Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Kuih Seri Muka salah satu kuih favourite Amy. Banyak kali cuba buat kuih Seri Muka ni, ada aje yang tak kena ... senang citer, Fail. Bukan kuih Seri Muka aje, tanak pulut tu pun selalu fail jugak. Kuih Lapis tu pun sama janganlah request, baik beli aje.
Agar-agar atau dulu-dulu Amy panggil 'Lengkong' yang guna agar-agar tali tu pun sama, kalau guna serbuk insyaallah menjadi. Pendek citer, kuih muih tradisional ni memang tak 'ngam' dengan Amy... heheh.
Minggu lepas Amy nampak kat IG Azie Kitchen, kuih seri muka comel aje dia buat, siap boleh tengok kat youtube lagi cara membuatnya.
Kali pertama cuba, masa tanak pulut Amy lupa cairkan santan kotak tu dulu dan masa buat lapisan atas pun sama 'plus' salah baca resepi, terlebih air hasilnga lapisan atas terlalu lembik TAPIIIII.... tapi en hubby suka yang lembik tu dia kata macam makan tepung pelita.
Kali kedua buat Amy baca resepi betul-betul dan santan kotak tu campur air sehingga jadi seperti di dalam resepi. Alhamdulillah.... menjadi.
Amy suka resepi yang ini. Lapisan atas lembut tapi tak lembik seperti sebelum ni dan tidak juga rasa kenyal. Lapisan bawah sedang elok kejadiannya. Pulut masak dengan sempurna.
Lapisan Bawah (pulut)
1 ¾ cawan/320 gram beras pulut - rendam 1-2 jam
1 ½ cawan santan – Amy guna santan kotak + air = 1 1/2 cwn santan tak berapa cair 😁
½ sudu kecil garam
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus pulut di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.
Angkat dan dikacau supaya bergaul rata. Kemudian ditekan tekankan dengan tangan berlapik plastik/sudu sehingga sedikit padat.
Lapisan Atas:
resepi asal boleh lihat di blog Aziekitchen. Pertama kali buat amy tersalah baca jadi santan 2 cawan + 1/2 cawan air daun pandan hasilnya lembik terlebih air.
Kali ini Amy buat:
2 cawan santan pekat + 3 daun pandan 👇keterangan di bawah.
1 cawan gula pasir - Amy guna 3/4 cawan sahaja.
2 biji telur – saiz B
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air panas mendidih
Sedikit pewarna hijau
- Kisar 3 daun pandan dengan 1/2 cawan air dan tapis airnya.
[Amy guna santan kotak kara, sangat pekat jadi kena tambah air. 1/2 cawan air daun pandan + 1 cawan santan kotak + 1/2 cawan air = 2 cawan. Campur sikit sikit supaya dapat santan yang tak terlalu pekat dan tak cair.]
- Titiskan sedikit pewarna hijau.
- Dalam bekas lain ... Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun.
- Masukkan separuh dari tepung gandum. Kacau
- Masukkan 1 cawan santan. kacau lagi.
- Masukkan tepung dan diikuti dengan baki santan.
- Tapis dan akhir sekali, masukkan 1/2 cawan air panas mendidih dan kacau rata.
Nota: Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
Masukkan loyang lapisan pulut yang telah ditekan rata ke dalam pengukus dan kukus sehingga panas.
Kemudian tuang adunan hijau dengan perlahan lahan melalui senduk kayu/sudu barulah turun ke permukaan pulut untuk elakkan lapisan pulut bocor/berlekuk.
Kukus selama 45 minit sehingga 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
Ketika mula, kukus dengan api kuat dalam 10 minit. Bila nampak permukaan menggelembung, buka penutup dulu sehingga dah turun, baru tutup semula.
Untuk 5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
Nota: Amy kukus menggunakan periuk pengukus Trio. Setiap beberapa minit, buka tudung pengukus dan lap untuk kering air.
Setelah betul betul sejuk (3-4 jam), baru dipotong dengan pisau plastik bersaiz kecil atau pisau yang dilenser dengan minyak.
Amy guna pisau platik dan potong ikut suka aje... heheh.
sedapnyaaa..
ReplyDeletememang seronok bila kita buat kuih dan menjadi seperti resepi kann..tahniah, sedap kuih seri muka ni..:)
ReplyDeleteminyak wangi
ReplyDeleteminyak wangi
pewangi kereta
produk malaysia
hadiah untuk kawan
hadiah untuk kekasih
perfume tahan lama
team building
ReplyDeletehrdf claimable
corporate training
hrdf training provider
training company in malaysia
hrdf training
hrdf claimable training
list of training companies in malaysia
team building package
it training malaysia