6 Langkah Petunjuk Nabi Ketika Mimpi Buruk

6 Langkah Petunjuk Nabi Ketika Mimpi Buruk





1. Ta’awudz
membaca ta’awudz; a’udzu billahi minasy syaithanir rajiim (aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk).

الْحُلْمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ فَلْيَتَعَوَّذْ مِنْهُ وَلْيَبْصُقْ عَنْ شِمَالِهِ فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ

“Mimpi buruk berasal dari syaitan, maka jika salah seorang diantara kalian bermimpi buruk, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah kerananya” (HR. Al Bukhari)

2. Meludah ke kiri tiga kali

Setelah berlindung kepada Allah, hendaklah orang yang bangun dari mimpi buruk meludah ke kiri tiga kali.

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ الرُّؤْيَا يَكْرَهُهَا فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ثَلَاثًا وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ

“Apabila salah seorang kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disenanginya, maka hendaklah ia meludah ke kiri tiga kali, berlindunglah kepada Allah dari gangguan syetan tiga kali…” (HR. Muslim)

3. Solat

فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ

“Kerana itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah, kemudian solatlah…” (HR. Muslim)

4. Mengubah posisi tidur

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ الرُّؤْيَا يَكْرَهُهَا فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ ثَلَاثًا وَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ثَلَاثًا وَلْيَتَحَوَّلْ عَنْ جَنْبِهِ الَّذِي كَانَ عَلَيْهِ

“Apabila salah seorang kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disenanginya, maka hendaklah ia meludah ke kiri tiga kali, berlindunglah kepada Allah dari gangguan syaitan tiga kali, dan mengubah tidurnya dari posisi semula.” (HR. Muslim)

5. Tidak menceritakan mimpi

فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يُحِبُّ فَلَا يُحَدِّثْ بِهِ إِلَّا مَنْ يُحِبُّ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَلْيَتْفِلْ ثَلَاثًا وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا أَحَدًا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ

“Siapa yang bermimpi yang tidak disukainya, hendaklah meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatannya dan dari kejahatan setan, dan hendaklah meludah tiga kali dan jangan menceritakannya kepada seorang pun, niscaya mimpi itu tidak membahayakannya.” (HR. Al Bukhari)

6. Tidak menafsirkan mimpi dengan penafsiran negatif.

الرُّؤْيَا عَلَى رِجْلِ طَائِرٍ مَا لَمْ تُعْبَرْ فَإِذَا عُبِرَتْ وَقَعَتْ

“Mimpi itu berada di kaki burung (mengambang) selama tidak di ta’birkan/ditafsirkan, jika dita’birkan boleh jadi mimpi itu akan terjadi.” (HR. Ibnu Majah; shahih)

Kasut Sekolah Hitam

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

kasut sekolah hitam

Tadi dengar menteri cakap tahun depan semua murid sekolah pakai kasut hitam ... terus bersemangat tengok berita sampai habis, heheh. 

Anak tak berapa mamanya yang happy lebih...😅. 

Kalau kasut hitam kurang sikit mamanya nak kena membebel. Tak delah nak kena cakap sampai 80 kali baru nak pergi basuh kasut.

Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 16

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Semalam, 5 Julai 2018 genaplah 16 tahun usia perkahwinan kami berdua...😍, alhamdulillah.

16th wedding anniversary

 Pagi semalam En hubby sempat tolong kemaskan meja dan basuhkan pinggan mangkuk anak-anak dia breakfast. 

Terharu...

Tak de candle light dinner atau pun 'sun light' lunch pun...😆. Hadiah-hadiah pun dah tak de tapi bagi Amy semua tu tak penting...

Tapi kalau ada .... alangkah bestnya 😍😍😍.

Korang macam mana?

Berpuasa Tapi Ada Jemputan Kenduri

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Perkongsian dari group WA Ustaz Zamri.

Menghadiri kenduri tidak semestinya makan. Boleh hadir dan ucap tahniah meskipun berpuasa. 

Gambar pinjam pakcik google
Gambar pinjam pakcik google

Pada asasnya, haram seseorang itu sengaja membatalkan mana-mana amalan yang fardu termasuk lah puasa qadha’(ganti) kerana puasa qadha’ Ramadan termasuk di dalam ketogari amalan fardu. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Imam Syafi’ie –Radiyallhu ‘anhu- di dalam kitab “al-Umm”:

من دخل في صوم واجب عليه من شهر رضمان أو قضاء أو صوم نذر أو كفارة من وجه من الوجوه أو صلى مكتوبة في وقتها أو قضاها أو صلاة نذر لم يكن له أن يخرج من صوم أو صلاة ما كان مطيقا للصوم والصلاة على طهارة فإن خرج من واحد منهما بلا عذر عامدا كان مفسدا آثما عندنا.

Maksudnya: Sesiapa telah masuk(memulakan) puasa yang wajib daripada Ramadan, QADHA’, puasa nazar atau puasa kaffarah, atau solat fardu pada waktunya, solat Qadha’ atau solat nazar, maka dia tidak boleh keluar(membatalkan) dari puasa atau solat (tersebut) selagimana dia mampu untuk berpuasa dan solat dalam keadaan suci. Jika dia keluar(membatalkan) salah satu darinya tanpa keuzuran dengan sengaja maka menurut kami dia dikira sebagai bersalah dan berdosa.

Membatalkan puasa qadha’ tanpa keuzuran tetap dikira berdosa kerana amal ibadah yang fardu tidak boleh dibatalkan. Namun puasa qadha boleh dibatalkan jika ada uzur syar’ie seperti sakit dan musafir.

Kedai Massage Nasiim

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera....


Kedai Massage Nasiim
Alahaiii anak aku.

Kalau sebulan sibuk ... sebulanlah jawabnya dia tak buka kedai.

Cerita Basi Lagi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Punyalah banyak yang nak diceritakan tapi semua dah basi dah ... 

Ahad lepas balik dari Pajam kami menyinggah Satey Samuri kat Kajang tu, sampai sana pukul 10 lebih tapi budak kat parking tu kata kedai buka pukul 11. 

Sementara nak tunggu dia buka pukul 11 pagi, bawalah budak berdua tu kat padang tepi kedai satey tu. Faris tak ada sebab program sekolah kat Flamingo Hotel. 


satey samuri kajang



Cerita Basi Lag

Pukul 10:45 pagi Amy nampak ramai dah orang beratur kat kaunter yang belum buka lagi. Amy pun join jugak beratur kat situ. Tetiba budak kat kaunter tu kata kedai buka pukul 11:30 pagi. 

Macam-macam rasa ada masa tu. 

Tak kuasa nak tunggu lagi 45 minit. Balik lagi bagus. Kalau tak menyinggah tadi lama dah sampai rumah KL.




satey samuri

Sempat ambik gambar motor ni, manalah tau kot-kot nak order.

sek keb seri bintang utara

Lepas Zohor terus pergi ambik Faris. Tau ajelah MRR2 tu, pukul 2:15 baru sampai. Sampai sana nak cari parking lagi, last Amy dan Nasiim aje yang masuk En Hubby tunggu dalam kereta. 


Cerita Basi Lag

Bila mak-mak bergambar...😂

Hari Isnin petang Kak Seha dan Kak Ros jemput beraya rumah diorang. Walaupun berjiran bagunan tapi setahun sekali baru berkumpul... tu pun tunggu anak-anak dah balik sekolah. 

Tak sempat nak membawang hal orang lain, hal masing-masing pun tak abis cerita.