Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...
Sabtu minggu lepas kami memang bercadang nak ambik Irfan maklumlah baru first time masuk asrama, maknya risau anaknya tak gheti catu baju 😅
Hari Jumaat lepas koko dia dah excited nak balik. Kalau ikut buku panduan asrama tu Jumaat Sabtu Ahad sebelum pukul 11 malam boleh keluar tanpa tandatangan SRK tapi hari tu tak boleh pulak jadi kenalah tunggu hari Sabtu. Katanya dalam tu dah ada kes.
Hanya mak-mak spesis macam aku aje yang paham. Bapak dia hanya mampu tengok telatah mak dia ni. Kalau boleh saat tu juga aku nak pergi ambik dia 😂
Nasib ler Kuala Lumpur - Dengkil setengah jam sampai. Rupanya Irfan sorang aje yang balik, housemate yang lain ODL kat kampus aje.
Tak tahulah lepas ni kena masuk asrama balik ke tak. Barang-barang semua dah bawa balik dan kunci bilik pun dah pulang balik.
Seminggu aje duduk asrama, jadilah buat pengalam bagi budak yang tak pernah duduk asrama. Kes tengah banyak sekarang ni, dia ada kat depan mata tak delah risau hati aku.
Comments
Post a Comment
Dear all ~ Thank you for reading. Feel free to leave your comments here. Happy to hear your thoughts :)