Anak Sapa Lah ni ...

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...


Majlis Apresiasi Lambaian Kasih Tahun 6 Sek Keb Seri Bintang Utara, 2018 semalam. Mula-mula Amy dengar ni majlis apa sebenarnya ni ... rupanya nama lain Hari Gaduasi daaa.


Banyak-banyak persempahan Amy paling suka persembahan yang ni. Suara Sharifah Shahira menjadikan persempahan ni lebih meriah.

Nanti lain kali Amy sambung citer hari Graduasi Faris pulak. Nak cepat-cepat bersilat, hari ni dah janji dengan En Hubby nak gi lunch dengan dia. Alaaa kat CM tu lah, kat mana lagi kan....dah situ aje yang dekat dengan opis diaπŸ˜€.

Resepi Kek Pisang Sedap Dan Lembab, Banana Chocolate Rice Cake.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Amy paling suka kek pisang. Kecik-kecik dulu kenal kek pisang dulu dari kek coklat... maklumlah kat kampung melambak pokok pisang.

Kek cokat dan kek marble masa tu selalu jumpa kat rumah orang berada aje... heheh. 



resepi banana chocolate rice cake

Dah berhari-hari pisang kat dapur tu... bukan banyak pun, 5 biji pun payah nak abis. Masa bw ke blog kak Azlita, Amy jumpa ada 2-3 resepi kek pisang tapi Amy pilih yang ada coklat rice sebab nampak cantik πŸ˜…. 

Selain cantik, resepi kek pisang coklat rice ni juga senang nak buat.

resepi banana chocolate rice cake

Amy tak baca resepi betul-betul jadi Amy tak letak 1/4 tsp soda bikarbonat untuk bahan B tu ... nasib baik jadi jugak kek tu. Sedap aje pun... πŸ˜….

Mula-mula Amy ikut suhu oven 170c macam kak Ita tapi lepas 40 minit dalam kek tak masak lagi, bila turunkan suhu 160c dan bakar lagi 20 minit barulah ia masak dengan sempurna. 

Kek ni Amy buat semalam tapi Amy lupa nak keluarkan. Bila teringat semua dah tak boleh nak makan sebab masing-masing lepas makan nasi dah bantai makan roti.

Semalam sementara nak ambik anak dari sekolah, sempat jugaklah Amy merasa kek ni. Sedap tau makan kek panas-panas dengan secawan teh. Kacang tu pun masih garing lagi.

Pagi tadi hidangkan kek ni sekali untuk sarapan. Alhamdulillah, walaupun dah semalaman dia semakin lembab dan sedap. Memang tak rugi cuba resepi ni.

banana chocolate rice cake



Banana Chocolate Rice Cake
Sumber : Blog Azlita Masammanis.

Bahan A
150 gm marjerin atau butter
150 gm gula kastor 
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek
1/2 sudu teh esen pisang ~ Amy tak letak 

Bahan B
200 gm tepung berprotein rendah , tepung kek atau tepung naik sendiri
30 gm chocolate rice ~ Amy letak 50 gm
1/4 sudu teh soda bikarbonat - Amy lupa letak

Hiasan
2 biji pisang ~ dipotong nipis bulat ~Amy tak letak 
1/4 cawan hirisan badam ~ amy guna kacang pistchio anda boleh guna juga apa kekacang yg di sukai. Letak bahan kekacang membuatkan kek ni lagi sedap dan rangup bila di gigit

Panaskan oven pada suhu 170 C (oven Amy 160c)
Sediakan loyang 8 X 3 X 3 inc
Alas baking papaer dan griskan dengan butter - Amy lebihkan supa senang nak angkat keluar.

-Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
-Masukkan telor satu per satu ~ pastikan pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya dan pukul hingga sebati.
-Secara berselang seli, masukkan tepung (tepung dan soda ni campur dan ayak)  dan susu, adun rata.
-Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
-masukkan coklat cip dan gaul rata
-Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas
-Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. ~ yg ni ita tak letak
-Taburkan kekacang di atas kek

-Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.


resepi kek pisang sedap dan senang

Resepi Biskut Coklat Chip.... A Keeper.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, setelah mencuba pelbagai resepi biskut coklat cip akhirnya Amy dah jumpa resepi yang benar-benar kena dengan tekak kami sekeluarga. Isyaallah akan kekal dengan resepi ni sehinggalah jumpa resepi yang lebih sedap lagi.

Resepi biskut ultimate choc chip boleh klik kat tepi πŸ‘‰.
resepi biskut coklat chip sedap

Resepi asalnya ialah resepi Ultimate Choc Chip Cookies tapi Amy tambah telor satu biji lagi maka jadilah biskut coklat chip paling sedap kat tekak Amy ni. Bila ditambah satu lagi telor, biskut menjadi lebih chewy gooey walaupun dah semalaman.

Seperti biasa Amy mengunakan butter kerana ia lebih sedap berbanding buttercup dan megerin yang lain. Tepung Amy guna cap Bunga Cempaka aje... murah punya pasal, heheh.


resepi biskut coklat chip sedap

Biskut Coklat Chip...


3/4
cwn gula pasir
3/4
cwn gula perang
1
cwn butter (250g) @ magerin - Butter lebih sedap dari magerin. Amy guna scs salted 
1
sk esen vanila
1
telor saiz A
2 1/4
cwn tepung
1
sk baking soda
1/2
sk garam - Amy tak letak
1
cwn kekacang cincang kasar - Amy tak letak
2
cwn coklat chip semisweet - Amy pakai coklat chip biasa


Steps:

1. Panaskan oven - Suhu oven masing-masing. Oven Amy untuk biskut 180c. 

2. Ayakkan tepung, baking soda dan garam.

3. Mix kan gula, butter, telor dan esen vanila di dalam mangkuk besar yang lain. Mesrakan aje, jangan lama-lama. Boleh guna sudip kayu... guna tangan pun boleh... heheh.

4. Masukkan tepung yang telah diayak. Gaulkan

5. Masukkan coklat cip dan kekacang. Gaulkan.

Adunan ni memang meleket.

resepi biskut coklat chip sedap

- Kalau nak guna scoup ais krim tu pun boleh.
- Kalau nak bulat-bulatkan pun boleh.
- Amy main cekup-cekup aje.
- Saiz ikut suka hati sendiri. Amy suka biskut besar ala-ala subway tu.
- Yang penting kena jarak-jarakan dalam 2 inch.
- Resepi asal bakar 8-10 minit, tapi biskut Amy besar jadi mula-mula Amy bakar 13 minit tp bila dah akhir-akhir tu bakar 12 minit aje.
-Tengah-tengah dia akan lembut.
- biarkan 2-3 minit sebelum angkat dari loyang supaya biskut tu 'set' dulu.
-Jangan risau mula-mula keluar dari oven nampak macam tak masak tapi sebenarnya dah masak dah. kalau tepi-tepi dah garing tu dah boleh angkat.