Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Lepas maghrib semalam tetiba tak ada line internet, kotak putih (lupa namanya) tu dah keluar lampu merah. Bila cek cable pulak ... emmm patut ler pun.
En Hubby call Time Internet, pok pek pok pek dekat 10 minit hari Isnin baru diorang boleh datang.
Dah pukul 11 lebih tadi diorang call kata boleh datang pukul 1, aku pun apa lagi kelang kabut kemas rumah 😅.
Aku tak tau kucing aku ni gigi dia gatal nak mengunyah ke apa. Sebelum ni empat wayer headset dah putus digigitnya. Kena aku beli yang lain, waktu PDPR tak dengar pulak cikgu cakap apa nanti.
Wayer robot vakuum aku tu dah banyak kena gigit, sekarang lepas pakai aje kena terus sorok wayer tu.
Nasib ler yang rosak tu kat cable yang lebih, kalau tak kenalah ganti cable baru. Kalau cable baru cajnya RM300, nangis nak membayarnya.
Installer tu kata kes fibre cable kena gigit kucing macam aku ni selalu terjadi, bukan kucing aje arnab pun sama.
Jadi kucing aku yang gigit sana gigit sini ni bukan ler kes pelik. Kucing orang lain pun sama jugak. Dulu-dulu aku ingatkan tikus aje yang mengigit wayer.
nasib si bulus kat rumah tu tak pernah lagi buat hal gini... kalau tak habisla
ReplyDeleteuiiii banyak jg tu rm300
ReplyDelete