Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Musim panas ni kalau dapat berendam alangkah bestnya kan. Masa sekolah dulu Amy rajin pergi mandi jeram kalau musim panas, selalunya akan pergi jeram Sungai Lui. Sungai Lui ni tak jauh dari kampung Amy tu.

Satu lagi tempat yang selalu Amy pergi dulu ialah Bukit Putus, Kuala Pilah. Jeram ni jauh dari Serting. Kena naik 2 bas. Sekolah selalu buat aktiviti berkhemah kat sini. Amy pernah mendaki Gunung Angsi tu 2 kali anjuran Kelab Rakan Muda dan Tae Kwan Do Malaysia.

Lama sangat dah tak menyinggah kat Bukit Putus, last singgah masa Faris baby. Padahal setahun banyak kali lalu kat situ nak balik Serting.


Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Cuti sekolah bulan Januari tu kami habiskan di Pajam. Dari Pajam nak ke Bukit Putus tak sampai 20 minit kalau ikut LEKAS. Dah alang-alang dekat, Amy ajaklah en hubby bawa anak-anak ke situ. Nak ke PD jauh + nak kena keluar duit lagi.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Sampai sana dah pukul 10 pagi, orang dah ramai. Kami mandi kat bawah aje, dekat dengan tempat parking.


Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Dulu kat bawah ni air tak banyak tapi sekarang dah dibuat macam kolam-kolam kecil, banyak pulak airnya.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Kalau dulu Amy mesti nak naik atas-atas, cari tempat yang banyak air dan tak de orang.

Skang ni kat atas lagi penuh, kat tempat nak start naik tu dah dibuat kolam besar. Kolam tu pulak dah dibahagi-bahagi ikut kedalaman.


Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Kat bawah ni lagi best. Lapang, kurang orang dan.... redupppp.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Lain kali kena bawak gayung dan baldi.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Adehhhh anak den ... botol pun jadi.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Last minit ambik keputusan nak pergi, Amy tak sempat nak bawa bekal. En Hubby beli jagung dan pau kat situ aje. 


Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.


Kat sini pun boleh buat sand castle. 



Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Mamanya pun teringin jugak nak mandi tapi malas pulak nak pergi tukar baju jadi dapat main aje pun dah cukup. 

Main Air di Bukit Putus, Kuala Pilah.

Lain kali anak-anak ni kena bawakkan kain pelikat. Senang nak tukar baju. Tempat salin baju tu manjang penuh aje. Berjam nak kena tunggu. 


Resepi Strawberry Ice Cream Cake ... Sedapnya

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera....

Hari ni Amy nak share resepi ice cream cake yang Amy cuba semalam. Resepi asal ialah Raspberry Ice Ceam Cake tapi kat Malaysia ni harga Raspberry segar mampu tengok aje dan dry frozen raspberry pulak Amy tak jumpa. Tukar  ler strawberry, itu pun ambik strawberry cameron yang paling murah.

Terima kasih kepada tuan punya resepi, Nadiya Hussain - Juara Great British Bake Off 2015.

Resepi Strawberry Ice Cream Cake ... Sedapnya

Resepi ni sebenarnya senang sangat ... tapi kalau nak lagi senang beli aje kek butter yang dah siap, buat lubang letak ais krim yang dah dicampur strawberry cincang dalam tu, hias dengan strawberry segar, masuk tempat beku ... siap.

Untuk kek butter, ia adalah resepi kek butter yang paling asas, sukatan bagi butter, gula dan tepung adalah sama. Kalau guna resepi yang tambah susu ke benda lain ke ... boleh aje.

Sila guna loyang biasa, Amy ni gatal tangan guna loyang yang boleh buka bawah tu, tengah masak boleh pulak minyak keluar dari bawah tu. Punyalah banyak, sampai berasap dalam oven tu.


Resepi Strawberry Ice Cream Cake ... Sedapnya

 Strawberry Ice Cream Cake
Resepi asal - Raspberry Ice Cream Cake by Nadiya Hussain.


Resepi Kek Butter Asas

250g butter - Amy guna scs
250g gula castor
250g tepung naik sendiri
1 sk baking powder
5 biji telur sedang- Amy ada saiz L aje.
1sk esen vanila - Amy tambah.

caranya:
1. Panaskan oven, ikut suhu untuk kek oven masing-masing. Amy letak 160℃ api atas bawah. Resepi asal 180℃.

2. Pukul butter dan gula sehingga pucat, gebu, kembang.

3. Masukkan telur satu pe satu kemudia esen vanila. Pukul sehingga sebati.

4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati - elakkan pukul lama-lama.

5. Masukkan dalam loyang saiz 8 inch yang telah digris dan lapik kertas di bawah dan keliling loyang.

6. Masukkan dalam oven dan bakar sehingga masak, warnanya keperangan. Amy bakar 70 minit. Resepi asal 40-45 minit. Amy takut kek Amy hangus kalau ikut resepi asal. 

7. Bila kek dah sejuk, gunakan pisau kecil untuk buat lubang ditengah kek. 2 cm dari tepi tapi Amy terlebih pulak.
- Amy letak mangkuk kecil atas kek dan potong ikut ukuran mangkuk tapi jangan sampai tembus kek tu ke bawah.
- buat potongan macam pecahan tu, guna sudu dan korek.
- ambil 100g dari kek yang dikeluarkan tu dan hancurkan ia untuk di masukkan ke dalam ice cream nanti.

Amy tengok kat tv kebanyakkan orang termasuklah Nadiya dan Mery Berry tu buat kek butter, dia masukkan semua bahan dan putar sekali gus... jadi aje kek butter diorang. Tapi bila Amy cuba permukaan kek tu tak cantik, banyak gelembung gelembung pulak.



Resepi Strawberry Ice Cream Cake ... Sedapnya


Resepi Strawberry Ice Cream

300ml double cream - Amy guna uht whipping cream - Anchor.
4 sb gula aising
4 sb golden sirap
14g dry frozen strawberry - Amy jumpa strawberry frozen tak dry
100g cake scarps cramble - kek yg telah dikeluarkan tadi di hancurkan.
Strawberry sesuka hati.

Caranya:
1. Pukul cream + gula aising + golden syrup = soft peak
2. Masukkan dry stawberry + serbuk kek = sebatikan
3. Masukkan ia ke dalam kek yang berlubang sehingga penuh.


Resepi Strawberry Ice Cream Cake ... Sedapnya

 4. Hiaskan dengan strawberry segar. Kalau ada banyak strawberry letaklah ia sampai penuh.

5. Masukkan ke dalam  tempat beku minimum 2 jam.


Resepi Strawberry Ice Cream Cake ... Sedapnya


 Walaupun sejuk dan masam strawberry tu tapi bila makan dengan kek dan ice cream .... sedapnya.