Bercuti Di Langkawi - Hari Pertama

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah duit tambung yang dikumpul 2 tahun lebih telah cukup untuk kami sekeluarga pergi bercuti di Langkawi. 

Macam biasa kalau citer-citer bercuti ni memang banyak citer dan gambar syok sendiri... 😎.

Sebenarnya Amy tak tahu yang keputusan UPSR akan keluar pada 29 November, Amy book tiket ke Langkawi pada tarikh tu, nasib baik Amy book flight petang.


UPSR SK Seri Bintang Utara

Pagi tu lepas tunggu ketibaan orang-orang dari Kementerian dan ntah mana-mana lagi, lepas penyampaian anugerah untuk sekolah barulah penyampaian keputusan UPSR. 

Berdebar-debar punya pasal apa yang berlaku kat keliling pun tak perasan, yang penting hanyalah keputusan UPSR tu aje.

Balik dari sekolah dah dekat pukul 12, tak sempat nak masak beli aje kat kedai. En hubby balik dari opis(kerja halfday) makan, sembahyang pastu terus panggil grab.

Tak jauh lagi dari rumah ... Kat PGRM tu aje, gara-gara satu kereta keluar jalan salah dan main keluar aje nasib baik tak excident. 

Jalan tu dah lah main road, 4 line tetiba dia muncul dari celah PGRM tu... adoiii nasib baik masa tu tak de kete lain dan driver tu sempat mengelak. Mengigil lutut sekejap kat situ.

Lepas tu boleh pulak kete bertuah tu tak gerak-gerak, dok tengok aje kete kami tu. Macam kami pulak yang salah. 

KLIA 2

Kami pergi naik Airasia aje. Itu ajelah yang mampu dengan duit tabung Amy tu. Pergi dapat RM64 seorang balik pulak RM109, lepas dah tambah macam-macam Rm seribu lebih jugak lah.

Flight pukul 6:45 petang tapi delay ... pukul 7 lebih baru berlepas.


Airasia Flight

Harus ambik gambar dalam kapal terbang tauuu walaupun muka letih, tak berbedak dan tak berlipstik...😂.


Langkawi Airport

Sampai Langkawi dah pukul 8 lebih, malam dah. Sementara nak mencari kereta sewa duduk lah kami dulu kat airport tu.

Dah dekat pukul 9 kot baru dapat kereta, kereta proton rm70 sehari. Bolehlah. 

Mula-mula ingat nak book kereta yang ada kat agoda dan booking.com tu tapi bila dah baca-baca tentang deposit, insurans tu adalah rasa macam tak paham sikit so En hubby try tipun, 2-3 hari try tipun tapi tak angkat-angkat penyudahnya En hubby kata tak payah. Kat situ ... kereta Nissan Almera tu dapat RM 3++ untuk 3 hari.



Kereta sewa langkawi

Ambik gambar no plat dulu.

kereta sewa langkawi

Pastu ambik gambar kereta pulak, kang terlupa pulak kereta yang mana satu.

Keadaan kereta ni setakat bolehlah, sempat jugak Amy tanya budak tu... kete ni ok yer ?, tak de berhenti tetiba malam-malam ni kan?. 

Dah malam terakhir baru perasan kereta ni mata satu aje lampunya. Cisss. 

Bayview hotel langkawi

Sampai Bayview hotel dah dekat pukul 11 malam.


bayview hotel langkawi

Inilah biliknya. Gambar ni diambil keesokkan harinya. Masa sampai tak sempat nak ambik gambar masing-masing ingat nak landing aje ... heheh.


Comments

  1. sy kalu lalu kt PGRM tu x sah kalu x tersekat... geram je...


    ole2 coklat langkawi mana? kami tunggu ni hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)