Oh My Pokok - Tetamu tak diundang



Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera... 

Tingkat 15 ni pun si perosak tu boleh sampai, dulu-dulu ok aje barang kali sekarang dia dah pandai naik lif...

Pokok tearose amyhilmirda
Pokok Chinadoll Rose selepas kena sental.

Mula-mula si scale tu datang merosak si Mulberry dan si Chinadoll Rose den .... sekarang si black spot kat bawah daun pulak... abis daun bintik kuning, buah mulberry semua rosak. Tak sempat merasa buah pertama ... Pokok telang yang dah memanjat tinggi tu pun habis jugak.

Sembur sabun+bawang putih+cili= tak jadi jugak
Sembur air+EO Lavender pun sama. 
Semua resepi homemade dah try tapi tak jadi jugak.

Sampai satu tahap, Amy betul2 tak tahan bila si labah-labah halus buat sarang punyalah banyak kat si tea rose tu. 

Amy bungkus pasu dengan plastik sampai tertutup semua tanah. Bawak masuk toilet .... "meh aku mandi syampukan sental ko sampai bersih".... hahaha, mesti tak pernah terjadi dalam sejarah kan. 

Pokok mulberry ... pokok pandan ... pokok telang tak kan nak sental jugak.  

Comments

Post a Comment

Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)