Tapai Pulut ...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sahur tadi baru teringat tapai yang tersorok dalam kabinet buku, sepatutnya semalam Amy dah keluarkan. Alhamdulillah menjadi resepi tapai yang Amy cuba kali ni, tak terlalu manis dan macam kapas rasa pulutnya. 


Tapai Pulut

Awal bulan Februari yang lepas, Amy jumpa video cara-cara menbuat tapai di Facebook Dapur KakZu. Puas mencari ragi tapi tak jumpa, bila tak cari ada aje dia tu. Bila dah PKP ni langsunglah terhenti misi mencari ragi tu. Nasib baik ada yang menjual di Shopee. Macam biasa, kalau beli kat online masa pkp ni tau ajelah ntah bila sampainya tu. Ragi Amy ni ambik masa seminggu baru sampai. Warna dah kekuningan dan bau agak kuat. 


Tapai Pulut



Tapai Pulut By FB Dapur Kakzu.

Bahan 

1 kilo beras pulut ( rendam 6 jam )
1 1/2 sudu makan gula
10 gm RAGI
3 cawan air MINERAL



Tapai Pulut


CARANYA

1. Kukus pulut selama 1 jam hingga pulut masak dan berkilat
2. Sejukkan dahulu
3. Hancurkan RAGI
4. Apabila Pulut sudah SEJUK Tapiskan serbuk ragi ke keseluruhan pulut balik balikkan biar ragi sekata
5. Masukkan 3 cawan air bercampur gula secara berperingkat sambil gaul rata
6. Masukkan tapai ke dalam bekas di sukai
7. Peram tapai selama 2 hari 2 malam di dalam kotak bertutup
8. Selepas 2 hari boleh la di masukkan ke dalam petisejuk

TIPS


1. Boleh kurangkan kandungan gula pada sesiapa yng tak suka manis sangat @ jangan letak gula langsung jika nak original manis dari RAGI

2. Pemilihan ragi adalah sangat penting. Jika tapai anda masam bermakna anda perlu menggunakan ragi yang lain

3. Kesedapan tapai pulut bergantung sepenuhnye pada jenis ragi yang digunakan.

4. Kebiasaannya ragi ada di jual di pasar. 

5. Pastikan pulut betul2 sejuk sebelum menggaul utk menggelakkan tapai menjadi merah


6. Boleh juga di bungkus dalam daun pisang atau daun getah

Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)