Tepung


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni jom kita kenali tepung...

tepung

Tepung Gandum (All Purpose Flour)
Tepung ini paling mudah di dapati di pasaran.
Ia sesuai utk membuat pelbagai jenis kuih-muih, pastri, kek dan biskut.
Tepung ini adalah tepung protin sederhana dan kandungan protin adalah 9% – 12%.
Contoh tepung ialah Cap Sauh, Cap Kunci dan lain lain.

Tepung Protin Tinggi

Tepung ini dikenali sebagai tepung roti (bread flour) dan ia amat sesuai untuk membuat roti.Kandungan protin adalah 12% – 14%.
Kandungan protin yg tinggi menjadikan roti lebih kenyal, lembut dan gebu.

Tepung Protin Rendah
Tepung ini dikenali sebagai Tepung Superfine atau tepung kek. Kandungan protin yang rendah di bawah 10 % menjadikan ia sesuai untuk membuat kek dan pastri. Hasilnya kek lebih ringan, tekstur halus dan gebu.

Tepung Ros Merah (Red Rose Flour)
Tepung ini juga dikenali sebagai Tepung Biskut. Tepung ini mengandungi sedikit tepung jagung dan bahan perangup biskut. Oleh itu sangat sesuai untuk membuat biskut.

Tepung Hong Kong

Tepung ini juga dikenali sebagai (Water Lily Flour) dan warnanya sangat putih dan halus. Sesuai untuk membuat pau dan kek lapis kerana menjadikan kek lebih lembap dan gebu berbanding tepung jenis lain.
- Yang ni Amy tak pernah guna lagi.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)

Merupakan sejenis tepung kek yang telah mengandungi serbuk penaik dalam kadar tertentu. Jika anda menggunakan tepung ini untuk membuat kek, tidak perlulah menambahkan serbuk penaik dalam resipi anda. Jika terlebih serbuk penaik,tekstur kek jadi berderai dan berasa pahit.


Tepung Premix (Premix Flour)

Terdapat pelbagai jenis tepung premix di jual di pasaraya dan kedai bahan kek. Antaranya kek span, mufin, kek mentega dan lain-lain. Anda hanya perlu mencampur bahan-bahan cecair ke dalam tepung campuran ini. Ikut arahan yang diberikan dalam setiap paket tepung ini.

Comments

  1. kuih tepung gomak x termsk kn?😊

    ReplyDelete
  2. semua tepung tu dana pernah jumpa tapi tak semua yang pernah beli hehehe... cuma tepung rose merah tu yang ada gambar rose merah tu ke kak? dana ingatkan itu tepung gandum biasa... sebab dia tulis situ tepung gandum... mekasih atas semua info kak

    ReplyDelete

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)