Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Sebenarnya ... kami ke Langkawi bersama MIL, FIL, Nadia dan Cik Limah.
Nadia, mak dan ayah naik Mas awal satu jam dari kami dan Cik Limah pulak sampai pagi hari kedua (Jumaat) dengan Air Asia jugak.... so hari nilah baru nampak muka diorang kat sini, heheh.
Sementara orang lelaki pergi sembahyang Jumaat kami yang perempuan ni pergilah memanjakan kaki kita orang kat Alun Alun Spa. Spa ni kat dalam hotel tu aje.
Bagi Amy orang kampung ni, inilah first time pergi spa.
Ambik pedicure sebab tu aje yang mampu. Kalau yang ada pendapatan sendiri tu bolehlah ambik yang lagi mahal.
Sedapnyalah bila di urut-urut kaki tu, rasa nak terlelap aje.
Sempat jugak bertanya kat pekerja spa tu tempat kain batik murah. Pekerja tu sorang dari Bangkok dan sorang lagi dari Jawa. Yang dari Bangkok tu bagitau dia selalu beli kain batik kat Rani's untuk dibawa balik.
bohong laa kalau sapa ckp pergi berurut x best hehehe
ReplyDeletesyok wooo