Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Pokok yang beli kat Shopee tu semua sudah selamat dipasukan. Tanah yang satu beg besar tu pun dah habis.. ingatkan cukup tapi tak. Kena beli lagi jawabnya sebab pokok utama tak tanam lagi.
Banyak pokok bunga Amy dah buaang. Pokok Telang yang menyalar kat kayu tu Amy dah cabut, nanti nak semai benih baru kat situ ... kena tunggu tanah dulu. Rasa macam kosong pulak bila dah alihkan pokok Fiddle Leaf Figs.
Pokok Lemon ... Amy cucukan sekali pokok ulam pengaga yang dah berakar kat situ. Sesat satu pokok kesum.
Bahagian belakang pagar, tempat aircond. Bahagian ni memang bermanga(lock pad) sentiasa.
Rumput tipu tu beli kat DIY, nak kena tambah lagi tu bagi berseri sikit kawasan ni.
Pokok Limau purut dah tengelam dek pokok kaembong yang gomok tu.
Pokok Mulberry yang diserang si scale dan si bug hitam kocik tu. ntah apa nama dia Amy pun tak ghajin nak mengoogle, heheh. Buang segala daun yang rosak dan sembur si Neem yang sampai semalam tu.
Sumber baja .... setiap kali nak ambik air mesti ada penyibuk, minggu lepas tak perasan dah tertangkap sekor, nasib baik amy perasan kat pokok ketapang tu.
Briosa Rose
Lepas kena baja air ikan banyak keluar bunga dia.
Alhamdulillah ... Pokok Belimbing Buluh tu dah berdaun.
Si Matahari...
Punyalah banyak sebelum ni tapi yang berjaya hidup sehingga berbunga 2 pokok aje.
Si Kunyit....
Jangan gelak... ini adalah first time Amy buat tau. Konon untuk Kesum tapi masa tu kesum tak de lagi jadi Amy letak kunyit. Air kat dalam tu air dari akuarium ikan. Serai tu baru berakar sikit, nak tunggu tanah dan pasu.
Si Jambu...
Tak tau nak letak mana, ko duduk lah sementara kat sini tau.
tahniah
ReplyDeletesalam bertani
uihh meriah gile pokok.. seronoknye tngok.. Lea kalau tanam mesti mati jerk pokok.. huhu..
ReplyDelete