapukan magerin atau butter pada roti - satu bahagian sahaja pada setiap keping.
2. Api kecil
3. Letakkan roti yang pertama di dalam kuali - bahagian yang   disapu butter dibawah.
4. Letakkan cheese di atasnya.
5. Letakkan kepingan roti kedua diatasnya cheese - bahagian yang disapu butter dibahagian atas.
6. Agak-gak bahagian bawah dah keperangan, terbalikkan roti tu.
-Amy suka tekan-tekan supaya cheese tu cepat cair kat dalam tu... heheh.
7. Angkat bila kedua belah dah perang.

Anak-anak Amy memang suka makan masa cheese dia cair, bertali-tali macam pizza.

Kalau ada yang suka tambah bahan-bahan lain kat tengah tu pun boleh jugak tapi Amy ni buat yang cepat siap aje... heheh.

Letter Of Happiness Giveaway By Blog Siqahiqa

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Klik Banner untuk join.

Ramai yang join GA Siqa ni dan Amy pun tak boleh tahan nak join jugak... heheh.

Amy memang suka menyinggah kat blog Siqah tu, cuci mata tengok gambar yang cantik-cantik, template blog pun cantik, baca review novel (tak sempat nak gi beli dan baca) dan... dan koleksi Duck Siqah, heheh.

Syarat nak join senang aje dan GA ni berlangsung sehingga 13 Mei 2018.

Fatwa Tentang Hukum Wanita Haid Dan Nifas Masuk Ke Dalam Masjid

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lagi perkongsian dari group WA. Ada beberapa perkongsian lagi n3 selepas ni. Lama benar terperuk kat draf tu jadi Amy kena publishkan jugak.

Mungkin info yang Amy kongsikan ini ramai yang dah tahu tapi Amy tepekkan juga di sini ... heheh.

Fatwa Tentang Hukum Wanita Haid Dan Nifas Masuk Ke Dalam Masjid


Fatwa Tentang Hukum Wanita Haid Dan Nifas Masuk Ke Dalam Masjid

Keputusan:
Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata.
Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah 
dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.
Status Penwartaan: 
Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 
30 Aug, 2001

Nombor Rujukan: 
Mufti Sel. 500-2; PU. Sel. AGM

Akta/Enakmen: 
Sel. P.U. 28

Negeri: 
Selangor

Hukum Membunuh Semut

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Sekadar perkongsian dari group WA kumpulan Soal Jawab Agama. Amy 'kopipes' mungkin ianya info yang berguna bagi kita.


HUKUM MEMBUNUH SEMUT

semut

Terdapat empat jenis haiwan melata yang dilarang oleh Nabi sollallahu alaihi wa sallam untuk membunuhnya. Berdasarkan riwayat tersebut di antaranya adalah semut iaitu;

عن ابنِ عَبَّاسٍ ، قالَ; "إِنَّ النَّبيَّ صلى الله عليه وسلّم نَهَى عنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابَ: النَّمْلَةُ، وَالنَّحْلَةُ وَالْهُدْهُدُ وَالصُّرَدُ". 

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu anhuma, beliau berkata : "Sesungguhnya Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam telah melarang membunuh empat jenis haiwan yang melata, iaitu semut, lebah, burung Hudhud, dan burung Surad".(Abu Daud, No. 5262) 

Menurut al-Damiri, al-Baghawi, dan al-Khattabi, semut yang dimaksud dalam hadis itu adalah semut besar dan tubuhnya agak panjang yang biasa berada pada sisa-sisa peninggalan runtuhan. Semut jenis ini dikenali dengan nama "نمل سليماني  " (Naml Sulaimani). 

Justeru, menurut qaul muktamad, hukum membunuhnya adalah haram kerana semut ini tidak terlalu mengganggu manusia. Namun, jika ia terlalu mengganggu, maka ketika itu harus membunuhnya. Hal ini berbeza dengan semut kecil yang menjadi makhluk perosak bagi manusia,  maka hukum membunuhnya adalah harus. 

Walaubagaimanapun, ia tidak harus dibunuh dengan cara membakarnya melainkan jika hal demikian hanya satu-satunya cara untuk membasminya. Maka ketika itu harus membakarnya. Berdasarkan sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ نَمْلَةً قَرَصَتْ نَبِيًّا مِنْ الْأَنْبِيَاءِ فَأَمَرَ بِقَرْيَةِ النَّمْلِ فَأُحْرِقَتْ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ أَفِي أَنْ قَرَصَتْكَ نَمْلَةٌ أَهْلَكْتَ أُمَّةً مِنْ الْأُمَمِ تُسَبِّحُ

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda: "Seekor semut menggigit seorang Nabi di antara nabi-nabi, lalu Nabi tersebut menyuruh membakar sarang semut itu, lalu dibakarlah. Kemudian Allah Subhanahu Wa Taala mewahyukan kepadanya: "Apakah kerana seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih."(Muslim, no.4157 )

Justeru, hukum ini adalah sama dengan hukum serangga-serangga lain yang boleh mengganggu kehidupan manusia.
اليسع
Wallahu A'lam.

Rujukan;

- 'Aun al-Ma'bud
- Hasyiah al-Bujairimi 'ala Syarh al-Manhaj
- Bughyah al-Mustarsyidin

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Khamis 22 Feb 2018 kami dibawa ke Thaif. Program ni berbayar dan siapa yang tak nak ikut boleh tinggal di hotel. Caj yang dikenakan RM100 seorang. 

En hubby masih lagi demam tak boleh bangun Nasiim pulak kali ni nak ikut. MIL dan FIL pun ikut jugak sebab dia kata murah, yang sebelum ni dia pergi dengan agensi lain lebih mahal.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif
 Menunggu jemaah yang lain. FIL siap bawa ihram lagi.



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif
 Bangunan coklat ... hotel setahun sekali ( macam tulah bunyinya).

Bila tiba musim haji aje baru ada orang hotel tu. Dekat dengan tempat melontar tapi orang kayaaaaa yang duduk kat situ. Kalau ada ratus ribu bolehlah berangan. Tapi tak de lagi kot orang kita yang duduk kat situ.



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

 Sejauh mata memandang...


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Khemah berkapet hijau dan ada air cond, khemah mahal. Kalau ambik pakej berpuluh ribu bolehlah dapat yang macam ni.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Nunnnn di sana, yang bertingkat tu .... Kompleks melontar.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Khemah jemaah haji Malaysia di sebalik terowong tu. Punyalah jauh dari tempat melontar.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif



unta tepi jalan

Pemandangan sepanjang highway... kiri kanan depan belakang bukit batu, unta dan belukar. Arab Badwi pun masih ada lagi, ingat tak de dah.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Ladang unta di tepi jalan.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Masjid Miqat Qarnul Manazil

Jauh jugak Masjid ni dari Mekah, lebih sejam perjalanan. Kat sini kami berhenti makan tengah hari dan solat Zohor. 

FIL bawa ihram untuk berniat umrah di sini tapi dinasihatkan agar tukar dan niat masa balik ke mekah nanti.

Kat sini suhu agak sejuk sikit berbanding Mekah. Angin pun agak kuat.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Bahagian masjid yang satu lagi. Kat sini banyak kedai, pakir, toilet dan bilik mandi.

Antara masjid miqat yang kami pergi, masjid ni lah toilet dia paling bersih dan cantik kalah Masjid Bir Ali.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Lepas tu kami ke Kilang proses bunga ros pulak. Tak delah besar mana pun kilangnya. 

Kami diberitahu bahawa Taif mengeluarkan bunga ros yang terbaik di dunia. 

Satu aje ke kilang bunga ros ni ke ada banyak kilang lain lagi kat situ? lupa nak tanya ustaz.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Sebelum masuk pergi kat ladang bunga ros kat belakang.

Puas Amy belek... apa yang nak ditengokkan sebenarnya ni? Pokok rosnya mana? Tengok pokok kering aje ke?

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Kat situlah dia jual produk ros, kat situ jugaklah di tunjukkan proses menghasilkan air ros kat situ jugaklah diletakkan video penerangan.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Menikmati teh ros panas...

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Ni lah rupa dia. Rasa macam teh o biasa tapi ada bau ros.

Ingatkan teh tu teh ros tapi rupanya diorang masukkan air ros kat dalam teh tu.
Bukan air ros yang biasa kita jumpa kat sini tu tau.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Ada macam-macam, sediakan duitnya aje.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Kat sini peninggalan sejarah tak dipelihara.



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Pasar Buah-buahan Al Hada.

Kat sini tak rugi kalau beli buah sebab harganya murah dan besar tapi kena pilih-pilih jugak sebab kat atas nampak cantik kat bawah ada yang dah rosak sikit.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Budak ngajuk nak beli avocado.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Berjalan di belakang rumah orang dan pohon anggur yang dah mati untuk ke masjid yang tersorok kat dalam tu.


Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

UHR menceritakan kisah dakwah Rasulullah SWT di Thaif. Sedih sangat citer tu. 

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Sebelum balik singgah kedai Nasi Arab.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif



Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Nasi sedulang tapi lauk... makan nasi aje pun sodap kalau dah kelaparan macam kami, heheh.

Umrah PertamaKu - Ziarah Taif

Inilah yang dibeli masa kat pasar buah-buahan tu.

Ziarah Luar Mekah...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Lama dah tertinggal citer umrah. Banyak yang dah terlupa puas nak ingatkan balik.

Rabu, 21 Feb 2018 kami semua dibawa menziarahi sekitar Mekah. En Hubby demam tak boleh bangun jadi di tinggal di hotel bersama Nasiim. Si Nasiim tu masa ajak tak nak pergi bila abang-abangnya dah balik bercerita mulalah menyesal tak ikut.


jabal thur bersama ustaz harianto

Pagi tu tempat pertama yang dituju ialah Jabal Thur. Bergambar lagi dengan Ustaz Harianto.

ustaz harianto dalam bas

UHR duduk kat depan sekali.

ustaz harianto rizal i jabal thur

Punyalah banyak habuk sampai kena tutup mulut dan tutup mata... adehhh kalau tutup mata tak nampak lerrr.

jabal thur

Kat sini benda yang Irfan dan Faris pengang tu murah, murah sangat berbanding tempat lain. Murah rezeki pakcik penjual tu hari tu. kumpul kami aje beli terus habis... dia pun start kete terus balik, heheh.

jabal thur

Amy lupa bawa lipsbalm, hari kedua di Madinah bibir Amy dah start pecah. Punyalah sakit. Nak makan sakit, nak cakap sakit dan senyum lagilah tak boleh.

Alhamdulillah sampai di Mekah bibir dah bertambah ok. Mungkin Madinah lebih kering berbanding Mekah.

jabal thur


Di sini Ustaz Harianto menceritakan kisah Rasulullah SAW bersama Abu Bakar bersembunyi di dalam gua yang terdapat di atas bukit Thur dan Asma yang berulang alik ke sana menghantar makanan setiap hari.



ameer irfan di arafah

Irfan yang semakin meninggi.


arafah

Kemudian kami pergi ke Arafah dan Jabal Rahmah. 

makan ais krim di jabal rahmah

Bergambar dengan Ustaz Faizal(mursyid) pulak.

Baik Ustaz ni, sepanjang En Hubby demam dan tak dapat nak sertai ziarah, dialah yang tolong tengok-tengokkan anak-anak Amy semasa di masjid. Bila keluar masjid aje kalau tak nampak anak-anak soleh tu mesti Amy cari dia. Jumpa dia jumpalah anak-anak soleh tu.

arah bersama ustaz faizal UHR

Gambar ni kalau UHR nampak mesti dia tak puas hati... gambar dia  kat banner tu tak handsome masa ni, heheh.

ziarah luar mekah di arafah
Atuk dan nenek pun makan ais krim jugak. Ais krim murah dalam kon tu tak de, ada ais krim mahal dalam cawan aje. Bolehlah bukan selalu jumpa ais krim arab ni.

ziarah luar mekah

Ke Mudzalifah ustazah (isteri UHT) pulak yang menganti UHR  dalam bas kami.

Tengok dari dalam bas aje Mudzalifah, Mina, Masjid Namirah, Masyid Masyaer Haram, Masjid Kheif, Jamarat dan Jabal Nur- Gua Hera'.

Miqat Ji'ronah

Masjid Miqat Ji'ronah

Sebelum balik singgah di Masjid Ji'ronah untuk solat zohor. Kat sini jemaah yang ingin menunaikan umrah menukar ihram dan berniat di sini.

Masjid ni agak kecik berbanding masjid Miqat yang Amy pergi sebelum ni. 



ziarah luar mekah

Paling tak disangka... FIL minta ambikkan gambar dia. Tak pernah terjadi ni. 

FIL cakap ni adalah kali kedua setelah berbelas tahun dia ke masjid Ji'ronah ni. 

ziarah luar mekah

Punyalah banyak burung merpati.

Masa sampai berhampiran hotel dah dekat masuk watu Asar. Jalan dah kena tutup jadi bas berhenti kat Istana. Kenalah menapak balik ke hotel.


mekah

Sampai aje hotel, abang-abang sibuklah menceritakan perjalanan diorang pada si Nasiim. Cara diorang bercerita macamlah adventure sangat sampaikan si Nasiim tu pun tunjuk muka tak puas hati. Tu lah suruh ikut tak mau.

Larangan Melawat Beberapa Tempat di Madinah Dan Mekah

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Amy terbaca post Mutawwif.com tentang larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi semalam untuk program ziarah.

Nasib baiklah sempat Amy nak anak-anak pergi ke tempat-tempat tu.

Sambal Petai Cili Padi...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Lama tak menjengah blog ni, macam biasa alasan memang banyak... heheh. BW Amy akan buat perlahan-lahan, jangan ngajuk tau...

sambal goreng petai cili padi

Dah bertahun tak buat sambal petai, Amy malas sebenarnya nak buat sambal petai ni sebab bila dah makan tak cukup sepingan nasi.

Puas jaga makan tapi kg tetap tak kurang-kurang jugak, lastnya tewas jugak ... dah tak tahan nak menahan nafsu sebenarnya, buat jugaklah sambal petai.

Berdua dengan En Hubby sekali hadap selesai. Jangan tanya berapa pingan nasi...😂