Keputusan UPU dah Keluar
Vaksin - Temujanji Pertama
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dah dapat dos pertama untuk Vaksin semalam. Husband Amy dah dapat awal bulan Julai kat Hospital Pantai Cheras, dekat jer dengan rumah. Amy pulak dapat kat KLCC Convention Centre.
Kebetulan 2 orang kawan Amy pun dapat hari yang sama sorang kat SCCC Setia Alam sorang lagi kat UITM Puncak Alam (dekat2 kaw diorang). Walaupun masing-masing kat tempat lain tapi rasa macam pergi sama-sama. Dari pagi lagi dah kecoh kat group WA tu. Jauh di mata dekat di WA 😂.
Sepintas Lalu - Anak-anak PDPR, UPSR dan SPM
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Lama sungguh tak mengadap blog ni. Asyik membelek IG aje, nak pulak setahun kebelakangan ni macam-macam yang menarik kat IG tu, pendek kata tak abis abis jari men'scroll' tambah pula ramai rakan-rakan blogger di sana.
Lagi pun theme Blog yang Amy guna sebelum ni tetiba buat hal lagilah bertambah vitamin M tu.
Sejak Convid ni macam-macam yang berlaku walaupun kita hanya duduk di rumah. Tahun lepas UPSR dan PT3 batal cuma SPM aje yang tangguhkan ke Fab 2021.
PDPR 3 orang dan En Hubby yang WFH, tengah-tengah online line putus. Masa tu guna Unifi 20mbs tak boleh nak upgrade lagi sebab kat rumah Amy ni ramai yang guna Time. Permintaan untuk up grade tak de jadi terpaksalah tukar ke Time.
Peranti...
En Hubby keje guna laptop opis, kat rumah ni ada komputer besar, laptop personal En hubby dan laptop amy. Laptop Amy pecah screennya terpaksa pujuk En Hubby beli satu lagi anak anak nak guna punya pasal.
Nasiim sepatutnya menduduki UPSR tahun lepas tapi terus aje ke tingkatan 1 tahun ni. Faris pula yang sepatutnya menduduki PT3 tahun ini pun tak ada PT3.
Irfan pula, Alhamdulillah telah selamat menduduki SPM pada feb 2021 dan dah dapat keputusan SPM pada bulan Jun yang lepas. PDPR lebih banyak dari kelas di sekolah, dia tak boleh fokus seperti di sekolah. Keputusan Percubaan SPM sangat menyedihkan. Fizik gagal, terpaksa cari tutor. Selepas percubaan Amy baru start kelas fizik. Muka tutor tu pun dia tengok face to face adalah 3-4 kali selebihnya tengok online aje.
Amy bukakan tengok tv pendidikan sudahnya Amy yang duduk depan tv tu. Aku ke yang nak peksa?. Dia kejap-kejap kelas tambahan online. Cikgu-cikgu dia bertukus lumus buat kelas ada yang kelas sampai pukul 11 malam.
Kesian cikgu-cikgu tu, dia sorang anak murid ramai + masa kelas ada macam-macam cerita. Kalau kat kelas bolehlah cikgu tu pergi dari satu meja ke satu meja, kalau tak faham bolehlah tanya cikgu tu sampai faham, tapi kalau dah online mata yang besar makin lama makin kecik, suara cikgu umpama muzik kat teliga. Kalau depan. mata bolehlah cikgu tu jerkahkan tapi online cikgu tanya faham semua jawab faham.
Hari Pertama peperiksaan... Ya Allah, jantung Amy punya dup dap dup dap. Boleh dengar suara-suara dari sekolah tu. Hanya berdoa aje yang Amy boleh lakukan kat rumah.
Alhamdulillah, keputusan SPM Irfan memang tak dijangkakan. Fizik dari gagal berjaya dapat A.
Kiraan merit semasa mohon UPU agak mengecewakan. Markah koko menyedihkan. Rupanya yang dia menang tempat ke 3 IET PARADAY CHALLENGE peringkat kebangsaan tu dan tempat ke 2 STEM CHALLENGE tu hanya mencantikkan sijil berhenti sekolah, bukanlah di bawah koko.
Keputusan Permohonan Matrikulasi keluar minggu lepas, Alhamdulillah Irfan dapat Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak. Keputusan UPU pulak keluar esok khabarnya.